Friday, July 12, 2013

Resipi Daging Sos Tiram Lada Hitam

Assalamualaikum...


Seronoknya tengok orang dah berpusu2 balik...I so far tak berkesempatan masak lagi....balik pun smpi ngam2 azan..tapi takper...ahkak dah biasa..gigih kan I...huhuhu..ok jom share resipi Daging Sos Tiram Lada Hitam ni...ni ahkak dapat dari My Resipi if not mistaken..dah lama giler...cubalahhh....



Seperti biasa...amik pic dulu la..hohohoh..




BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk daging
1 labu bawang putih*
1 sdk lada hitam*
6-7 sdb sos tiram
2 sdb kicap manis Kipas Udang
1 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
1 labu bawang besar dihiris
1 batang carrot dipotong empat (optional)
Cili padi / capsicum (optional)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air

*ditumbuk kasar

CARA-CARA:

1. Perapkan daging bersama bawang putih, lada hitam, sos tiram, kicap, sos cili dan sos tomato lebih kurang setengah jam (lagi lama lagi sedap).
2. Masukkan perapan dalam kuali.  Biarkan hingga empuk (masukkan air jika perlu, sedikit sahaja)
3. Masukkan minyak tadi ke kuali (bsama daging tu) dan tumiskan bawang besar hingga layu.
4. Masukkan lobak dan cili.  Masukkan sikit air untuk bagi kelembapan pada daging.
5. SIAP.

Tips:

1. Tak perlu letak garam dan gula sebab perasa tadi dah cukup.

Buat adikku Shida yang comeyy...selamat mencuba....amuahhh...dan juga konco2 di ofis tu ya...hamboiii....sakan ye...sila masak dan bagi saya cuba hokeyyyyy...


3 comments:

Unknown said...

Kak Maz, nk clarify sket. Mula2 daging tu perap. Then masuk kuali with air ke utk kasi empuk? Then bru letak minyak, masuk daging perap yg da empuk n bawang etc..is it?

Unknown said...

Chop.. bawang putih 1 labu??

Mazni said...

Shida, tak payah letak air sebab daging batang pinang cepat masak. Tapi kalau bukan batang pinang, then kena masukkan air sket. Bila daging empuk, masukkan minyak, and bawang etc.

Bawang putih mmg banyak utk daging ni, tapi kalau nak kurangkan boleh jer.