Thursday, August 11, 2011

Puas hati!

Hari ni aku managed to see my big boss and we talked about my transfer.  Katanya, dia pun terkejut dgn keputusan BSM and mmg upset, tapi dia tanak gaduh ngan BSM demi menjaga hubungan baik.  Lagipun aku kat sini dah almost 5 years, and tempat yang aku nak gi tu asalnya N44, so katanya peluang utk kenaikan pangkat tu cerah.

Aku tak rasa la dpt promotion dlm tempoh terdekat sbb aku pun consider new and ramai lagi senior dekat sini, tapi takperlah...aku pegi jugak (biarlah aku rehat setelah penat selama ni)...Cuma kt tempat baru ni aku akan byk kena travelling, dari sumber yg aku dengar, tahun ni saje dah ada beberapa country nak kena gi, tak tau la betul ke tidak, tp November ni confirm ke India...utk tujuan promosi...orang kata good for me, tp aku bukan jenis type yg suke travelling sgt, maklumlah kita ada anak bini, eh silap...ada anak laki, so nak tinggal selalu pun tak sedap, tambah2 laki jenis suke berkepit (eh kata laki, kita pun sama, suke berkepit juga)...tp klu dah kerja, kena la buat kan....

Apapun, aku puas hati selepas dapat borak dengan big boss and my ketua yang buat admin kt sini, aku tanak pergi dari sini dengan bersangka buruk.

Tadi dah lawat tapak, ofis baru ni aku tak dapat bilik sendiri, more pada open concept so redha jer lah (penat jer ktorang renovate ofis kt tpt skang, tup2 aku tak dan nak rasa, penat acik deko2 pilih kaler segala tau...tup2 kena tukar tpt takde bilik...)

Oh btw, hari ni cuti masak, sbb tghari tadi g beli makan kat kafe kat sini, ada kambing masak kari ke apa tah, pastu ayam rendang dua ketul, kerabu perut, pecal semua RM15.00, aku consider murah.  Hari Isnin ari tu aku masak bubur lambuk pantai timur (pic tak upload kat lappy lagi) dengan rendang pedas cili berapi versi  Aku Bukan Cheff memang sedap giler, Selasa ari tu masak pajeri terung n goreng ikan, semalam masak ikan tongkol masak lemak, ayam msk merah n sawi goreng, mmg syok la masak sendiri, simple tp puas....sejak pose ni, ari ni jelah baru aku tak masak, syok ar dpt balik awal nih....

Itu saje, nnt free2 kita upload pic bubur lambuk terengganu.  Pic pg Gabai pun tak terupload, entry pun dah basi, huhuhu.......

1 comment:

Angah said...

wahhhh dapat rasa angin baru la ko maz...sonoknye. elok la tukor angin drpd ko asik berangin je kat engin tu..tahniah..