Thursday, July 11, 2013

Resipi Sambal Sardin Cili Padi

Assalamualaikum yuholls...

Hoh berani mati la I letak resipi tengahari di bulan Romadhooon ni kan...tapi...mana le tau leh jadi idea untuk bukak pose kan..I ni jenis masak simple..maklumlah..working mommy katanya...tp menu nak share ni..anak ahkak tak suke..plus pedas hover sangat.  For those yang suka pedas, sila cuba ya.

I janji, rasanya memang meletopsss...Ini adalah rekaan semata menggunakan semua sumber yang ada di rumah.  Versi main course plus sayur (2 in 1)..seswai itu ibuk2 cam ahkak...as usual..layan pic jom (err...pedih perut lak rasa tgk pic ni).


BAHAN-BAHAN:

1. 1 tin sardin (Cap Ayam yang gemuk pendek tu)
2. 5-6 ulas bawang merah*
3. 2 ulas bawang putih*
4. 5-7 biji cili padi*
5. 1 sdb cili kering dikisar
6. 1-2 biji terung dibelah 4
7. 5-6 biji tomato ceri
8. 1 asam keping/air asam jawa 
8. Garam dan gula secukup rasa
9. 1/4 cawan air (utk bagi terung tadi masak sket)
*dikisar

CARA-CARA:

1. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan cili kering yang dikisar dan gula (anggaran 1 sdk). Masak sehingga keluar minyak.
3. Masukkan terung and kacau hingga separuh masak (masukkan air sikit jika perlu)
4. Masukkan sardin.  Kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula (if tak cukup).  Perasakan.
6. Masukkan tomato ceri.  Kacau dan biarkan seketika.
6. SIAP

Tips:

1. Terung kena masuk awal sbb ambil masa utk masak.

2. Kalau rasa dah cukup masam, keluarkan asam keping tu sbb makin lama akan jadi makin masam plak nanti.

3. Spt biasa, bawang tu kena betul2 masak, kalau tak..x sedapp..


No comments: