Hullamak...tajuk entry kali ni rasa cam nak buat drama RTM jer, giler jiwang seyyyyy...saje bagi tajuk gempak sket....sesekali meroyan apa salahnya kan...
Ari ni aku nak citer kisah benar, aku dan si dia (pompuan yer, bukan jejantan)....yang mana, dlm history hidup aku ni, telah terpaksa kuputuskan persohabatan dengannya....punca?? Aku bosan dengan perangainya yang sangat mendesak dan suka melaser bersepah-sepah...jadi aku nekad, putuskan saja semua itu, so persohabatan yang agak lama itu, sia2 sahaja, kerana sikap. Bersedialah untuk drama melankolikku ini, hak tuiii...heheheheheh
Mungkin ada orang kata, eleh, camtu pun nak putus sohabat? Gile sentapp....well..terpulang tapi aku rasa aku ada hak untuk memilih sahabat yang terbaik dalam hidup aku, yang membahagiakan aku, dan yang paling penting, yang menenangkan aku.....Kadang-kadang aku rasa dia tak paham kehidupan dan kerjaya aku skang...aku menjadi kuli yang teramat kuli, tak sama ngan dia yang hanya menjaga diari bos...life aku skang bukan macam dulu, keja blambak, smpi umah malam, mana nak makan, nak kemas umah, tido anak, dodoi bapak budak, aku capeekkkk....dan hujung minggu menjadi teramat berharga untuk family kecilku....sabtu mengemas rumah, ahad bawa anak jalan2...of course bukan every week bwk anak berjalan, tapi ada masa kita nak relax saja, of course aku rindu nak jumpe kawan, nak borak2, tp i need special time n arrangement for that...
Hanya sebab susah nak jumpa, maka dia telah melaser aku, on d fon byk kali, sekali tu, di fb, dia tak puas ati tgk pic aku mkn2 ngan member ofis, dan meninggalkan komen biasa tp agak pedas (sbb aku dah kenal style dia), lalu aku jawab, itu time hari jumaat punye lunch time....tp dia masih tak puas ati, kami saling berbalas msg di fb, lalu aku mengambil keputusan menamatkan perbualan dengan menamatkan persohabatan itu...tragis tak?
Kesimpulannya, at this age, aku tak suka didesak, diatur apa yang perlu dibuat, aku sayang kawan aku tapi tak bermakna tak jumpa aku lupakan dia. Aku kenang segala kebaikan kawan aku tetapi takkan kerana isu jumpa tak jumpa dia nak kait2kan smpai jadi satu benda yang besar? Istimewa sangatkah aku sampai dia jadi mcm tu...so aku biarkan dia begitu, hinggalah hari ni, aku dapati dia membalas komen yang kutinggalkan pada kawan lain yang merupakan kawan kami juga di laman fb. Aku takde hal dengan perkara itu, rupa2nya komen tu tak habis di situ jer, tapi bersambung-sambung pula dengan kawan yang dikomen itu, kesimpulan dari komen itu, kawan sorang lagi sekarang berhijrah, dan kawan aku ini kata dia akan igt kawan aku tu smpi bila, keep in touch and jgn putus kawan....n kawan sorang lagi tu reply...jgn bimbang, aku bukan mak sentap..hahhahah..sambil gelak2 kambing...aku rasa comment tu purposely ditujukan untuk aku...aku reply balik? Tak...biarlah mereka dengan labunya, sbb seorang dah history and seorang lagi is gonna be history too....
Dari situ, aku buat penilaian: Dia yang aku putuskan persohabatan itu, masih tak berubah, berdendam, tidak ada kerinduan terhadap kemanisan persohabatan sebagaimana yang aku rasai, lalu aku membuat kesimpulan, dia masih tidak matang. Tidak ada perasaan untuk muhasabah diri kenapa kawannya sanggup berbuat demikian. Manakala, seorang lagi yang tidak ada kena mengena pula bagiku sangat tidak profesional walau lagaknya profesional malah lagi berusia dariku, kalau aku, aku takkan campur urusan orang sbb dia juga kawanku, apa yang terjadi dengan aku dan minah tadi, hanyalah kami berdua, dan dia tidak punya hak untuk berkata itu ini without knowing the true stories..aku ingatkan dengan penghijrahannya, dari Msia, dari segi tak bertudung ke bertudung, dengan umrah lengkapnya, dia mampu menjadi muslimah sejati dengan akhlak terpuji, tapi itu tak cukup untuk menyempurnakan penghijrahannya...kesiannnn...
Jadi, itulah kisahku, dan bekas sohabatku. Ironinya (ewah...), di usia begini, aku tak rasa aku memerlukan jutaan sahabat sebagai teman, sbb bagiku, bukanlah kuantiti yang aku cari, tetapi kualiti...biarlah sikit sahabatku asal mampu mendamaikanku, asal mampu membahagiakanku dan yang paling penting, memahami diriku.....aku berhak memilih siapa kawan...dan aku percaya setiap yang terjadi itu, bukan sengaja terjadi, tetapi akan sentiasa ada hikmah tersembunyi, moga aku dipertemukan dengan sahabat yang lebih baik, di dunia dan akhirat...amin....
"TREAT YOUR FRIEND LIKE HOW YOU WANNA BE TREATED" - aku baca ni kat dinding kedai 1902, n i like it
1 comment:
ishhhh.. memang macam drama da....
tapikan, kawan lama ni kadang-kadang memang dah tak bley jadi besfren dah, sebab mereka gagal memahami situasi kita sekarang.
Aye pon ramai kengkawang skool dulu yg jumpa kt fb, ajak gathering, tapi aye tak mo join sebab rasa macam dah tak sehaluan..
tak pe la maz, kawan biar beribu, asal jgn buat hati kita berbulu!
Post a Comment