Saja nak share. Ari ni Icha dah 9 bulan. Patut la 2-3 hari lepas merengek jer...well..apa progress Icha ek..I mean selain dari hal kidney dia tu.. Bagi aku..Icha sangat aktif, debab..makan apa saja...and paling penting, senang dijaga. Alhamdulillah. Berat terkini Icha ialah 9.06 kg.
List perkembangan Icha:
1. Meniarap pada umur 4 bulan (lambat sikit sbb bambam sangat)
2. Tumbuh gigi pada usia 5 bulan (2 batang atas, disusuli dua batang di bawah. Alhamdulillah, xde demam apa, semuanya OK). Paling awal compared to her siblings.
3. Xde simptom2 merangkak sampai umur 8 bulan.
4. Meniti kat sofa di usia 8 bulan.
5. Mula merangkak pada hujung2 8 bulan (igt xnak merangkak terus dah).
6. Sejak lahir, Icha hanya demam dua kali. Satu pada bulan Nov 2012 sbb jangkitan kuman. Satu lagi pada bulan Jun 2013 sbb nak keluar campak halus. Alhamdulillah.
7. Icha suka makan, apa saja. Buat bubur letak brokoli pun OK. Muka xde perasaan..heheheh..
8. Gigi Icha dah ada 5 now.
9. Icha senang dijaga.
10. Icha tak suka dipegang. Suka dibiarkan lepas bebas berbuat apa saja, sama ada bergolek atau bermain.
11. Sangat berminat dengan gajet.
12. Cukup rimas kalau dipegang, dicium selalu.
13. Lately ni telah menunjukkan ciri2 kegarangan (menjerit kalau tak suka sesuatu..sabar aje lah)
14. Icha tidur awal, jadi, mama boleh masak itu ini, boleh buat itu ini...Alhamdulillah.
Terkini, 11.07.2013 ari tu jumpa Dr. Katanya buah pinggang Icha dalam keadaan status quo. Bengkak kat kidney tak turun or naik. So right now continue antibiotic. Jumpa Dr. 3 bulan lagi...and kalau takde apa2 jugak...Dr. cadang utk plan lain..dengarnya ke arah operation..
But we'll wait n see. Whatever it is, aku akan ikut nasihat Dr. and I pray the best for my baby...my luvly baby. Dugaan orang lain, lagi berat dari dugaan aku. So why should I complaint more. Terima kasih atas ujianMu Ya Allah, kerana menjadikan aku manusia yang lebih redha dan percaya dengan perancanganMu.
Moga kita semua dilindungi Allah s.w.t dan berbaik sangkalah dengan Allah. Percayalah...setiap yang berlaku..pasti ada hikmahnya...jom layan pic Icha...
Asik nak mengasah gusi jer..x kira di mana jua berada..
Icha sangat suka main ngan Abang Haziq and Kakak Dhia. Ada sekali tu, abang n kakaknya tido umah nenek sedara. Sian Icha, mati kutu dia. Bila jumpa abang n kakak, dia punya excited, Tuhan jer tau....sayang dia tuuuu..
Anak manja abah juga..
1 comment:
Salam sis, boleh tlg email sy di achafazil@gmail.com..sy nak tau pemakanan icha semasa umur 6 bln smpai la disahkan sihat sepenuhnya..sbb sy ada baca bby with multicystic kidney xleh consume protein brlebihan supaya x membebankan 1 kidney yg sihat tu..
Post a Comment