Wednesday, August 24, 2011

Syukur, Aku Masih Bernyawa..

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.  Aku memandu seperti biasa, ketika itu berada di lane kiri utk ke simpang Seputeh.  Betul2 di bawah flyover depan Mid Valley, kelihatan dari jauh sebuah lori berkepala merah memandu perlahan di lorong bas berhenti.

Sebelum itu, sebuah van dari arah kiri memberi signal utk masuk ke laluanku.  Aku memberi laluan.  Ketika itu, hati berdetik, lori ni nak masuk ke tak nak? Satu sbb dia tak bagi signal, dua sbb dia bawak perlahan.  Aku ingatkan dia nak berenti dekat tpt bas selalu turun/ambil penumpang. 

Tup2 ketika posisi keretaku seiring dengan lori tersebut, dia menghimpit utk masuk ke lorongku.  Aku jadi pelik. Aku cuba mengelak ke kanan dan dia makin menghimpit.  Ketika itu, aku tak terfikir utk tukar ke lane kanan atau apa, sbb aku panik dan tak pernah menghadapi situasi begitu.

Tiba2, keretaku bergoyang, aku rs agak berpinar, rupanya keta aku dah dilanggar.  Aku parking kt tepi, dan kelihatan pemandunya seorang Cina tua.  Aku mintak dia bertanggungjawab, tapi dia refuse.  Katanya bukan dia yang langgar.  Aku bertekak dengannya.  Mana boleh aku yang langgar, sbb dia yg masuk lane aku dan tak bagi signal dan teruskan drive wlupun aku sedang berada di laluan aku. Bila aku cuba mengelak, dia lagi menghimpit ke kanan.  Panik punya pasal, aku langsung tak terfikir nak ke kanan.  Tapi kata Epoi, aku should follow my lane, jgn tukar lane sbb dlm keadaan camtu, kita pun tak sure whether lane kanan masa tu safe ke tak.

Katanya lagi, aku ada hak untuk berhenti atau meneruskan perjalanan kerana mengikut undang2, aku berada di laluan yang betul.  Aku minta no tel. pakcik tu tapi dia tergagap2 seolah2 lupa nombor.  Aku minta dia miscall hp aku, katanya hpnya tertinggal di rumah.  Aku cuba hubungi nombornya, tapi masuk voice mail.  Dalam kalut itu, dia boleh ucap Selamat Hari Raya? Katanya dia juga Islam, Cina Muslim, so what? Klu jadi apa2 kat aku n anak aku, ada aku peduli dia Islam ke hapa?  Dan2 tu aku suruh dia mengucap, utk pastikan dia bukan kaki kelentong punya stok.

Aku mintak dia responsible, tp dia refuse.  So aku ckp akan report polis.  Katanya OK saja.  Last2 dia salam aku, n ckp akan call aku balik malam ni.  So aku just tunggu saja.  If takde apa malam ni, esok aku akan buat report.

Perasaan aku bercampur baur, takut, berdebar semua ada.  Nasib kereta tak banyak, buatnya masa aku duk terumbang ambing tadi ada kereta kat lane blakang, tak ke teruk? Dah la aku bwk Haziq, tapi Alhamdulillah, kami selamat.  Keta aku kemek pintu belah kiri and tercalar.  Kata Epoi, maybe dalam RM500 utk repair.  Smpi Haziq ckp, "asik accident jer keta mama kan?".  Nasib dia cool and tak panik dan menangis of whatsoever. Nasib jugak lori tu rempuh kt belakang, masa tu Haziq kat depan.

Bila jadi camni, aku jadi fobia nak bawak kereta.  Tp kata Epoi tu part and parcel bwk kereta.  Malang tak berbau.  Kadang kita tak buat pun kita kena.  So aku akan be more careful and alert to read the intention of other drivers if dorang tak bagi signal.  I hate those people yang tak bagi signal sbb bagi aku orang mcm ni adalah selfish.  Dia tak tau ke signal tu is the most important thing on the road.  That's how you communicate with other drivers!!!

Lastly, harapnya lepas ni takde lagi.  Kalau betul pun umur aku tak panjang, aku tak rela bersemadi di jalanraya.  Biarlah aku bwk keta cam siput, kena hon, drpd jadi camni.  So utk esok and lusa, aku tanak bawak keta. Epoi akan amik pegi balik.  Lepas raya ni jer lah aku start balik.

Ya Allah, selamatkanlah aku dan keluargaku...amin....

2 comments:

momyluna said...

yg penting nasib baik ko ngn haziq tak ape2 maz. mmg pun xcdent ni kadang kita punyalah berhati-hati tp jadik gak sbb org lain punya kecuaian. lagi baru2 nk drive cam ko, dah la kl nun sibuk manjang. apepun, be xtra cafeful pasni ye laling

Mazni said...

Tulah As, I will be more careful dear. Kena blajar defensive driving giler2 after this.