Assalamualaikum semua,
Maaf sebab lama tidak menulis. Terlalu sibuk dan tiada apa yang hendak diceritakan. Tapi saya tak sampai hati bila tengok komen2 dari ibubapa yang ingin berkongsi pengalalaman atau mengetahui maklumat terkini tentang bengkak buah pinggang Icha.
Alhamdulillah, Icha kini dah berumur 2 tahun 2 bulan. Dia sihat, sempurna dan banyak keletah. Cerdik dan manja. Siapa sangka dia sakit, sekali tengok, mcm takde apa2. Alhamdulillah, satu ketika kita diuji dengan kesedihan tentang nasib menimpa. Tapi kita terlupa tentang semua itu, bila anak diberi kesihatan lain yang sempurna.
Icha masih lagi dibekalkan dengan antibiotik. Saya tidak pernah ponteng memberikannya antiobiotik sejak dia dimasukkan ke wad gara2 terkena jangkitan kuman pada air kencing sewaktu berusia 39 hari. Perit sungguh rasanya waktu itu. Cukup utk dijadikan pengajaran buat saya.
Baru2 ini, Dr. bercadang untuk membuang buah pinggang Icha yang tidak berfungsi (cacat). Tetapi sebelum tu, satu ujian perlu dilakukan bagi melihat blood pressure dan keadaan buah pinggang. Result ini nnt akan menentukan samada surgery yang akan diadakan bersifat open surgery atau conventional surgery. Jadi, scan telah dilakukan pada 26 Nov 2014. Pada 11.12.2014 saya telah ke PPUM utk mendapatkan keputusan. Dan alangkah gembiranya hati saya bila mendapati, terdapat pertumbuhan daging pada buah pinggang Icha yang bengkak, berbanding sebelumnya yang hanya dipenuhi air. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Rasa bagai bermimpi, menitik air mata saya. Keajaiban ini sangat menyentuh perasaan keibuan saya.
Yalah, mana nak disangka, sebab selama ini, buah pinggang Icha mmg dikategorikan sebagai anatomy abnormal (cacat) dan mmg tiada harapan untuk pulih. Tup2, ada perubahan positif.
Buat ibubapa di luar sana, janganlah bersedih sekiranya menerima nasib seperti saya. Percayalah, ada hikmah tersembunyi dan sentiasa redha dengan ujian Allah.
Salam sayang,
Ni pic terkini Icha, dia nampak sihat kan?
Mazni
12 comments:
Alhamdulilkah icha dah sihat.. Sis blh tau x apa rawatan susulan yg sis buat untuk icha.. Cz ank saya pun mngalami masalah yg sama.. Saya hrp saya kuat mcm sis.. Sis blj email saya maanuarkimiamany@gmail.com tq
Salam Maa Khamsi,
So far takde buat rawatan apa, cuma bagi makan antibiotik daily and jumpa dr mengikut date yang ditetapkan utk scan dan monitor progress whether dia bertambah baik atau tidak. Rawatan akan dilakukan mengikut progress. So far Icha xde buat rawatan lain.
Kak maz... bb saya dah setahun..buln 6 ari tu bru buat operation uterustomy...operation tu utk kurangkn bngkak pd kidney dan juga saluran kncing.skrg dah 5 bln lps operation...operation bjye cuma sikcl kerp demm rupanya ada fungal ball dekt kidney punca mayb sbb pmberian antibiotik yg byk..dan bln 8 ari tu si kcil ada buat neprostomy(klo x silspla) bb saya bb pertama yg buat prosedur tu sblm ni xpernah dibuat pd bb.alhamdulillah bjya...sejk tu bb x demm dah...kurglah...
kak maz apa citer icha sekarang
kak maz aper citer icha sekarang
Salam Asrul,
Icha dah sihat, Alhamdulillah. Nanti Kak Maz buat entry pasal berita baik ni. Bengkak buah pinggang Icha totally gone masa akak gi amik result test dia last 2 weeks. Dr. pun terkejut, akak lagi la terkejut. Nanti akan cerita ya.
Salam kak maz. Boleh share lg x perkembangan ichaa. Sy nk tau sgtt sbb anak sy mengalami bengkak jugak. Pleaseee akak.
Alhamdulillah.. sis share lg cite bby sis. Bby saya pun maslah yg sama. Masih dlm kandungan.
Kak..pls sambung lagi cita ni..nak tau sangat pasal perkembangan icha:)
Macamna keadaan icha skrg kak? Sbb kakak sy anak dia skrg mengalami keadaan yg sama spt icha
Akk boleh akk citer perkembangan icha sekarang.. akk ada maklumkan bengkak buah pinggang icha totally gone pd thn 2016..blh akk share apa yg akk buat pd isha..drsegi rawatan doc & iktiar akk sendri.. sbb ank sy pon alami perkara lebih kurang sama dgn akk.. ank 5 thn sekarang ni..doc masih dlm proses diagnose dia.blom buat mcug & tdpi. Buah pinggang belah kiri bengkak & dia adac2 saluran belah kiri. Diplex kidney.. mohon jasa baik akk utk share.. tgk dekat blog akk dah lama akk x updated.mungkin pengalaman akk dpt jadikan cth utk sy kuat hadapi ketentuan ni.. semoga sy kuat sama spt akk.. 😢
Ni email sy ye kak hanania_ahmad@yahoo.com
Assalamualaikum kak mazni..
Boleh akk share psl perkembangan icha yg terkini..sbb akk maklumkan bengkak buah pinggang icha totally gone pd thn 2016.. anak sy mengalami situasi yg lebih kurang sama dgn ank akk..anak sy usia 5 thn.. ms buat ultrasound buah pinggang belah kiri bengkak & anak ada dua duplex kidney kt belah kiri (2 saluran) . Sekarang doc masih dlm proses diagnose dia.. belum lg buat ujian mcug & tdpi. Boleh akk share ttg rawatan doc & iktiar akk sendri sehingga buah pinggang icha yg bengkak totally gone.
Semoga pengalaman dr akk dpt bg kekuatan pada sy utk hadapi ketentuan ni.. semoga sy kuat spt akk..
Klo akk xkeberatan boleh email kan sy ye. hanania_ahmad@yahoo.com
Post a Comment