Wednesday, July 24, 2013

Resipi Puding Roti Karamel

Assalamualaikum.

Semalam iolss try Resipi Puding Roti Karamel.. sebenarnya dah amik resipi tu since Julai 2012 lagi...skali Julai 2013 baru nak try...setahun kok diperam..ok masa x banyak...so jom share resipi.  Pada tuan punya resipi, saya lupa nak simpan source masa tu...mintak maaf banyak2 tapi resipi anda mmg sedap...saya dah simpan semua link resipi sejak itu..maafkan saya ya...

Ni rupa puding saya buat semalam.  Memang sedap..asyik...nyaman ditekak and senang bangat nak buat.  Kalau pakai telur cam biasa tu, agak muat and nak kena jaga xleh overbeat sbb nanti puding akan berlubang..tapi yang ni since ada roti, so dia rasa agak mantop sket...tapi mmg sedap...



BAHAN-BAHAN:

3sdb gula
4 keping roti Gardenia
2 cwn air suam
1 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanilla
3 biji telur

CARA-CARA:

1. Panaskan gula dalam loyang hingga perang..jgn smpi hangus ya...ketepikan.

2. Carikkan roti tadi and rendam dalam dua cawan air.  Masukkan dalam blender. Blend jap.

3. Masukan susu dalam adunan roti. Blend lagi jap.

4. Dalam bekas berasingan, kacau telur manja je dengan garfu (takat pecahkan telur kuning 
jer).  Pastu masukkan dalam adunan tadi.  Masuk esen vanilla.  Blend.

4. Tuang adunan tadi dalam loyang gula tadi.

5. Kukus 30-35 minit (jangan lupa panaskan kukusan dulu ya)

6. Biar sejuk sebelum disejukkan lagi dalam peti ais.

7. SIAP UTK DINGAPPP2....SEDAP GILER WEHHHH..

SELAMAT MENCUBA

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.