Tuesday, July 9, 2013

Resipi Ayam Masak Merah Ketuk-ketuk Ramadhan

Assalamualaikum.

Isnin lepas, ofis buat potluck Ramadhan.  So dah plan2 pakat2 nak masak apa...I decided to masak Ayam Masak Merah sbb yang ni budak office lom try lagi.  Dah lama tak buat ayam ni sebenarnya....buku resipi pun tak tau mana ilang dah lepas amik gambar nak share kat Hani Meg Kardashian ari tu...

Nasib acik ingat lagi resipinya...bukan susah beno pun..standard la ayam masak merah...hover tau...ok jom tgk resipi



Minyak bergenang2..lupa nak ceduk keluar lps masak tu.

Resipi:
1 ekor ayam (sukati potong kecik ke besor ke, digoreng garam kunyit dulu, jangan garing sangat)
3-4 labu bawang besar*
5-6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih and apa lagi satu tu ya)
1-2 helai daun pandan
2 senduk cili kering dikisar
1 sdb sos tomato
1 sdb kicap manis
1/4 cawan santan/susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air utk kuah (2 cawan)

*kisar

Cara-cara:

1. Tumis 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai.  Tumis sehingga bawang masak   
    kekuning2an...naik minyak sikit.
3. Masukkan cili kering dikisar dan gula.  Tumis hingga betul2 masak dan terbit minyak. 
4. Masukkan sos tomato dan kicap.
5. Masukkan ayam.  Kacau rata.  
6. Masukkan air utk kuah. Terpulang nak kuah pekat ke cair ke. Masukkan garam dan gula. 
7. Tambahkan susu cair atau santan untuk rasa yang lebih menarik.
8. SIAP.

Tips:
1. Jangan kedekut bawang.  Itu rahsia untuk sambal yang sedap dan akan bagi lebih gravy pada masakan anda esp sambal menyambal.  Kalau gulai menggulai, bawang tak boleh banyak. Spoil.

2. Tumis bawang and cili mesti betul2 masak.  Kacau sentiasa supaya tak hangit utk steps ni.

3. Reason letak gula awal2 masa tumis cili sebab ianya akan bagi efek kaler yang cantik, kata mak saya).  Masak sehingga terbit minyak.  Kalau bawang and cili tak masak, maka spoil la masakan anda.  Ingat tu ya....

4. Jangan takut letak minyak banyak masa menumis bagi pastikan bawang betul2 masak.  Nanti lepas siap, boleh ceduk minyak terlebih tu.  Tapi jangan over lebih pulak.  Agak2 lah.

5. Sos tomato jangan terlebih nanti susah nak adjust rasa masam.  Dalam kes ni, sos tomato adalah agen pemasam menggantikan asam jawa or asam keping.

Kredit: Buku Resipi Ayam Masak Merah Ketuk2 Ramadhan first edition oleh Sheila Rusly.  I luv this book so much.  Banyak resipi yang sedap dan menjadi bila dicuba...

Selamat mencuba!!

3 comments:

Angah said...

OMG!!! terus terliur

Mazni said...

Kak Ina, bila nak share tempoyak pucuk ubi you tuuu..

Angah said...

dah ada dah tak silap entry 2010, tapi tempoyak ngan bilis je, tak taruk pucuk ubi...nti kalo aye rajin aye buat style pucuk ubi plak...