Thursday, July 11, 2013

Resipi Daging Goreng Kunyit Lembap

Assalamualaikum yuholls....

Kekdahnyer..ahkak nak la mengupload resipi2 yang mana tujuan asal penubuhan blog ni utk share kan...so ahkak dpt tau anak2 buah ahkak gigih menyalin resipi katanyaaaa...and menjadik plak tu..so ahkak feeling2 syahdu dpt berkongsi kegembiraan memasak bersama yuholss...

Jom layan resipi ari ni...Daging Goreng Kunyit sajork..kaler pun cam kunyit nak abis jer masa ni...tp takpe, janji rasa menyerlah giteww...simple yet delicious..



BAHAN-BAHAN:

1. 500g daging batang pinang 
2. 1 biji bawang besar* (lebih jadikan satu setengah labu pun OK)
3. 3-4 ulas bawang putih*
4. Kunyit (secukupnya)
5. Garam (secukupny)
6. 1 sdk gula
7. 2 sdb Sos Tiram (ahkak pakai jenama Nona)
8. Cili padi (optional)

*Dimayang/hiris

CARA-CARA:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging. 
3. Masukkan gula dan kacau rata.
3. Masukkan garam and kunyit secukupnya.
4. Masukkan sos tiram.  Kacau rata.
5. Masukkan cili padi yang dipotong atau sebijik2 utk kes yang ada anak kecik cam I ni.
6. SIAP!

Tips:

1. Untuk dapatkan kelembapan tu, masukkan sedikit air and kacau rata utk pastikan daging tu versi tak kering sangat.  

2. Tapi kalau suka kering, then tak payah letak air.

3. Daging batang pinang cepat masak.  That's y saya tak goreng daging dulu sbb nanti kemanisan daging akan hilang (bagi saya la).  Tambah air jika perlu (if daging liat).

4. Kalau siat2kan daun limau purut lagi sodap.  Baunya naik betul.

5. Boleh masukkan sudu semasa memasak untuk cepat empukkan daging.

6. Sedap dimakan dengan tomyam ni...nyum nyum

SELAMAT MENCUBA ;o)




No comments: