Wednesday, December 17, 2014

Perkembangan Bengkak Buah Pinggang Icha

Assalamualaikum semua,

Maaf sebab lama tidak menulis. Terlalu sibuk dan tiada apa yang hendak diceritakan.  Tapi saya tak sampai hati bila tengok komen2 dari ibubapa yang ingin berkongsi pengalalaman atau mengetahui maklumat terkini tentang bengkak buah pinggang Icha.

Alhamdulillah, Icha kini dah berumur 2 tahun 2 bulan.  Dia sihat, sempurna dan banyak keletah.  Cerdik dan manja.  Siapa sangka dia sakit, sekali tengok, mcm takde apa2.  Alhamdulillah, satu ketika kita diuji dengan kesedihan tentang nasib menimpa.  Tapi kita terlupa tentang semua itu, bila anak diberi kesihatan lain yang sempurna.

Icha masih lagi dibekalkan dengan antibiotik.  Saya tidak pernah ponteng memberikannya antiobiotik sejak dia dimasukkan ke wad gara2 terkena jangkitan kuman pada air kencing sewaktu berusia 39 hari.  Perit sungguh rasanya waktu itu.  Cukup utk dijadikan pengajaran buat saya.

Baru2 ini, Dr. bercadang untuk membuang buah pinggang Icha yang tidak berfungsi (cacat).  Tetapi sebelum tu, satu ujian perlu dilakukan bagi melihat blood pressure dan keadaan buah pinggang.  Result ini nnt akan menentukan samada surgery yang akan diadakan bersifat open surgery atau conventional surgery.  Jadi, scan telah dilakukan pada 26 Nov 2014.  Pada 11.12.2014 saya telah ke PPUM utk mendapatkan keputusan.  Dan alangkah gembiranya hati saya bila mendapati, terdapat pertumbuhan daging pada buah pinggang Icha yang bengkak, berbanding sebelumnya yang hanya dipenuhi air.  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.  Rasa bagai bermimpi, menitik air mata saya.  Keajaiban ini sangat menyentuh perasaan keibuan saya.

Yalah, mana nak disangka, sebab selama ini, buah pinggang Icha mmg dikategorikan sebagai anatomy abnormal (cacat) dan mmg tiada harapan untuk pulih.  Tup2, ada perubahan positif.

Buat ibubapa di luar sana, janganlah bersedih sekiranya menerima nasib seperti saya.  Percayalah, ada hikmah tersembunyi dan sentiasa redha dengan ujian Allah.

Salam sayang,

Ni pic terkini Icha, dia nampak sihat kan?

Mazni


6 comments:

Maa Khamsi said...

Alhamdulilkah icha dah sihat.. Sis blh tau x apa rawatan susulan yg sis buat untuk icha.. Cz ank saya pun mngalami masalah yg sama.. Saya hrp saya kuat mcm sis.. Sis blj email saya maanuarkimiamany@gmail.com tq

Mazni said...

Salam Maa Khamsi,

So far takde buat rawatan apa, cuma bagi makan antibiotik daily and jumpa dr mengikut date yang ditetapkan utk scan dan monitor progress whether dia bertambah baik atau tidak. Rawatan akan dilakukan mengikut progress. So far Icha xde buat rawatan lain.

Maa Khamsi said...

Kak maz... bb saya dah setahun..buln 6 ari tu bru buat operation uterustomy...operation tu utk kurangkn bngkak pd kidney dan juga saluran kncing.skrg dah 5 bln lps operation...operation bjye cuma sikcl kerp demm rupanya ada fungal ball dekt kidney punca mayb sbb pmberian antibiotik yg byk..dan bln 8 ari tu si kcil ada buat neprostomy(klo x silspla) bb saya bb pertama yg buat prosedur tu sblm ni xpernah dibuat pd bb.alhamdulillah bjya...sejk tu bb x demm dah...kurglah...

asrul awi said...

kak maz apa citer icha sekarang

asrul awi said...

kak maz aper citer icha sekarang

Mazni said...

Salam Asrul,

Icha dah sihat, Alhamdulillah. Nanti Kak Maz buat entry pasal berita baik ni. Bengkak buah pinggang Icha totally gone masa akak gi amik result test dia last 2 weeks. Dr. pun terkejut, akak lagi la terkejut. Nanti akan cerita ya.