Saturday, April 9, 2011

Happy Birthday Dhia!

Semalam 8 April 2011, genaplah anak dara aku si Dhia umur 3 tahun, plan mcm2 actually for her birthday, nak buat kek sendirilah, nak bwk tgk wayang citer Rio lah, nak bwk dia g bcuti ke Cheratinglah, macam2 plan, unfortunately, kita hanya merancang, Tuhan menentukan....

Oleh sebab kerja berlambak, dah amik cuti pun still aku g keja jap pagi tuh, sebab jadual exam nak kena pinda n nak kena annouce to students ASAP....brosur plak orang Penerbitan nak by Friday gak, mana hati nak tenang kan......Nilah kononnya tpt kerja aku nih, nak fully utilize orang Penerbitan (utk tujuan percetakan apa2 pun...)...kalau tak benarkan kita antar kat luar, service kat dalam tu kena lah power, ini kita nak kena siap bahan, nak design sendiri, nak adjust size sendiri, dan2 tulah aku nak kena blajar buat brosur, poster bagai kannnnnn....klu hantar kat luar, dah la rega murah, aku bagi data jer, pepandai ler dema design smpi aku puas ati, tu baru orang meniaga, ni klu meniaga pemalassssss, tapi kita plak kena paksa berurusan ngan depa, memang aku hanginnnnnnn!!!

Ops, terpanjang plak, apakan daya, mak wanita emosi nyah!!  Berbalik pada anak dara aku tadi, since Jumaat tu aku terpaksa gak datang ofis, jadi percutian yang dirancang, tak jadi, so bwk ler dia jenjalan tgk wayang citer Rio petang tu (so far OK lah citer ni, tapi takleh beat citer Despicable Me)....pastu bawak dia pilih hadiah birthday dia...n layan dia smpi lebam n kontrol diri utk tak marah dia utk hari special dia...tp masa hari special dia ni pulak lah dia nak meragam giler2....Tuhan saje tau betapa Mama n Abah tahan sabar semalam nak oiiiiiii....Alhamdulillah berjaya, cuma mama tercubit pipi Dhia jer sket semalam, sikit punya control mama cubit, merah jugak la...sian anak dara aku....

Birthday kali ni aku tak beli kek, ingat nak buat sendiri, nak buat Chocholate Cupcake, so tadi g beli bahan2 sket, kali ni aku beli ngan alat nak mendeco sekali, bagi happening sket kek tu...(padahal nak makan ktorg jer pun...), igt nak celebrate ngan kakak, dia plak takde transport nak datang, lakinyer kena anto mak mertua ke Perak sok, hmm....nak ajar kengkawan, mak tak penah wat birthday parti besar2an...tak ready lagi...takat kakak aku jelah selama ni memeriahkan suasana....

Apapun, kepada Dhia Hannah Mirza, Mama harap kek birthday Dhia jadi esok, mama akan cuba buat yang terbaik! Sempena ulang tahun Dhia yang ke-3, Mama doakan Dhia jadi anak yang baik, dengar cakap mama, jadi kawan baik mama, jadi anak yang cerdik pandai, jadi anak yang menghormati orang tua, sentiasa sayang mama bila mama dah tua, dan mama doakan yang terbaik utk Dhia....Mama sayang Dhia sangat2.....


 Masa ni Dhia baru 3 jam lebih tengok dunia....berat kuar 3.67kg...nasib kepala Dhia kecik, kalau tak, jenuh mama nak meneran nak oiii...

Kawan mama cakap, masa ni Dhia bau wangi...mana taknya, malam tu mama balun makan nangka and durian puas2, takut kempunan, hasilnya, Dhia pun bau nangka n durian bila kuar..hehehe


 Jenjalan ke Cherating, our fav place for vacation..

 Dhia is 3 years old now!

Latest pic with Abah today @ Pusat Sains Negara.....

2 comments:

Ms Pearl said...

selamat hari jadi Dhia......
xoxoxoxoxoooxx Auntie Hani

Mazni said...

TQ Auntie Hani!