Showing posts with label Hypronephrosis/Bengkak Buah Pinggang. Show all posts
Showing posts with label Hypronephrosis/Bengkak Buah Pinggang. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Perkembangan Bengkak Buah Pinggang Icha

Assalamualaikum semua,

Maaf sebab lama tidak menulis. Terlalu sibuk dan tiada apa yang hendak diceritakan.  Tapi saya tak sampai hati bila tengok komen2 dari ibubapa yang ingin berkongsi pengalalaman atau mengetahui maklumat terkini tentang bengkak buah pinggang Icha.

Alhamdulillah, Icha kini dah berumur 2 tahun 2 bulan.  Dia sihat, sempurna dan banyak keletah.  Cerdik dan manja.  Siapa sangka dia sakit, sekali tengok, mcm takde apa2.  Alhamdulillah, satu ketika kita diuji dengan kesedihan tentang nasib menimpa.  Tapi kita terlupa tentang semua itu, bila anak diberi kesihatan lain yang sempurna.

Icha masih lagi dibekalkan dengan antibiotik.  Saya tidak pernah ponteng memberikannya antiobiotik sejak dia dimasukkan ke wad gara2 terkena jangkitan kuman pada air kencing sewaktu berusia 39 hari.  Perit sungguh rasanya waktu itu.  Cukup utk dijadikan pengajaran buat saya.

Baru2 ini, Dr. bercadang untuk membuang buah pinggang Icha yang tidak berfungsi (cacat).  Tetapi sebelum tu, satu ujian perlu dilakukan bagi melihat blood pressure dan keadaan buah pinggang.  Result ini nnt akan menentukan samada surgery yang akan diadakan bersifat open surgery atau conventional surgery.  Jadi, scan telah dilakukan pada 26 Nov 2014.  Pada 11.12.2014 saya telah ke PPUM utk mendapatkan keputusan.  Dan alangkah gembiranya hati saya bila mendapati, terdapat pertumbuhan daging pada buah pinggang Icha yang bengkak, berbanding sebelumnya yang hanya dipenuhi air.  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.  Rasa bagai bermimpi, menitik air mata saya.  Keajaiban ini sangat menyentuh perasaan keibuan saya.

Yalah, mana nak disangka, sebab selama ini, buah pinggang Icha mmg dikategorikan sebagai anatomy abnormal (cacat) dan mmg tiada harapan untuk pulih.  Tup2, ada perubahan positif.

Buat ibubapa di luar sana, janganlah bersedih sekiranya menerima nasib seperti saya.  Percayalah, ada hikmah tersembunyi dan sentiasa redha dengan ujian Allah.

Salam sayang,

Ni pic terkini Icha, dia nampak sihat kan?

Mazni


Friday, November 8, 2013

Bengkak Buah Pinggang - Status Update as at 31st October 2013

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak update sikit pasal Icha's progress on her kidney.  Last check up Icha kt PPUM was on 31.10.2013.  Outcome yang diterima, bengkak kidney Icha still lom surut and maintain status quo.  Tak makin besar and tak makin kecik.

FYI, Icha dah masuk setahun pada 16.10..2013 ari tu.  Berat latest 9.77kg which is she's doing well with that.  Aku igt lagi Dr. kata dulu, bila Icha reach setahun and status kidney status quo, Dr. akan tukar plan instead of bagi Icha makan antibiotic everyday cam like now.  Since dia dah besar, maybe leh opt for operation since Icha punya kidney kategory Anatomy Abnormal (cam cacat la sebenarnya, so mmg xkan baik).

So aku ingat Dr akan advise for operation tapi according to his interview with us regarding Icha's punya health, so far takde kena jangkitan kuman dalam tempoh setahun tu except sekali je masa buat MCUG test dulu, so Dr. kata tak perlu buat operation.

At the moment, still monitor and now jumpa Dr. pun enam bulan sekali jer.  Sbb kesihatan Icha OK..Alhamdulillah.  Dr. kata once Icha dah toilet train, In Shaa Allah bengkak akan surut event though kidney dia cacat.

Dr. ada bagi option to buat deflux.  Deflux ni mcm masukkan ubat kan salur kencing Icha melalui kamera.  Then masuk ubat kat salur kencing tapi peratusan berjaya dalam 70% jer. So kalau success, tak payah Icha bergantung kat antibiotik anymore.  Buat masa ni, ubat tu takder tapi Dr. dah order free sample.  So aku request utk Icha masuk dalam list utk buat deflux.  Kalau free sample takder, Dr akan request ubat lah.. stok ada kt German and cost dalam RM3000 lebih.  Aku kata takper Dr. As long as my baby OK.  Dr. kata he will opt for the same option kalau kena kat anak dia.

So Alhamdulillah, xyah operate.  Aku nak try bagi Icha minum air zam zam cam yang diamalkan oleh sorang member yang jumpa kt blog ni.  Twins dia (stil dalam kandungan) tapi nampak ada good sign bila mommy minum air zam-zam.  Yang penting kita usaha kan.  This is the latest pic of Icha.  Looking at her smile makes me forget about her problem.  May Allah swt bless you my dear.  Luv you so much!!!



Thursday, July 4, 2013

Icha dan Progress Buah Pinggang

Asm. sohabat2ku...

Lamanya tak menulis kt sini..rindu pulak rasa...asik balun Instagram jer kan..terus sepi blog I...

Nak mula kot mana pun tak tau..pelan2 kayuh la ya...since now focus banyak pada perkembangan Icha, meh la kita citer pasal dia sket ya.


Icha now dah 8 bulan lebih, masa 8 bulan ari tu timbang dia 8.6kg tu pun susut sket sbb demam.  Aku mulanya risau ingatkan demam jangkitan kuman sbb kidney dia..tapi Alhamdulillah demam biasa saje...mulanya Dr. pun heran sbb buat urine test, blood test, sume hokey saje...rupa2nya Icha demam nak kuar campak daaa...seperti tekaan mek aku...sekali mek aku lagi terror daaa..heheheh

Icha dah ada 5 batang gigi...Alhamdulillah takde sakit demam nak tumbuh gigi etc buat masa ni.  Kesihatan sangat baik.  Perkembangan meniarap masa umur 4 bulan.  Aku duk tunggu gak bila Icha nak merangkak.  Sekali si kenit bam2 ni taknak merangkak, terus meniti kat sofa, boleh? Advance sangat makcik ni tauuuu...

Lain pada tu, Icha sangat suka makan.  Takut obes plak anak dara aku ni.  Tak suka dipegang or diriba berlama2.  Nampak sangat dia rimas.  Tapi pantang kalau aku bgolek depan TV ke apa, dia suka nak memanjat badan aku.  Stress acik tau nak2 time acik tengah feeling2 tgk drama gituk..

Lagi apa ek..Alhamdulillah, mudah dijaga.  Mungkin Allah permudahkan dalam cara mcm tu kan.  Icha sejak jumpa Dr. masa April dulu, bulan Jun baru ni baru buat scan balik and next week nk tengok keputusan.  If takde apa2, sambung antibiotik cam biasa and jumpa Dr. tiga bulan lagi.  Apa2 nanti aku roger.

Oh ya, last two days, aku terima email from 2 orang bakal mommy.  Seha and Atun.  Both are quite worried sbb ada kes yang sama, so aku share apa yang patut and try to make them comfy and jangan stress2 sangat sbb takut nnt baby pun stress.

Kita doa banyak2 semoga baby kita sihat, selamat dunia akhirat dan ingatlah, Allah itu Maha Mengetahui.  Sama2 kita redha dengan ujian ini dan berusaha yang terbaik utk anak2 kita...jom layan pic terbaru Icha n Dhia and Haziq sedas dua..



 apalah mama letak kat kepala Icha setonggok cam ni..

mengantuk nak tido..

Mamam pau

Meroti canai di Mahboob, Bangsar


Nak balik kg @ 3.00am

Amacam, leh lawan Zila Bakarin tak saya?? hihihiii

Suka sangat dapat mamam pau lagi...

OK jumpa lagi ya..doa2kan mama Icha rajin taip entry baru, nanti kita share progress Icha lagi ya...Assalamualaikum..mmuahhh


Tuesday, February 19, 2013

Alesya's Progress : Bengkak Buah Pinggang (Anatomy Abnormal)

Asm. kawan2...

Kali ni aku nak update result Alesya (14 Feb 2013).

Resultnya agak mengecewakan.  Fungsi buah pinggang Alesya ialah 20-80%.  Maknanya buah pinggang belah kanan dia memang out.  Buah pinggang sepatutnya berfungsi dengan balance.

Aku refer perkara ni dekat Dr. Hari, pakar Uronology kt PPUM.  Dia tunjuk result Alesya from first ultrasound, MCUG test dan juga DMSA test.  Kesemuanya merujuk kepada buah pingang dia memang problem since born, since dalam perut and bukan pada masa kat luar pun.  Masa dalam perut, ultrasound tunjuk mild swelling (bengkak sikit jer), tapi bila scan after postnatal, 2 minggu lepas lahir, result menunjukkan bengkak dia moderate (maknanya lagi besar lah).

Rupa buah pinggang Alesya antara belah kanan n kiri sangat kontra which is buah pinggang kiri, isinya agak penuh.  Tapi buah pinggang kanan penuh air and isi sangat2 sikit/nipis.

Therefore, Dr. kata Alesya berhadapan dengan Anatomy Abnormal.  Apa itu Anatomy Abnormal?  Ni aku ada google sket and the results are:

1. Abnormal Anatomy, pertains on the structure of the body or a certain part of the body. So when we say abnormal anatomy, that part did not conform to the normal appearance of what it should look like. The abnormality may be on its gross appearance or abnormality in its microscopic make-up (histology). 
2. means just that, that you are anatomically abnormal, or in layman's terms, that you have a missing or incorrect part of your body. That was probably said in reference to the gallbladder removal, meaning that with it gone you now do not have all of your body parts intact.
Dulu Dr kata kalau fungsi buah pinggang tak balance, solution dia maybe come out with operation utk betulkan salur urethra to reduce the reflux.

Tapi lepas dapat keputusan ari tu, Dr xnak proceed dengan cara tu. Since Alesya pun kecik lagi.  So cadangannya, Icha cont makan antibiotik for next 3 months, kendian buat ultrasound, if everything ok, mkn antibiotik and scan balik after 3 months.  Pastu buat DMSA test balik.  By right, DMSA test ni utk kes biasa, akan dibuat dalam tempoh setahun or dua tahun sekali.  But utk kes Icha, 6 bulan sekali becoz of keputusan DMSA awal tadi.

Benda ni akan berpanjangan.  We are hoping that it can be cured itself.  Dr pun ckp mcm tu.  Maybe bila Icha dah toilet train, reflux tu akan hilang because masa tu dah takde tekanan bila Icha nak pee pee.  Meaning, tekanan oleh pundi kencing masa nak kencing, tapi kt bawah nun akan flow ok sbb dah toilet train.  Jadi bila xde pressure kt bawah tu, reflux pun akan kurang, and bengkak buah pinggang pun boleh hilang.

If by 5-6 yrs belum hilang, Dr. akan buat next step which is deflux injection.  What is deflux injection?  Sila Klik Sini Ini utk avoid problem kat salur peranakan dia in the future coz pompuan sgt mudah expose to urine infection esp bila dah kawin.  But successful rate is onlyl 70%.

So far, Icha nampak OK.  I'll just follow the advise from the experties.  Apa yang penting, aku kena elakkan Icha dari kena jangkitan kuman and in order to avoid that, she can't miss her antibiotic. Antibiotik tu nama dia Bactrim.  It's a must for her and aku sangat particular pasal ni sejak Icha kena jangkitan kuman after MCUG test that day.

Next scan ialah pada 27 Feb 2013. Result by 07 March 2013. Will update you soon. 

Ni la Icha masa kat wad ari tu...

layan FB ngan abah

otw to PPUM on 30th Jan 2013

There she is on 2nd Feb 2013. My little angel..amuahh..




Thursday, February 7, 2013

DMSA Test for Alesya

Asm.
Hari ni nak sambung citer progress kidney Alesya.
Last week, 30 Jan 2013 Alesya kena masuk wad, utk prepare nak buat DMSA test pada 31 Jan 2013.
Aku tak reti sangat nak citer pasal DMSA ni tapi dalam bahasa kampungnya, ianya adalah satu proses utk scan buah pinggang sama ada berfungsi dengan balance or tak.  Aku ada google sket and link ni sangat membantu Klik Sini So perjalanan citer Alesya ari tu adalah camni.
30 Jan 2013
Report to PPUM at 10.00 am.  Terus dapat wad, n Dr. cucuk jarum siap2 kt tangan Alesya utk tujuan nak masuk ubat n drip ari later.
Selain dari tu, xde buat apapun.  Just lepak sahaja.  Dalam tempoh ni Alesya kena minum byk air and start puasa pukul 2.00 pagi.  Dia hanya boleh minum air masak sahaja sbb Dr. takut klu dia minum susu, and termuntah nanti masa test dibuat, tu akan spoilkan everything.
Alesya jenis aktif minum susu pagi2 camtu, jadi kan..kesian sgt kat dia.  Kebetulan plak aku tak ajar dia minum air masak lagi wlupun dia minum susu formula since 3 months.  Sebab aku ada baca artikel kata baby umor bwh 6 bulan jangan bagi minum air masak eventhough dia minum susu formula saje.  Ini bagi elakkan baby rasa kenyang dan taknak menyusu.  Jadi, oleh kerna itu, Alesya xnak minum air masak sangat.  Aku sedih sangat bila tengok dia menangis lapar...but nothing that I can do.  Sampaikan nurse yang baik hati tu datang bagi dia isap Iodin sket utk rasa manis2...pastu bila dia penat nangis, barulah tido.
31 Jan 2013
Pagi2 lagi dah dikejutkan.  Dr masukkan tiub salur kencing sebelum ke OT.
Test Alesya patutnya buat pagi2 tu, lepas setel baby Rayyan Khaleef (kenal kat PPUM) yang ada d same problem tapi dia tak buat DMSA test tapi Max 3 test.  Tujuan yang sama, tapi cara yang berbeza.  Maybe sbb Alesya baby gir, Rayyan boy kot.
Tapi, sebelum dibawa ke OT, Alesya kena cucuk dulu ubat apa aku tak tau.  Dua jam lepas tu baru Alesya boleh dibawa ke OT.
Bila sampai bilik OT, Dr bius and staf bertugas dalam 6 orang semua kerumun Alesya.  Masuk jarum kedua bius, Alesya dah lena...so macam2 wayar aku tengok berselirat.  Ingat nak amik pic tapi takut kena marah.

Kredit to Google Pic

Camni la lebih kurang tempat dia..so proses tu mengambil masa sejam utk siap.  Bila siap, kena tunggu plak dkt bahagian geng2 yg baru lepas keluar OT...utk tgk kesan bius tu camne....so klu lps setengah jam, degup jantung OK, muntah2 takde..baru boleh release ke wad.  So far Alhamdulillah, Alesya x muntah.

Alesya masuk OT kul 11 pagi.  Siap kul 12.30.  Kuarantin setengah jam, pastu baru boleh naik wad.  Masa tu br boleh minum susu segala. Dalam pukul 1 lebih gak la baru boleh minum susu.

Pukul 4 petang tu dah boleh discharge.  Nanti 14 Feb amik result.  Hopefully, semuanya OK.  Cian budak bam bam caya...


Ini masa kena warded for urine infection.  4 hari kat sana.


Masa ward yang sama jugak, masa tu Alesya baru 39 hari.


Alesya and Abah..


Warded on 30 Jan 2013


Debab2 dia tu...layan fb ngan abah...


Masa ni tiub kencing dah dimasukkan..beg plastik tu utk tampung kencing dia..masa ni Alesya lapar..sbb puasa dari tgh malam.  Kena cucuk ubat lagi sebelum buat DMSA test..part ni yang mama x sanggup.

Ni lepas dah habis buat DMSA, kena tunggu kat stesyen jururawat bahagian lepas buat test utk tgk kesan bius camner...tunggu setengah jam. Nasib Alesya x meragam...


Tgk tangan tu....sian nengokkan...Alesya plak asik nak isap tangan yang tu jer..sabarlah...


Itu saja untuk update Alesya kali ni.  Tunggu latest update lepas amik test nanti.  For those yg kat luar sana yang face the same problem like mine, you are welcome to share your problem with me.  Aku dah jumpa 2 mommy yang face the same problem and we became a good friend.  We share our story and that ease our tense and worries.  Drop an email at cmsmazni@gmail.com so that we can share our experience.  Sharing is caring..

Luv,

Mazni


This is Alesya..latest..



with Abg Haziq n Kakak Dhia...(psst..dia dah pandai pegang botol susu sendiri skang..:o)


Wednesday, January 16, 2013

Alesya dan Progress Bengkak Buah Pinggang

Assalamualaikum yuholls...
Ari ni ahkak nak buat entry peram psl my newborn baby girl Alesya Mirza.  Dilahirkan pada 16 Okt 2012 @ PPUM @ 7.36 am @ 3.52kg @ normal...kellass intro ahkak...oh ya..makna Alesya ialah Yang dilindungi tuhan..and Mirza ialah anak yang baik...jadi..sila combine maksud tersebut ya....
Due date ialah pada 8 Okt 2012 tp Alesya suka duk lama2 dalam peyut mama...so 16 Okt tu sebenarnya date aku kena lapor kt PPUM kalau takde tanda2 nak bersalin before 7.30 am, they may proceed ngan induce etc...
Tp Alhamdulillah...kul 3 pagi 16 Okt tu aku start sakit n tgk ada darah menitik masa gi pee pee...aku tahan lagi, sekali lagi bangun kul 4, makin bertitik darah...sakit pun dah kuat..so terus gerak Epoi g PPUM.  Masa tu sakit yang amat smpikan rasa PPUM tu jauh giler..walhal jalan tak jam pun...klu aku sakit time peak hour, mau dekat sejam smpi PPUM.
Sampai sana, rupanya jalan dah bukak 4 cm, so Dr. pecahkan air ketuban n bagi masa maksimum 2 jam utk aku bsalin.  Klu xleh gak, dia akan induce.  Masa tu jam dalam kul 5.15 am gitu...tup tap...kul 7.20 aku rasa sakit amat sangat...lg dasat dari sakit masa Haziq n Dhia n mmg nyaris2 rasa nak terjun katil la...aku mmg bising masa tu...sbb nak tarik perhatian nurse n Dr kat luar..aku sorang2 kt dalam tu..pastu nurse datang n kata lambat lagi nk boleh bsalin.  Tapi nasib la ada Dr. ni prihatin tgk aku sakit sangat, dia check la jalan aku...tup2 dia kata, Mazni..jalan dah bukak..teran jer klu rasa nak teran...ms tu ala2 nak makan jer nurse tu kannnnn....so teran punya teran..Alhamdulillah, kejap jer...keluarlah budak demok Alesya Mirza...muka ms kuar, mcm ayam dari freezer..penyek je..ngan idung kembangnya...awwww...(cam la idung I manchoooong kannn)...

Hamik ko..kembang gitukk....dahi pun luass jer.(padah ngutuk mak sedara dia..kikikiki)

Lps tu bermula la era bawak Alesya g ultrasound semua...sewal umurnya 14 hari..masa tu 24 Okt 2012..aku pun dgn dlm pantangnya gagahkan diri bawa Alesya.  Aku pada masa tu was hoping that bengkak tu akan hilang sendiri..mcm yang aku baca dlm internet sebelum ni..sbb Dr. kata bengkak dia mild jer...tp rupanya bengkak dia agak besar juga..sangat kontra rupa buah pinggang belah kanan and kiri.  Result ni dapat pada 29 Okt.  30 Okt ktorang kena refer kat Paed clinic plak..so korang imagine la aku yg berstokin tu duk kulu kilir ke spital dalam tempoh tu..kasihnya ibu...

According to Dr, bekas takungan air kencing buah pinggang kanan Alesya besar.  Punca dia maybe blockage atau reflux (kencing keluar separuh n naik ke buah pinggang balik separuh)...klu blockage confirm kena operate, tp klu reflux ni, kena tgk level dia stage berapa.  Stage 5 is the critical one.

21.11.2012 Alesya kena buat MCUG test.  Yang ni aku tak igt test utk detect apa tp yg pentingnya, satu tiub akan dimasukkan kot kemaluan Alesya...I cant bear to hear she cries at that time...and implikasi from this test adalah...dia boleh kena jangkitan kuman...oh ya..dari tempoh aku jumpa Dr pada 24 Okt tu, Alesya dah start consume Antibiotic setiap hari to avoid urine infection...and nak jadikan cerita, malam tu aku lupa bagi Alesya antibiotic.  In order to proceed with MCUG test, IT IS VERY IMPORTANT for Alesya to take the antibiotic.

Padahnya, 23.11.2012, Alesya demam. Aku mmg dah rasa bdn dia dedo..aku check suhu 37.7gitu..aku google interneet kata klu 38.5 baru demam kalau baby..so aku ok jer lagi..tup2 tgh malam tu aku dgr Alesya merengek2..aku bangun n rasa badan dia panas sangat. Check suhu 38.3.  Pastu aku takut sawan ke apa ke, aku terus basahkan towel n lap dia..masa tu dia mmg menangis smpi almost bbuih mulut...Aku sangat2 panik n terus bgegas bwk dia g PPUM. Angkut Haziq n Dhia yg tgh tido.

Sampai sana, terus ke Trauma n Kecemasan.  Masa tu suhu Alesya 38.6 so Dr kata tu agak tinggi utk baby umo sebulan..so mmg kena tahan wad.  Ktorang kt situ lama gak smpi dlm kul 4.30 pagi baru dpt wad, tu pun wad sementara.  Yang bestnya depa letak Alesya kt geng2 yg ada kanser etc.  So Dr yg tgk Alesya quite frustrated sbb Alesya kecik lagi n might expose to orang-orang yang baru lepas kimoterapi semua tu...aku sabar jer la...

So reason Alesya demam adalah sbb jangkitan kuman lanjutan dari MCUG test tulah...jadi aku n Epoi bkampung kat situ from 23-26.11.2012.  Mujo ada Epoi sbb aku pun x larat nak jaga Alesya sorang...ms tu pun belum habis pantang..I'm very lucky to have him, sbb sangat2 menjaga kebajikan anak isteri.  Haziq n Dhia aku letak umah kawan aku..Mazira..yg sangat2 baik mcm sedara sendiri..anak2 aku pun suka duk umah dia..Alhamdulillah...

3 Dec 2012 - Alesya batuk n selsema teruk...terus kena Neb...for 3 days..bagus la Klinik Pakar Kanak2 Adek kat Seksyen 9 tu, sbb depa bagi kita pinjam mesin Neb tu, n buat sendiri kat umah. So takyah ulang alik.  And cost consultation berkurangan setiap kali datang.  Eg first time datang consultation saje RM60, esoknya RM55, lusa RM50.  Dr pun baik and aku suke sangat klinik tu.  Tpt best, staf best, Dr best..mmg best.  Masa ni aku terfikir, macam2 penyakit Alesya ni, tapi cpt2 tepis perasaan tu sbb aku tau Allah xkan duga aku klu aku takleh berdepan dgn semua ni...I'm special u know ;o)

6 Dec 2012 aku kena g PPUM lagi utk buat ENT test utk Alesya.  Masa tu agak heran, apa kaitan ENT dengan kidney.  Aku rasa agak down masa tu, Alesya ada mslh telinga ke, or bisu ke? Sbb aku nampak dia normal, respon je bila bunyi bising...rupanya Dr kata antibiotik tu akan bagi kesan kat baby...eg pekak or bisu..so Dr. advise, bila Alesya umo 6 bulan, cuba buat bunyi dari belakang n tengok dia toleh ke tak.  And by 1 years old, dia boleh sebut mama papa tak...bila dgr tu cam down gak ah..ada kesan sampingan ..di samping makan tahun benda ni..i thought operate ke aper ker terus abis citer...tp lain...kes Alesya ni mmg aku kena bercinta ngan PPUM.  Tapi demi anak, xpelah..

30 Jan 2013 Alesya kena masuk wad sbb 31 Jan tu akan ada DMSA test. Test ni utk tgk fungsi buah pinggang.  Both kidney mesti berfungsi dengan balance which is 50-50. Kalau 80-20 ke or 60-40 pun x boleh.  If kidney berfungsi OK, tak perlu buat operation, cuma Alesya kena consume Antibiotic (Bactrim) manjang and Dr. akan monitor thru ultrasound every 3-6 months.  Tapi kalau fungsi tak balance, Dr akan operate utk betulkan urethra (salur kencing) supaya reflux (kencing naik atas) tadi dapat dikurangkan sikit.

Pentingnya antibiotik ni utk Alesya ialah to avoid jangkitan kuman.  Bila jangkitan kuman berlaku, buah pinggang dia akan berparut (scarring) atau boleh dikategori luka.  Scarring ni tak elok utk kidney sbb bila luka banyak, buah pinggang akan rosak.  Kalau orang dewasa, satu buah pinggang je berfungsi dengan baik, and yang satu lagi rosak hancur pun xper.  Tapi baby ni, Dr tak jamin sbb tak tau tahap kematangan kidney tu.

Jadi skang ni, aku akan sentiasa pastikan Alesya makan Antibiotik.  Cukup la terlupa ari tu skali smpi masuk wad anak aku..so tu jer story mory Alesya...semalam genap 3 bulan Alesya Mirza..meh layan pic dia sedas...;o)



Haziq n Adik...

Dhia and adik

Adik kena neb..




Monday, September 24, 2012

Buah Pinggang Baby Bengkak

Assalamualaikum kengkawan..

20.09.2012 ari tu aku buat check up kat PPUM.  Kena buat scan sekali sbb Dr nak juga kena ada rekod kt PPUM even aku dah ada rekod scan masa check up kt Panel.

So masa buat tu, aku excited la sbb ultrasound kat PPUM tu much better that panel aku punya.  Pic pun clearer.  So tulang belakang baby, otak sume OK.  Tup2 dpt detect yang buah pinggang belah kanan dia bengkak sikit.  So yang scan tu tanyer la aku ada kencing kotor ke time pregnant sbb kencing kotor tu normal utk preggy mommy.

Aku cakap tak.  Aku mmg ada kencing kerap tapi dah check Dr, kencing OK.  So dia kata dont worry, nnt dia refer Specialist dia, tengok camne sama ada Specialist tu nak scan aku tgk sekali lagi or komen from the report that she prepared.

So Specialist tu kata, sbb buah pinggang tu bengkak mild jer, dia suh aku refer Peadiatric after delivery.  Lagipun, left kidney berfungsi dengan baik and pundi kencing baby pun OK.  So at the moment, nothing that can be done, nak tak nak terpaksa tunggu after delivery.  Aku actually sgt risau sebab tak pernah experience benda2 camni..smpi takleh tido malam la malam tu...

Jadi aku amik initiative goole la masalah aku tu dlm Bahasa Melayu...sekali tak jumpa info la..n klu jumpa pun ada satu dua lari topik sket which is kidney anak dia problem after birth bukan dlm kandungan n ceritanya pun agak scary...

So aku try google in BI and jumpa la satu website ni yang aku rasa sangat melegakan aku..problem anak aku ni klu dalam bahasa sainsnyer dipanggil Hydronephrosis.  Maknanya buah pinggang baby bengkak masa dalam kandungan.  Dulu2 Dr. x dapat detect, tp nowadays dengan perkembangan teknologi, ianya dapat dikesan awal2 lagi..

Hydronephrosis ni ada pelbagai peringkat.  Ada peringkat yang kena tunggu lepas bersalin baru leh tgk apa puncanya.  Normally ini utk kes cam anak aku ni lah...slight swelling, mild swelling gitu...tp kalau kes berat, Dr kena amik tindakan since baby masih dalam kandungan.  In my case, aku rasa lega sikit.  And dlm kes mild swelling ni, bengkak tu mungkin akan hilang sebaik sahaja melahirkan, tp apapun kena tgk pada kes.  Normally pada hari ke-2 Dr akan buat ultra sound utk tengok status camne...kat sini aku share link yang aku jumpa tu, mana tau leh jadi rujukan buat kawan2 kalau ada sesiapa yang terkena macam aku... http://www.childrenshospital.org/az/Site1117/mainpageS1117P0.html

Yang paling aku suke masa masuk website ni, bila nampak quotes dia yg mcm kat bawah ni:
Overview


"The most common question I hear from parents about hydronephrosis is: 'Will my baby or child lead a normal life?' And the answer is almost always yes."




--Alan Retik, MD, Boston Children's Hospital

Sekurang-kurangnya ia sangat meredakan.  Aku doa sangat2 moga dipermudahkan semua and moga baby aku sihat walafiat bila lahir nanti...kawan2 pun tolong doakan ya...di sebalik citer yang kurang best ni, ada citer lain hasil check up ari tu...sangat2 seprais kata mak aku..hehehe..kita sambung next entry yer...