Lawak la blog aku nih, asal nak buat pasal citer masak2, lama2 sebijik dah jadik cam diari, nasib le nama blog ni Diary of Mama Maz...lantak ler...yg penting, sonot gak tulis2 apa yg jd dlm idup kita nih, maklumlah dah senja ni kan, asik lupa jer, kurang2 leh jadi kenangan, kurang2 leh jadi tempat meluah, tpt ilangkan stress...
Kali ni aku nak cite pasal planning...napa planning tu penting, sbb planning tu la penanda aras bagi menyatakan commitment kita dalam menjalankan sesuatu kerja. Kalau ko commit sesuatu kerja, tapi takde planning, ke laut la jawabnya kan....pentingnya planning esp. di dalam sesuatu organisasi, sebabnya ko melibatkan byk pihak yang mana mungkin menyebabkan kerencatan periuk nasi orang....nampak tak pentingnya planning?
Selain planning, sikap tanggungjawab tu pun penting jugak. Maknanya kalau kita buat apa2 tu, jgn main sesah jer, pikir panjang, pikir implikasi. Mana boleh kita set satu keputusan dan menggunapakai keputusan itu bagi eksesais sebelum keputusan itu dibuat. Adilkah??? Lagi tak adil kalau nampaknya hanya satu kategori saja yang dinafikan hak manakala kategori2 lain dipuja2 dan digula2kan dengan pelbagai sogokan. Atas bawah kiri kanan, semuanya manis, tapi kalau kategori terpinggir ini, rezeki yang di mulut pun terlepas jua, sedih?? Sangat sedih....
Tapi itulah yang dinamakan politik kerja. Mana2 pun mesti ada drama. Mesti ada kes anak emas, kes anak tiri, tapi kalau selamanya menjadi anak tiri, kadang2 ada gak rasa nak bertukar jadi jaws kan???
Tabahlah wahai hati. Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang benar. Sesungguhnya doa orang teraniaya itu sangat makbul. Redhalah...usah bersedih lagi....sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin usahamu tidak dipandang oleh si dia, tapi dipuji oleh yang lain. Fikirkanlah bahawa tidak semestinya anda berbakti kepada si A, maka anda akan mendapat ganjaran daripadanya. Mungkin Allah gerakkan hati si B untuk menghargai anda. Ingatlah bahawa Allah tidak menguji kamu sekiranya kamu tidak tahan diuji. Kalau dah bukan rezeki.....
2 comments:
nice blog... visited here with a smile, take care always... feel free to visits me back at http://wwdw.lonelyreload.blogspot.com (A Growing Teenager Diary)... thanks ~~~
TQ Mr. Lonely, sure will do. Btw, tq for visiting mine :o)
Post a Comment