Jumaat lepas, merupakan hari terakhir di tempat kerja lama. Suasana petang itu sangat syahdu di kala aku bersalaman bersama staf. Air mata, hidung, semuanya berguguran. Aku tak sangka Ijal menangis tersedu2 di kala aku mengucapkan selamat tinggal. Tak kusangka hatinya tersentuh sebegitu rupa, walaupun hanya sempat bersamaku untuk tempoh setahun sebulan. Setiap patah yang aku ucapkan, airmatanya berguguran, lantas menundukkan kepala di meja, walaupun ketika itu, ada pelajar di hadapan kaunter. Sungguh aku tersentuh dengan air mata lelakinya!!
Aku dan mereka (Siti, Ana, Mak Jah dan Jackie, Ijal dan Yuva) sempat meninggal pesan bersama air mata. Sungguh aku sedih dengan perpisahan itu, apatah lagi kami begitu rapatkan bagaikan adik beradik. Kata mereka, lepas ni takde cupcakes lagi, tiada nasi impit kuah kacang lagi, tiada nasi ayam hijau lagi, pasti mereka akan merindui semua itu!.. Sungguh aku akan merindui 'keluarga' kecilku ini. Apatah lagi aku akan bersama keluarga baru yang lebih kecil selepas ini. Aku akan rindu gelak ketawa mereka, akan rindu saat kekalutan bersama mereka....akan rindu segala2nya tentang unit kami, Unit Ijazah Tinggi.
Pagi itu, selesai Mesy. JK Pemeriksa, aku tekun menyiapkan kerja di meja. Tiba2, kelihatan Dekan dan teman2 di Pej. Dekan masuk ke pejabat, sambil membawa sejambak bunga dan sekotak coklat. Aku betul2 terharu dan speechless. Sungguh aku tak menyangka dengan kejutan itu. Dengan kad bertemankan gambar Hari Keluarga terakhir kami, emosiku sangat tersentuh! Terima kasih semua! Terima kasi di atas ingatan itu!
Petang itu, hujan lebat mengiringi perjalanan pulangku. Dalam hati, aku agak risau kerana tidak pernah memandu dalam suasana hujan selebat itu. Entah macamana, aku tetiba termengelamun, lalu keretaku mencium kereta depan, perlahan, namun cukup merungsingkan.
Aku sgt2 takut! Pemandu van itu keluar dan meninggalkan kadnya kepadaku. Kami bertukar no. fon supaya aku dapat membayar ganti rugi. Sepuluh minit kemudian, dia menelefonku dan memintaku supaya jangan bimbang. Katanya dia akan memeriksa keretanya, jika tiada apa yang teruk, dia tidak akan menuntut ganti rugi. Sehingga hari ini, dia tidak menelefonku. Agaknya tidak seteruk mana, sebab aku tidak melihat apa2 kesan di vannya pada hari tu.
Wah! Kenapa entriku agak lemau hari ni. Mungkin aku masih terkedu dan syahdu. Pagi tadi aku ke pejabat buat kali terakhir. Mengemas mana yang patut! Oh sungguh aku sayangkan pejabat itu. Sungguh aku sayangkan segalanya. Moga di tempat baru nanti, aku mampu menjalankan yang terbaik dan memikul tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Amin.
2 comments:
apersal syahdu benor nak ninggeikan fakulti tu, masa niggeikan sastera tak nanges pon....ehek ehek...
nak syahdu lagumana kak ina, kejap beno kat sana..hehehheeh...lgpun, masa tu kita kategori adik2....kt sini kita dh jadi kakak....hehhheehhe
Post a Comment