Friday, August 26, 2011

Telemovie : Janji Syurga

Argh...syahdunya...baru lepas layan telemovie Janji Syurga kat Channel 106 OASIS...lakonan Eman Manan n Norlia Ghani.

Citer pasal kesabaran seorang anak menjaga ibunya yang lumpuh, anak lelaki yang sanggup mengorbankan diri, tak sanggup kahwin demi menjaga ibunya....nak citer lebih tak reti, tp klu berkesempatan, cuba2lah google kat internet citer ni, mana tau kot kuar kt YouTube...tapi ada ulangan raya ke 4 nnt, tp tak tau kul braper...aku rasa cam payah nak jumpe anak lelaki yang sesabar itu, maybe ada tapi tak banyak....

Touching giler citer ni, aku sendiri tak tau sama ada aku boleh buat or sabar mcm Eman blakon dlm citer ni, basuh kencing berak mak dia tetengah malam semua....sedih arrr....Dan2 tu tingat kat orang tua kt kg....(memang la dlm citer ni lakonan semata2, tp aku percaya kt luar sana, tentu ada anak yang semulia itu)....

Morale of the story : Sama2lah kita buat baik kat parents kita, sementara mereka masih hidup.  Kadang2 wang ringgit bukan segalanya bagi orang tua, apa yang penting, jgn kedekut utk tunjukkan kasih sayang kita pada mereka.  Bahagiakan mereka, InsyaAllah, hidup kita beroleh berkat. 

Wednesday, August 24, 2011

Syukur, Aku Masih Bernyawa..

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.  Aku memandu seperti biasa, ketika itu berada di lane kiri utk ke simpang Seputeh.  Betul2 di bawah flyover depan Mid Valley, kelihatan dari jauh sebuah lori berkepala merah memandu perlahan di lorong bas berhenti.

Sebelum itu, sebuah van dari arah kiri memberi signal utk masuk ke laluanku.  Aku memberi laluan.  Ketika itu, hati berdetik, lori ni nak masuk ke tak nak? Satu sbb dia tak bagi signal, dua sbb dia bawak perlahan.  Aku ingatkan dia nak berenti dekat tpt bas selalu turun/ambil penumpang. 

Tup2 ketika posisi keretaku seiring dengan lori tersebut, dia menghimpit utk masuk ke lorongku.  Aku jadi pelik. Aku cuba mengelak ke kanan dan dia makin menghimpit.  Ketika itu, aku tak terfikir utk tukar ke lane kanan atau apa, sbb aku panik dan tak pernah menghadapi situasi begitu.

Tiba2, keretaku bergoyang, aku rs agak berpinar, rupanya keta aku dah dilanggar.  Aku parking kt tepi, dan kelihatan pemandunya seorang Cina tua.  Aku mintak dia bertanggungjawab, tapi dia refuse.  Katanya bukan dia yang langgar.  Aku bertekak dengannya.  Mana boleh aku yang langgar, sbb dia yg masuk lane aku dan tak bagi signal dan teruskan drive wlupun aku sedang berada di laluan aku. Bila aku cuba mengelak, dia lagi menghimpit ke kanan.  Panik punya pasal, aku langsung tak terfikir nak ke kanan.  Tapi kata Epoi, aku should follow my lane, jgn tukar lane sbb dlm keadaan camtu, kita pun tak sure whether lane kanan masa tu safe ke tak.

Katanya lagi, aku ada hak untuk berhenti atau meneruskan perjalanan kerana mengikut undang2, aku berada di laluan yang betul.  Aku minta no tel. pakcik tu tapi dia tergagap2 seolah2 lupa nombor.  Aku minta dia miscall hp aku, katanya hpnya tertinggal di rumah.  Aku cuba hubungi nombornya, tapi masuk voice mail.  Dalam kalut itu, dia boleh ucap Selamat Hari Raya? Katanya dia juga Islam, Cina Muslim, so what? Klu jadi apa2 kat aku n anak aku, ada aku peduli dia Islam ke hapa?  Dan2 tu aku suruh dia mengucap, utk pastikan dia bukan kaki kelentong punya stok.

Aku mintak dia responsible, tp dia refuse.  So aku ckp akan report polis.  Katanya OK saja.  Last2 dia salam aku, n ckp akan call aku balik malam ni.  So aku just tunggu saja.  If takde apa malam ni, esok aku akan buat report.

Perasaan aku bercampur baur, takut, berdebar semua ada.  Nasib kereta tak banyak, buatnya masa aku duk terumbang ambing tadi ada kereta kat lane blakang, tak ke teruk? Dah la aku bwk Haziq, tapi Alhamdulillah, kami selamat.  Keta aku kemek pintu belah kiri and tercalar.  Kata Epoi, maybe dalam RM500 utk repair.  Smpi Haziq ckp, "asik accident jer keta mama kan?".  Nasib dia cool and tak panik dan menangis of whatsoever. Nasib jugak lori tu rempuh kt belakang, masa tu Haziq kat depan.

Bila jadi camni, aku jadi fobia nak bawak kereta.  Tp kata Epoi tu part and parcel bwk kereta.  Malang tak berbau.  Kadang kita tak buat pun kita kena.  So aku akan be more careful and alert to read the intention of other drivers if dorang tak bagi signal.  I hate those people yang tak bagi signal sbb bagi aku orang mcm ni adalah selfish.  Dia tak tau ke signal tu is the most important thing on the road.  That's how you communicate with other drivers!!!

Lastly, harapnya lepas ni takde lagi.  Kalau betul pun umur aku tak panjang, aku tak rela bersemadi di jalanraya.  Biarlah aku bwk keta cam siput, kena hon, drpd jadi camni.  So utk esok and lusa, aku tanak bawak keta. Epoi akan amik pegi balik.  Lepas raya ni jer lah aku start balik.

Ya Allah, selamatkanlah aku dan keluargaku...amin....

Tuesday, August 23, 2011

Orang Terengganu, Apa Dah Jadi

Seingat saya, satu ketika dulu, orang Terengganu tak banyak kontroversi.  Tapi semua itu tidak lagi.   Tiap2 hari, saya tengok berita yang saya sendiri tak sanggup nak tengok.  Bunuh, rogol, liwat, rempit, mercun, byk orang Terengganu sebagai pelakon dramanya.

Saya jadi heran.  Kadang2 sy tengok, ada a few cases yang pesalahnya dilanda kemurungan, sama dengan negeri jiran, Kelantan.  Tapi saya rasa saya faham.  Sebagai orang yang lahir di Terengganu, di luar bandar, kehidupan kami (atau mungkin saya) tidaklah sepertimana kehidupan orang bandar, yang mungkin lebih terbuka dlm menyatakan kasih sayang, terhadap sesama keluarga.

Kami agak sukar melafazkan sayang, contohnya senario berpegangan tangan di kalangan pasangan juga agak jarang kelihatan di sana.  Biarlah orang, tetapi saya cuba menerapkan keterbukaan di kalangan ahli keluarga saya.  Kalau 12 tahun dulu, saya tak pernah cium pipi kedua orang tua, tp semua itu tidak lagi.  Saya peluk ayah saya, sy kucup pipinya.  Sebab sy tak mau menyesal, tidak berkesempatan mengucup mereka, bila mereka tiada di dunia.  Satu masa, saya adalah anak yang agak rebelious, tetapi Alhamdulillah, kematangan mengajar sy agar lebih menghargai kehidupan, lebih menghargai kedua orang tua.  Alhamdulillah, apa yang saya cuba lakukan, diikuti juga oleh adik beradik yang lain, terutamanya yang perempuan, tapi agak sukar bagi adik2 lelaki terutamanya yang di bawah saya. 

Dia suka menyendiri, mungkin dia rasa segan kerana tidak berjaya dlm kehidupan, semua kawan2nya sudah berkeluarga, tp dia tidak walau usianya dah mencecah 30an.  Tiap kali soalan kahwin diajukan, katanya apa nak bagi anak orang makan.  Dia sangat taksub untuk memiliki lori sendiri utk kerjanya.  Dia seorang pemandu lori, tapi katanya pendapatannya akan lagi OK kalau dia mempunyai lori sendiri.  Demi hasratnya tercapai, saya guna nama saya, buat pinjaman puluh ribu, akhirnya hanya 2 minggu lori itu bertahan, tahu2 dicuri orang.  Kini saya menanggung hutang.  Tapi tak apalah.  Cuma yang saya ralatkan, dia jadi segan sejak peristiwa itu, dan juga agak sensitif.  Dia cepat marah, mcm orang dilanda kemurungan. 

Kami juga agak berhati2 kalau ingin berkomunikasi dengannya.  Seboleh2nya tidak mahu menimbulkan kemarahannya, kerana dia sgt mudah terluka.  Apa yang saya ceritakan ini, agak peribadi.  Tapi apa yang ingin saya rumuskan, sifat yang begini memakan diri.  Dia suka mengasingkan diri dengan keluarga dan semua orang seperti musuhnya kerana dia merasa dia adalah seorang 'loser'.  Sedangkan di antara kami semua, hanya saya yg boleh dianggap berjaya. Saya bukannya senang, tapi saya sanggup berbuat apa saja, asal ibu bapa saya gembira, asal adik beradik saya bahagia.  Duit boleh dicari, tp keluarga? Tiada galang gantinya.  Seburuk manapun adik beradik kita, atau seburuk mana pun ibu bapa kita, mereka tetap darah daging kita. 

Berbalik pada kisah adik saya tadi, kata orang, bila kita bersendirian, syaitan suka datang berbisik.  Itulah yang saya takutkan.  Saya harap dia tidak seperti apa yang sy lihat/dengar di dalam berita2 semasa bagi orang2 yang dilanda kemurungan.  Saya berdoa semoga dibukakan pintu hatinya, utk menyayangi keluarganya sebagaimana kami menyayanginya.  Satu ketika, dia agak rapat dengan saya.  Dia boleh tolong kopekkan bawang ketika kami di dapur, dan saya satu2nya adik beradik yang agak rapat dengannya.  Saya rindukan dia seperti dulu.  Oh Tuhan, semoga dia berubah.  Amin.

Sadis :o(

Salam Ramadhan u olls..dah 23 hari kita pose rupanya yer...sy sonot jugak sbb dah bjaya turun 4kg setakat ni..hehhehe...oh ye, siang tadi sy dah amik baju raya, tup2 semuanya gedoboh tang bwh ketiak, dan2 tu sy rasa cam tak mantoppp jer pki baju, alahaiiiii..

Berbalik pada tajuk entry, saya agak terkedu dengan mukaddimah berita malam ini.  Semuanya pasal kes bunuh anak, letak parang kat leher anak, mcm2...Sy sedih bila seorang bapa yang mabuk menolak tiga anaknya yg berumur 2,3 dan 5 tahun ke sebuah kolam ikan.  Katanya nak ajak dema mancing, tup2 ditolaknya anak2 tak berdosa itu.  Saya terbayangkan, mesti anak2 itu terkapai2, dan akhirnya kelemasan.  Terbayang wajah2 anak saya yang umurnya sama seperti mereka.  Sungguh!! Saya tak mampu bayangkan perkara yang sama terjadi kepada anak saya.  Nauzubillah.

Lagi satu kes di Terengganu, gara2 bergaduh semasa dalam perjalanan balik berhari raya ke Kedah, seorang bapa hampir2 menyembelih anak perempuannya berumur 5 tahun.  Menurut isterinya, orang ramai ada yang berhenti, tetapi mereka tidak mampu menghentikan perbuatan suaminya.  Di dalam hatinya, beliau hanya mampu berdoa supaya ada kereta polis lalu di kawasan tersebut.  Alhamdulillah, doanya termakbul.  Anaknya berjaya diselamatkan.  Peristiwa itu juga disaksikan oleh seorang lagi anaknya.  Syukur ke hadrat Ilahi, anak kecil itu selamat.  Namun kesan kelaran tetap ada.  Hati ini menangis.  Kenapa sebegitu rupa manusia hilang pertimbangan.  Sehingga tidak mengenal zuriat sendiri.  Dan saya terfikir, kenapa parang itu disimpan di dalam kereta?

Satu lagi berita, tentang kematian dua beradik ketika balik dari sekolah.  Umurnya 9 tahun dan 6 tahun.  Mereka berbasikal dan dilanggar dari belakang.  Terus meninggal di tempat kejadian.  Saya terfikir, apakah tahap kelajuan kenderaan yang melanggar anak tersebut? Mesti laju yang amat sangat sehingga menyebabkan kematian di tempat kejadian.  Saya doakan semoga ibubapanya ditabahkan hati mereka, dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Air mata tak dpt ditahan ketika menulis entry ini.  Sesungguhnya naluri seorang ibu, sgt tersentuh dengan berita2 sebegini.  Apatah di kala umat Islam hanya tinggal seminggu untuk menyambut lebaran.  Ya Allah, besarnya dugaanmu terhadap mereka. 

Semua ini membuat saya sangat2 sedih dan sayu.  Saya berdoa, semoga anak2 kita, keluarga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya dan jauhkanlah kita dari malapetaka.

ps: Selepas berbuka tadi, saya hubungi ibu di kampung.  Katanya dia sesak nafas Subuh tadi, dia betul2 takut.  Dalam hatinya hanya ingatkan mati pada ketika itu.  Sy sangat risau, moga semuanya selamat.  Amin.

Monday, August 22, 2011

Cookies Time!

Hari ni aku EL.  Anak2 demam.  Agaknya pasal Jumaat ari tu Haziq kena hujan time gi Bazar Ramadhan kot.  Jumaat ari tu dia puasa smpi la time aku amik dia.  Kebetulan smpi umah awal dlm kul 530, Epoi pun blom amik Dhia lagi, so ktorg pakat g Bazar Ramadhan (so takyah masak ari tu).  Tup2 smpi sana, ujan lebat masa jalan2 tu, payung plak tak bawak, so blari2 kambing la ktorang.  Haziq plak terus rambang mata nmpk kuih, beria dia mkn kuih apam lps tu...abis pose ari tu.  Yang aku suke kt skolah Haziq, sepanjang bulan pose ni, dema tak bagi breakfast segala.  Makan tghari lepas smayang Zohor.  Katanya nak melatih budak2 puasa.  Which I think is good.  Nmpk Haziq pun boleh tahan.  Oh ya, berbalik pasal ujan tadi, balik tu terus Haziq kena demam, n selsema teruk, smpi luka hidung kt bawah duk asik tonyoh lap hingus, batuk pun teruk, terus Dhia berjangkit, tu aku tak smpi ati nak hantar ke bbsitter..Segan gak nak EL, tambah2 baru seminggu report duty, tapi aku tolak tepi semua tu, coz my family is my everything.

Back to citer ari ni..petang tadi lps setelkan anak2..nmpk dema pun Ok lps makan ubat, bagi dorang tgk TV n aku mengerjakan biskut kt dapur.  So hari ni dapatlah Cornflakes Madu ngan biskut Suji.

Sedapnya biskut Suji tu, giler cair di mulut.  Dulu aku penah buat, resipi dgn tepung suji segala, tp hasilnya, hampeh.com..so today aku just guna resipi sempoi amik kat internet...adun tepung gandum ngan minyak sapi jer, bakar pastu golek dlm gula halus..siap!!! Dua tiga kali gak la budak2 ni ngangkut, smpi tinggal sekerat bekas kuih aku..sabar jer la..haruslah wat adunan tambahan...malam tadi, aku try la wat Biskut Coklat Cip...tapi hampeh...rupa cm biskut bantat pun ada, ishhh..sakit ati dennnn..takpelah, pasni malas nak wat biskut moden ni, nk wat biskut kg jer...so esok godek lagi kot....

Itu saje kali ni..semoga ketemuk lagi.

P/s: Oh, rutin pekerjaan di tpt baru sgtlah berbeza, dan sy rasa bahagia! Kerana tidak dikejar deadline lagi...Alhamdulillah...

Tuesday, August 16, 2011

Langit Tak Selalu Cerah

Semalam aku dapat SMS from one of my close friend masa skolah menengah.  Dia citer pasal salah sorang kawan rapat time skolah menengah dulu.  Kawan aku yg sorang ni, mmg aku rapat, in fact family dia pun mmg dah jadi cam family angkat aku. Tup2 kata kawan aku yg SMS ni, kawan aku yg itu dah bercerai dua bulan lepas. Now stay kat umah mak dia with her 3 kids.

Aku sedih bila dgr citer tu, sbb aku masih terkenang teman dorang dating masa zmn skolah dulu. Their love stories seems to be so sweet and yet, I never expect it will end like this. Dorang kenal masa ktorang blatih Dikir Barat masa form 5.  Her ex used to be one of the trainers for Dikir Barat.  Tak sangka, cinta mereka berputik sejak itu.  Aku selalu jugak jadi teman dating kat library kampung.  Kawan aku ni tak pandai bawak motor, so aku lah jadi supirnya.  Dia kawin masa umo dia 19 ke 18, camtulah.

Katanya skang kawan aku ni buat kuih utk hantar ke bazar Ramadhan, siannya kat dia. Dia sebelum ni full time housewife. Aku tak tau nak berdepan camne ngan dia, mesti dia sedih.   Raya ni aku n kawan sorang lagi, pakat nak ke rumah mak dia, sbb aku pun dah lama tak ke sana.  Tp aku sgt2 tak tau camne nak berdepan ngan dia, aku takut aku nangis.

Semua ni kadang2 buat aku terfikir, life is something which is unpredictable.  Hari ni ko happy, esok belum tentu ko happy.  Maybe hari ni kita ada a great family, a great husband, a great kids, tp kita tak tau esok lusa adakah ianya masih akan semanis sekarang? Kata orang, jgn letakkan 100% kepercayaan dekat suami, jangan cerita everything kat suami, mesti ada part yg ko simpan for yourself. But how do u measure the percentage? Aku betul2 tak reti part ni and inilah kelemahan aku.  Aku tak reti nak berahsia dgn husband, sbb he's my best friend, my everything.  Dialah teman aku suke, teman aku bersedih, and I cant never imagine if he betrays my love, sbb susah senang masa nak mulakan kehidupan dulu, kami lalui bersama.  Aku doakan semoga cinta kami, kekal ke akhir hayat.

Utk kawan MC, aku harap dia tabah.  Langit memang tak selalu cerah, tapi percayalah, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi.  I'll pray the best for you MC.

p/s: Aku rs sebak masa tulis entry ni, sbb aku sgt2 kesian kt kawan aku tu.  Bukan mudah utk menjaga 3 anak kecil (yang paling kecil umur setahun lebih) dengan tak ada kerja.  Oh Tuhan! Kau murahkanlah rezeki sahabatku itu, tabahkanlah hatinya.  Amin.

Kenangan Raya Time Kecik2

Salam Ramadhan kawan2...tup2 kejap jer dah 16 hari kita pose.  Lagi dua minggu dah nak raya.  Weekend ari tu gi Carefour, sekali jumpe la tanglung Mickey Mouse.  Budak2 dah melekat kat situ, so terpaksa la beli.  Aku malas nak wat muka hak hogeng kat situ. 

Malam tu main la...tp yer lah...main kat bandar, mana la nak sehappening kat kg kan?  Dulu masa aku kecik2...sure kumpul duit nak beli lilin, bunga api semua.  Masa tu tanglung dlm kategori mahal kot...so apa aku n de geng buat? Kitorang tebuk tin Milo or apa2 jenis tin, letak lilin kt dalam tin tu (posisi tin adalah secara mengiring bagi menampakkan cahaya lilin tu)  Pastu letak kayu n sangkut kat tali yang ktorang tebuk tin tadi tu....itulah dia  'tanglung' ktorang....happening tak?  Ktorang jalan ramai2 satu kampung, sonot giler ah..Pastu lilin kecik2 yang kale macam2 tu ktorang akan pasang satu umah, normally kat pagar rumah dan jugak pokok2 yang berkaitan (dulu aku biasa wat kat pokok pelam, tp now pokok tu dah takde sejak umah ktorang di expandkan....)

Bila dah umo camgini, sgt terkenang keriangan hari raya dulu.  Dulu time bujang, akulah yang akan buat semua biskut kat umah, tp versi biskut aku bukan la cam biskut moden orang bandar, abis moden pun biskut cornflakes la....biasanya aku buat biskut kelapa (masa tu takde istilah beli kelapa kering siap2 tu, goreng kelapa manual nyah!! Tp rasa dia lagi nikmat dari kelapa kering tu)...pastu wat biskut kacang tanah, biskut kacang hijau, tu jer la kot...ganas2 takder la, balik2 pakai bahan sama.  Nak kata ada coklat segala, nan hadooo!! Maklumlah, mak kan orang susah.....Masa tu pakai oven Butterfly yang kaler hitam tu...kadang tu smpi hangit2 biskut aku ngn kakak duk nunggu smpi dua tiga pagi...bila dia dah kawin, aku la wat sorang2...nak kata pakai adunan bertimbang segala, nan hado...aku sukat pakai cawan jer, tp skang dah tak reti sgt dah...skang beli jer, tp tahun ni rasa nak buat sket, takat biskut cornflakes n biskut2 kampung tu, wat sendiri jer lah...lagipun aku balik raya lambat, sebab Isnin Epoi still lagi kena kerja.

Hari raya masa aku bujang sgt memenatkan, sbb aku merangkap bibik sepanjang zaman kat umah.  Nak pakai baju lawa2 pun tak berbaloi, asik singsing lengan kat dapur, membasuh pinggan.  Paling tak tahan, bila budak2 dtg, nak duit raya jer, air kita hidang pun tak minum, buat penat ahkak jer..skang sejak dah kawin, tugas2 tu adik bujang amik, tp yer lah, yang bujang pompuan dua orang jer, si bongsu tu mmg liat sket, so si kedua bongsu la yang berhempas pulas bab mengemas.  Aku sejak2 dah tua ni, keja masak jer la, tp klu menu berat2, aku ke laut lagi lah...smpi skang aku masih tak pandai wat nasi dagang!  Eh byk plak termenceceh...

So tu saje kali ni.  Next time citer lagi.  Lately ni rasa bila menulis tak ceria, adakah aku masih dilanda kemandoman?

Sunday, August 14, 2011

Syahdu dan Tercium Montot!

Jumaat lepas, merupakan hari terakhir di tempat kerja lama.  Suasana petang itu sangat syahdu di kala aku bersalaman bersama staf.   Air mata, hidung, semuanya berguguran.  Aku tak sangka Ijal menangis tersedu2 di kala aku mengucapkan selamat tinggal.  Tak kusangka hatinya tersentuh sebegitu rupa, walaupun hanya sempat bersamaku untuk tempoh setahun sebulan.  Setiap patah yang aku ucapkan, airmatanya berguguran, lantas menundukkan kepala di meja, walaupun ketika itu, ada pelajar di hadapan kaunter.  Sungguh aku tersentuh dengan air mata lelakinya!! 

Aku dan mereka (Siti, Ana, Mak Jah dan Jackie, Ijal dan Yuva) sempat meninggal pesan bersama air mata.  Sungguh aku sedih dengan perpisahan itu, apatah lagi kami begitu rapatkan bagaikan adik beradik.  Kata mereka, lepas ni takde cupcakes lagi, tiada nasi impit kuah kacang lagi, tiada nasi ayam hijau lagi, pasti mereka akan merindui semua itu!.. Sungguh aku akan merindui 'keluarga' kecilku ini.  Apatah lagi aku akan bersama keluarga baru yang lebih kecil selepas ini.  Aku akan rindu gelak ketawa mereka, akan rindu saat kekalutan bersama mereka....akan rindu segala2nya tentang unit kami, Unit Ijazah Tinggi.

Pagi itu, selesai Mesy. JK Pemeriksa, aku tekun menyiapkan kerja di meja.  Tiba2, kelihatan Dekan dan teman2 di Pej. Dekan masuk ke pejabat, sambil membawa sejambak bunga dan sekotak coklat.  Aku betul2 terharu dan speechless.  Sungguh aku tak menyangka dengan kejutan itu.  Dengan kad bertemankan gambar Hari Keluarga terakhir kami, emosiku sangat tersentuh!  Terima kasih semua! Terima kasi di atas ingatan itu!

Petang itu, hujan lebat mengiringi perjalanan pulangku.  Dalam hati, aku agak risau kerana tidak pernah memandu dalam suasana hujan selebat itu.  Entah macamana, aku tetiba termengelamun, lalu keretaku mencium kereta depan, perlahan, namun cukup merungsingkan.

Aku sgt2 takut!  Pemandu van itu keluar dan meninggalkan kadnya kepadaku. Kami bertukar no. fon supaya aku dapat membayar ganti rugi.  Sepuluh minit kemudian, dia menelefonku dan memintaku supaya jangan bimbang.  Katanya dia akan memeriksa keretanya, jika tiada apa yang teruk, dia tidak akan menuntut ganti rugi.  Sehingga hari ini, dia tidak menelefonku.  Agaknya tidak seteruk mana, sebab aku tidak melihat apa2 kesan di vannya pada hari tu. 

Wah! Kenapa entriku agak lemau hari ni.  Mungkin aku masih terkedu dan syahdu.  Pagi tadi aku ke pejabat buat kali terakhir.  Mengemas mana yang patut! Oh sungguh aku sayangkan pejabat itu.  Sungguh aku sayangkan segalanya.  Moga di tempat baru nanti, aku mampu menjalankan yang terbaik dan memikul tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.  Amin.



Bazar Ramadhan

Semenjak dua menjak ni rasa tak tau nak update apa, asik2 citer pasal tukar tpt keja muak juga rasa ya....esok dah nak masuk tempat baru, kena la bangun awal, takut2 terlambat, first day mana leh tunjuk bad impression kan....last Friday adalah hari terakhir aku di Kejuruteraan.  Setelah 4 tahun 8 bulan menimba ilmu di sana.  Jenuh la berdrama air mata....Nnt next entry aku citer....

Kali ni nak citer Bazar Ramadhan...tgk kat paper semua komen citer harga kat Bazar Ramadhan mahal giler.  Alhamdulillah, nasib la aku tak terkena lagi.. So far aku ujung minggu je g Bazar Ramadhan, since weekdays aku masak, so weekend aku rehat n jalan2 cari makan.

So mana aku tuju? Tentulah Shah Alam my fav. place.  Mulanya ingat nak ke Seks. 13, tapi tak lalu la plak mengenangkan beso beno tptnya, beli bukan nak banyak pun, main course, kuih sket, air sket cukup lah.....

So aku ke tempat biasa dari zaman dulu smpi ke la ni, Seks. 17.  Dah dua hujung minggu aku ke sana, beli nasi kerabu.  Sedap giler, aku amik lauk daging goreng kunyit ngan solok lada, semuanya RM5, Epoi tambah telur masin jadi RM6.  Pastu beli nasi ngan ayam percik kat Haziq RM4 (puas ati sebab ayam dia besor)...pastu beli kuih, air, siap!! Balik KL...lalalala....

Sopping baju raya? Aku sehari sebelum Ramadhan dan siapkan semua, so relax lah, cuma nak g cari baju melayu kat ayah aku...taun ni beraya kt Perak.  Asalnya start this year, ktorang tanak balik dua kampung anymore, sbb kosnya mmg banyak.  Tapi fikir balik, sementara boleh balik ni, aku balik jugak, sedih plak mengenang tak berjumpa orang tua di hari raya.  Biarlah lambat pun, janji balik.  Esok dah masuk umah, mungkin tak dapat la nak wat camni, tapi demi parents, duit blakang kira, janji balik. Sementara dema ada, dak??




Thursday, August 11, 2011

Puas hati!

Hari ni aku managed to see my big boss and we talked about my transfer.  Katanya, dia pun terkejut dgn keputusan BSM and mmg upset, tapi dia tanak gaduh ngan BSM demi menjaga hubungan baik.  Lagipun aku kat sini dah almost 5 years, and tempat yang aku nak gi tu asalnya N44, so katanya peluang utk kenaikan pangkat tu cerah.

Aku tak rasa la dpt promotion dlm tempoh terdekat sbb aku pun consider new and ramai lagi senior dekat sini, tapi takperlah...aku pegi jugak (biarlah aku rehat setelah penat selama ni)...Cuma kt tempat baru ni aku akan byk kena travelling, dari sumber yg aku dengar, tahun ni saje dah ada beberapa country nak kena gi, tak tau la betul ke tidak, tp November ni confirm ke India...utk tujuan promosi...orang kata good for me, tp aku bukan jenis type yg suke travelling sgt, maklumlah kita ada anak bini, eh silap...ada anak laki, so nak tinggal selalu pun tak sedap, tambah2 laki jenis suke berkepit (eh kata laki, kita pun sama, suke berkepit juga)...tp klu dah kerja, kena la buat kan....

Apapun, aku puas hati selepas dapat borak dengan big boss and my ketua yang buat admin kt sini, aku tanak pergi dari sini dengan bersangka buruk.

Tadi dah lawat tapak, ofis baru ni aku tak dapat bilik sendiri, more pada open concept so redha jer lah (penat jer ktorang renovate ofis kt tpt skang, tup2 aku tak dan nak rasa, penat acik deko2 pilih kaler segala tau...tup2 kena tukar tpt takde bilik...)

Oh btw, hari ni cuti masak, sbb tghari tadi g beli makan kat kafe kat sini, ada kambing masak kari ke apa tah, pastu ayam rendang dua ketul, kerabu perut, pecal semua RM15.00, aku consider murah.  Hari Isnin ari tu aku masak bubur lambuk pantai timur (pic tak upload kat lappy lagi) dengan rendang pedas cili berapi versi  Aku Bukan Cheff memang sedap giler, Selasa ari tu masak pajeri terung n goreng ikan, semalam masak ikan tongkol masak lemak, ayam msk merah n sawi goreng, mmg syok la masak sendiri, simple tp puas....sejak pose ni, ari ni jelah baru aku tak masak, syok ar dpt balik awal nih....

Itu saje, nnt free2 kita upload pic bubur lambuk terengganu.  Pic pg Gabai pun tak terupload, entry pun dah basi, huhuhu.......

Monday, August 8, 2011

Betul-betul terkejut!

Salam semua, semenjak dua tiga menjak ni, slow sket memblog, bukan apa, terlebih pakai internet this month, so speed agak slow n bila nk upload pic pun ala2 lems...terus ngan aku2 sekali lemauu...

Ari ni aku cuti, saje nak berdua2 ngan hubby sbb semalam birthday dia, so anak2 antar umah bbsitter, ngan si Aziq skali g sana, ponteng dia ari ni sbb tgk mama n abah tak pakai baju ofis...hhmmm....so apa ktraong buat???  Melepek jer...giler bosan, patutnya nak kuar, tp puasa punyer pasal, xde mood plak nak kuar, so melayan TV jer lah...silap plak antar anak umah bbsitter..sian dorang....

Oh yer, pagi tu dpt call from ofis...suspen je bunyik K. Wati call aku.  Camni ler dialog dia lebih kurang...

K. Wati : Salam...maz cuti ke ari nih..

Aku : Ha'ah...nape K. Wati?

K. Wati : Takde...Maz ada dengar apa2 tak?

Aku : (suspen nih..)..Takde, naper?

K. Wati : Ni ada surat ni, tapi Maz jangan terkejut tau?

Aku : (lagi la suspen) Surat apa K. Wati?

K. Wati : Surat Maz kena tukar....ke Bright Spark Unit...

Aku : Ha??? Bila?

K. Wati : 15.08 ni, orang baru pun dah datang..melapor diri ari ni...

Aku : Cepatnya? Notis apa pun tak dapat?

dan lagi dan lagi dan lagiiii....

Aku terkesima....mmg aku plan nak kuar dari tpt sekarang...tapi tak sangka la begitu cepat....mana nak catch up keja sedia ada, mana nak wat nota serah tugas, mana nak wat report program baru, mana nak wat Buku Panduan budak baru nak masuk bulan 9 ni....dah la minggu ni dengan Faculty Meeting, Pre Senat segala....memang kepala aku kacau...ofis dah la tgh renovate, duk ofis sementara cam kelas budak sekolah jer skang....

Aku nak pegi tempat baru tu tak ralat sangat....sbb tu tpt kawan baik aku yang nak g sambung blajar bulan 9 ni...n dia keja mmg tip top...kat sana pun, mmg unit kecik, tapi cater satu universiti utk biasiswa budak2 1st class, staff dua orang, bos sorang..memang sempoi....ianya tak sebizi di fakulti (maybe dah tiba masa utk aku rehat sket kot..)....Unit ni adalah dibawah naungan Canseleri, so kena la wat keja cun2 kan...klu tak mau jer kena sound ngan VC, auuu...tak rela uu...Cuma yang aku ralat....short notice!! Tpt aku nk tinggal ni byk benda nak kena buat, dgn byk change of management...byk sgt changes sbb semua bos baru naik bulan 7 ari tu, nk implement pun lom sempat lagi, nak biasakan ngan changes with pensyarah2 yang baru pegang Admin lagi, so aku mmg kacau skang...dah la bulan 9 ni nak sambut budak baru lagi...ayarkkk!!!!

Perhaps I don't have to worry too much...bukannya takde orang kat sini utk take over kan....relax Maz...anggap ni sebagai peluang for your career advancement, takkan selama2nya nak wat Ijazah Tinggi kan...kali ni relax sket, so takde la every month kalut nak wat agenda JIT, Minit JIT, agenda Fakulti, Minit Fakulti, Kertas Senat..laporan JK Pemeriksa....every month is the same thing....

Tp yang ganti tpt aku ni syok gak, sbb time bos baru ni masuk, baru la ktorang dapat 2 orang tutor utk bantu keja aku, yang selama ni aku wat sorang, mana nak wat Buku Panduan, Brosur lah, dokumen program baru lah, PSAR report lah....so lucky her!! I wish her all the best, harapnya dengan adanya bantuan tutor2 ni, takde la terbeban sgt keja cam aku dulu....apapun, rezeki masing-masing kan??

Aku harap aku boleh cope dgn suasana baru, ofis baru....so weekend ni  kena la datang ofis, kemas apa yang patut...huhuhuhu!!!  Dah la ofis aku baru je plan wat aktiviti sosial bulanan, baru je lps satu episod, tak dan nk repeat! I love my Unit....they are lovely officemate, good teamwork, n sangat2 menghormati aku....senang mintak tolong ngan dorang n kami mmg satu team yang sempoi n kowtim....i'm gonna miss them!! For almost 5 years that I've spent, this unit is totally different....we r family! I started with having 2 clerks, 1 secretary for my boss...n now I have 6 of them....most of them are young esp the new comers, all are between 22-26 (Yuva, Ijal n Ana), but they are good, very committed to their job, not forgetting Siti n MJ, my backbones (we were together when I was here), Siti did help me a lot, to guide me for Master of Engineering programmes, MJ for Mak Jah, she's 42, but she is good, I like her attitude, fast learner, never give up eventho she's 40, n of course Jackie, I used to call her Mama Jackie, coz she's alwiz taking care of us! Take care of our food, drinks, stationeries, things to improve our office appearance, a lot actually!! Almost cry when I wrote this..I'm gonna miss them so much!!

Bye for now....cant wait to be in the office tomorrow!

Wednesday, August 3, 2011

Citer Citi..

Kejap jer dah masuk tiga hari pose.. kejap jer kan...ape menu special bukak? Aku sempoi jer...first day sbb dpt smpi awal umah, aku masak set ayam hijau, pastu Epoi beli kuih melambak2....membebel gak la aku, sbb klu stok kuih2 sedap takpe la gak, ini stok kuih yg klu tak bulan pose pun aku tanak makan, inikan pulak bulan pose, tak suke tauuuuu.....(maybe choise limited sbb kawasan Epoi beli tu kat kaw. kecik, tak meriah uuu)...

So masuk ari kedua, pandai la dia berhemah, maklumlah dpt bini suke memetir kan...hari kedua aku abiskan balance ayam kt peti ais, masak ayam masak sos tiram jer, sayur Epoi beli sbb takde stok, today aku masak ikan tenggiri masak merah ngan sayur kobis msk lemak, sempoi tak acik??? kuih plak Epoi beli kt Kg. Baru, baru la ada feel sket, ada buah melaka, koleh kacang, putri mandi, tepung pelita, semuo fav den, melampau byk plak laki aku beli, cam perli pun adooo maklumlah dua hari lepas aku asik mengomel dia beli kuih tak sedap..heheheh..

oh btw, first day ari tu aku antar set nasi tu kat jiran baru sebelah, nmpk yg ni cam ok, ada la semangat nak berjiran, tak macam yg dulu, tu yg dulu tu buat aku frust nak beramah tamah ngan jiran, tp yang ini Alhamdulillah, nmpk OK, muda lagi, baru ada anak sorang.  Sabtu lepas diorang hantar cempedak goreng (fav tuuuu), bukan main byk lagi, giler syok arr..sambil layan CD Just Go With It, yg si Adam Sandler ngn Jennifer Anniston...best crazy uuuuu....saper2 yg jenis suke komedi romantik, aku syorkan layan citer ni, maybe korang dah tengok kot, tp aku baru beli stok CD, tu duk melayan tuu...

Td aku almost nak accident, sbb duk fokus tgk depan, tak tgk kiri, rupanya ada keta (biasa kt situ takde keta sangat), kaler keta pun gelap, cuaca pun gelap sbb hari lepas hujan, tergolek dog aziq kt belakang, melalak jugak la, sian dia, sorry Haziq, mama tak sengaja....bak kata Mama Fi, bila drive mama kena ada 6th Sense....td pun risau nk drive sbb ari ujan, nasib time nak kuar ujan dah benti....u go galll!  (erkk...gal ke acik??)

ok nk tido dulu, dah kul 11, karang nak sahur, dah dua ari terlajak sahur..huhuhu...nite2...

P/S : As, nape aku nak komen entry ko asik fail nyahhhhh...

Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah...

Salam Ramadhan semua, dah terawih ke semalam? yang penting pose ke semalam? ehehehehee....Sementara nak tunggu masuk keja, nak citer sket, start semalam aku dah drive sendiri ke ofis, kebetulan Haziq cuti sekolah.

Hari ini plak, aku drive ngan Haziq, hantar dia ke sekolah n masuk keja.  Alhamdulillah, setakat ni OK cuma aku kena cuba bertenang sket sbb aku rasa aku ni agak gopoh di jalan.  Risau beno org kt blakang takut dema nak cpt.  Tp adatlah baru belajar, mana leh cpt2 kan? Nak tukar lane pun berjanggut, nasib ler selama aku bawak ni, orang2 yang aku jumpe kat jalan sgt prihatin dan selalu beri jalan...kecuali ada seorang jer mamat ari tu, muka cam di bawah lindungan kaabah, nmpak cam nak bagi aku masuk lane, bila aku nak masuk, cpt2 dia tekan minyak, pastu muka selamba jer....eii...menyampah orang camni, nmpk no takde toleransi dlm hidup.

Ok itu saje kali ini.  Nak kena start keja...

p/s:  Buat pertama kalinya aku dpt masak di bulan puasa semalam sbb smpi kul 5.30 petang.  Selama ni asik balun kurma dlm keta...aduh nikmatnya....