Tuesday, August 23, 2011

Orang Terengganu, Apa Dah Jadi

Seingat saya, satu ketika dulu, orang Terengganu tak banyak kontroversi.  Tapi semua itu tidak lagi.   Tiap2 hari, saya tengok berita yang saya sendiri tak sanggup nak tengok.  Bunuh, rogol, liwat, rempit, mercun, byk orang Terengganu sebagai pelakon dramanya.

Saya jadi heran.  Kadang2 sy tengok, ada a few cases yang pesalahnya dilanda kemurungan, sama dengan negeri jiran, Kelantan.  Tapi saya rasa saya faham.  Sebagai orang yang lahir di Terengganu, di luar bandar, kehidupan kami (atau mungkin saya) tidaklah sepertimana kehidupan orang bandar, yang mungkin lebih terbuka dlm menyatakan kasih sayang, terhadap sesama keluarga.

Kami agak sukar melafazkan sayang, contohnya senario berpegangan tangan di kalangan pasangan juga agak jarang kelihatan di sana.  Biarlah orang, tetapi saya cuba menerapkan keterbukaan di kalangan ahli keluarga saya.  Kalau 12 tahun dulu, saya tak pernah cium pipi kedua orang tua, tp semua itu tidak lagi.  Saya peluk ayah saya, sy kucup pipinya.  Sebab sy tak mau menyesal, tidak berkesempatan mengucup mereka, bila mereka tiada di dunia.  Satu masa, saya adalah anak yang agak rebelious, tetapi Alhamdulillah, kematangan mengajar sy agar lebih menghargai kehidupan, lebih menghargai kedua orang tua.  Alhamdulillah, apa yang saya cuba lakukan, diikuti juga oleh adik beradik yang lain, terutamanya yang perempuan, tapi agak sukar bagi adik2 lelaki terutamanya yang di bawah saya. 

Dia suka menyendiri, mungkin dia rasa segan kerana tidak berjaya dlm kehidupan, semua kawan2nya sudah berkeluarga, tp dia tidak walau usianya dah mencecah 30an.  Tiap kali soalan kahwin diajukan, katanya apa nak bagi anak orang makan.  Dia sangat taksub untuk memiliki lori sendiri utk kerjanya.  Dia seorang pemandu lori, tapi katanya pendapatannya akan lagi OK kalau dia mempunyai lori sendiri.  Demi hasratnya tercapai, saya guna nama saya, buat pinjaman puluh ribu, akhirnya hanya 2 minggu lori itu bertahan, tahu2 dicuri orang.  Kini saya menanggung hutang.  Tapi tak apalah.  Cuma yang saya ralatkan, dia jadi segan sejak peristiwa itu, dan juga agak sensitif.  Dia cepat marah, mcm orang dilanda kemurungan. 

Kami juga agak berhati2 kalau ingin berkomunikasi dengannya.  Seboleh2nya tidak mahu menimbulkan kemarahannya, kerana dia sgt mudah terluka.  Apa yang saya ceritakan ini, agak peribadi.  Tapi apa yang ingin saya rumuskan, sifat yang begini memakan diri.  Dia suka mengasingkan diri dengan keluarga dan semua orang seperti musuhnya kerana dia merasa dia adalah seorang 'loser'.  Sedangkan di antara kami semua, hanya saya yg boleh dianggap berjaya. Saya bukannya senang, tapi saya sanggup berbuat apa saja, asal ibu bapa saya gembira, asal adik beradik saya bahagia.  Duit boleh dicari, tp keluarga? Tiada galang gantinya.  Seburuk manapun adik beradik kita, atau seburuk mana pun ibu bapa kita, mereka tetap darah daging kita. 

Berbalik pada kisah adik saya tadi, kata orang, bila kita bersendirian, syaitan suka datang berbisik.  Itulah yang saya takutkan.  Saya harap dia tidak seperti apa yang sy lihat/dengar di dalam berita2 semasa bagi orang2 yang dilanda kemurungan.  Saya berdoa semoga dibukakan pintu hatinya, utk menyayangi keluarganya sebagaimana kami menyayanginya.  Satu ketika, dia agak rapat dengan saya.  Dia boleh tolong kopekkan bawang ketika kami di dapur, dan saya satu2nya adik beradik yang agak rapat dengannya.  Saya rindukan dia seperti dulu.  Oh Tuhan, semoga dia berubah.  Amin.

2 comments:

Angah said...

batul la maz, aye tgk tahun ni banyak betul kes-kes jenayah drpd terengganu, cukup pelbagai plak tu..sakneka jenayah ada...

Mazni said...

tu lah kak ina, balik2 tgk orang Trg, dulu takde la kontroversi no..