Salam Ramadhan kawan2...tup2 kejap jer dah 16 hari kita pose. Lagi dua minggu dah nak raya. Weekend ari tu gi Carefour, sekali jumpe la tanglung Mickey Mouse. Budak2 dah melekat kat situ, so terpaksa la beli. Aku malas nak wat muka hak hogeng kat situ.
Malam tu main la...tp yer lah...main kat bandar, mana la nak sehappening kat kg kan? Dulu masa aku kecik2...sure kumpul duit nak beli lilin, bunga api semua. Masa tu tanglung dlm kategori mahal kot...so apa aku n de geng buat? Kitorang tebuk tin Milo or apa2 jenis tin, letak lilin kt dalam tin tu (posisi tin adalah secara mengiring bagi menampakkan cahaya lilin tu) Pastu letak kayu n sangkut kat tali yang ktorang tebuk tin tadi tu....itulah dia 'tanglung' ktorang....happening tak? Ktorang jalan ramai2 satu kampung, sonot giler ah..Pastu lilin kecik2 yang kale macam2 tu ktorang akan pasang satu umah, normally kat pagar rumah dan jugak pokok2 yang berkaitan (dulu aku biasa wat kat pokok pelam, tp now pokok tu dah takde sejak umah ktorang di expandkan....)
Bila dah umo camgini, sgt terkenang keriangan hari raya dulu. Dulu time bujang, akulah yang akan buat semua biskut kat umah, tp versi biskut aku bukan la cam biskut moden orang bandar, abis moden pun biskut cornflakes la....biasanya aku buat biskut kelapa (masa tu takde istilah beli kelapa kering siap2 tu, goreng kelapa manual nyah!! Tp rasa dia lagi nikmat dari kelapa kering tu)...pastu wat biskut kacang tanah, biskut kacang hijau, tu jer la kot...ganas2 takder la, balik2 pakai bahan sama. Nak kata ada coklat segala, nan hadooo!! Maklumlah, mak kan orang susah.....Masa tu pakai oven Butterfly yang kaler hitam tu...kadang tu smpi hangit2 biskut aku ngn kakak duk nunggu smpi dua tiga pagi...bila dia dah kawin, aku la wat sorang2...nak kata pakai adunan bertimbang segala, nan hado...aku sukat pakai cawan jer, tp skang dah tak reti sgt dah...skang beli jer, tp tahun ni rasa nak buat sket, takat biskut cornflakes n biskut2 kampung tu, wat sendiri jer lah...lagipun aku balik raya lambat, sebab Isnin Epoi still lagi kena kerja.
Hari raya masa aku bujang sgt memenatkan, sbb aku merangkap bibik sepanjang zaman kat umah. Nak pakai baju lawa2 pun tak berbaloi, asik singsing lengan kat dapur, membasuh pinggan. Paling tak tahan, bila budak2 dtg, nak duit raya jer, air kita hidang pun tak minum, buat penat ahkak jer..skang sejak dah kawin, tugas2 tu adik bujang amik, tp yer lah, yang bujang pompuan dua orang jer, si bongsu tu mmg liat sket, so si kedua bongsu la yang berhempas pulas bab mengemas. Aku sejak2 dah tua ni, keja masak jer la, tp klu menu berat2, aku ke laut lagi lah...smpi skang aku masih tak pandai wat nasi dagang! Eh byk plak termenceceh...
So tu saje kali ni. Next time citer lagi. Lately ni rasa bila menulis tak ceria, adakah aku masih dilanda kemandoman?
No comments:
Post a Comment