Hari ni nak share masak Nasi Lemak Sempoi Che Maz...sbb buat sambal ikan bilis jer pun. Bab nasi tu, mesti yuholls dah pandai kan...so I citer bab sambal jer...Pic dulu sedass....
Ini saya bekalkan untuk suami ke pejabat. Agak2 boleh buat meniaga tak ni? hehheheheheh
1 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar*
2-3 biji bawang putih*
1 inci halia*
5-6 sdb cili kering dikisar (ikut suka nak banyak mana)
sedikit belacan*
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit santan (anggaran 1/4 cawan atau lebih sikit)
*dikisar
CARA-CARA:
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering dan gula. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan air.
Masukkan garam, asam keping.
Perlahankan api, kacau sesekali.
Masukkan santan untuk rasa lebih enak.
Sesuaikan rasa. (Kepekatan kuah ikut citarasa. Kalau saya,saya tambah air dalam 3/4 cawan saja sbb saya suka sambal pekat)
Tips:
1. Santan/susu akan menambah rasa umph pada sambal.
2. Belacan sesuai untuk masukkan dalam sambal utk ikan bilis/ikan. Utk ayam dan daging, saya tak masukkan belacan.
3. Boleh masukkan bawang lebih kalau mahu.
4. Sambal bilis ni boleh recycle kalau tak abis. Panaskan lagi smpi pekat, leh masuk kacang tanah yang digoreng and makan bila suke. Buat kering2..pun sodappp..
No comments:
Post a Comment