Salam Ramadhan u olls..dah 23 hari kita pose rupanya yer...sy sonot jugak sbb dah bjaya turun 4kg setakat ni..hehhehe...oh ye, siang tadi sy dah amik baju raya, tup2 semuanya gedoboh tang bwh ketiak, dan2 tu sy rasa cam tak mantoppp jer pki baju, alahaiiiii..
Berbalik pada tajuk entry, saya agak terkedu dengan mukaddimah berita malam ini. Semuanya pasal kes bunuh anak, letak parang kat leher anak, mcm2...Sy sedih bila seorang bapa yang mabuk menolak tiga anaknya yg berumur 2,3 dan 5 tahun ke sebuah kolam ikan. Katanya nak ajak dema mancing, tup2 ditolaknya anak2 tak berdosa itu. Saya terbayangkan, mesti anak2 itu terkapai2, dan akhirnya kelemasan. Terbayang wajah2 anak saya yang umurnya sama seperti mereka. Sungguh!! Saya tak mampu bayangkan perkara yang sama terjadi kepada anak saya. Nauzubillah.
Lagi satu kes di Terengganu, gara2 bergaduh semasa dalam perjalanan balik berhari raya ke Kedah, seorang bapa hampir2 menyembelih anak perempuannya berumur 5 tahun. Menurut isterinya, orang ramai ada yang berhenti, tetapi mereka tidak mampu menghentikan perbuatan suaminya. Di dalam hatinya, beliau hanya mampu berdoa supaya ada kereta polis lalu di kawasan tersebut. Alhamdulillah, doanya termakbul. Anaknya berjaya diselamatkan. Peristiwa itu juga disaksikan oleh seorang lagi anaknya. Syukur ke hadrat Ilahi, anak kecil itu selamat. Namun kesan kelaran tetap ada. Hati ini menangis. Kenapa sebegitu rupa manusia hilang pertimbangan. Sehingga tidak mengenal zuriat sendiri. Dan saya terfikir, kenapa parang itu disimpan di dalam kereta?
Satu lagi berita, tentang kematian dua beradik ketika balik dari sekolah. Umurnya 9 tahun dan 6 tahun. Mereka berbasikal dan dilanggar dari belakang. Terus meninggal di tempat kejadian. Saya terfikir, apakah tahap kelajuan kenderaan yang melanggar anak tersebut? Mesti laju yang amat sangat sehingga menyebabkan kematian di tempat kejadian. Saya doakan semoga ibubapanya ditabahkan hati mereka, dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Air mata tak dpt ditahan ketika menulis entry ini. Sesungguhnya naluri seorang ibu, sgt tersentuh dengan berita2 sebegini. Apatah di kala umat Islam hanya tinggal seminggu untuk menyambut lebaran. Ya Allah, besarnya dugaanmu terhadap mereka.
Semua ini membuat saya sangat2 sedih dan sayu. Saya berdoa, semoga anak2 kita, keluarga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya dan jauhkanlah kita dari malapetaka.
ps: Selepas berbuka tadi, saya hubungi ibu di kampung. Katanya dia sesak nafas Subuh tadi, dia betul2 takut. Dalam hatinya hanya ingatkan mati pada ketika itu. Sy sangat risau, moga semuanya selamat. Amin.
No comments:
Post a Comment