Biasalah aktiviti hujung minggu, lps breakfast, lepak2 baca suratkhabar, relax2...bukan pikir nak kemas umah dulu, gler sempoi kehidupan aku kan??? Kalau kat kampung masa aku remaja dolu2, jgn haraplah nak baca suratkhabar segala nih, pas siap makan, kena kemas umah dulu, basuh pinggan mangkuk, cuci kain, sidai kan, setel satu umah baru leh duduk lepak2, tu pun tak lama sbb pastu dah nak kena masak mkn tghari plak...igt lagi dulu klu time cuti semester, balik kg jer, nnt mesti mak aku ckp kt kengkawan dia, ha...bibik aku dah balik, lega lah sket, dpat le rehat buat keja umah katanya.....sabar jer lah kannn....tu kehidupan sebelum bekerja dan berkahwin yer tuan/puan....
Aku rasa kehidupan kat kg dulu, sgt berdisiplin, takde kompromi dalam isu kemas umah...it's a must thing to do everyday, without fail. But i guess, that is because my mom is a full time housewife...not like me...Tp bukan kerana aku seorang isteri yang bekerja, makanya tanggungjawab sebagai surirumah itu diabaikan, cumanya percaturan menjadi isteri yang bekerja, memerlukan aku berkompromi ttg beberapa perkara....
Masak? Hanya di hujung minggu...menu pun lebih kurang sama (stok2 fav sepanjang hayat lah), sbb klu nak masak semua yang fav, terlalu byk menu plak, sedangkan hari memasaknya dua hari saje, tu pun klu tak kemana2...kebetulan ktorang plak mmg kaki jalan, kadang tu mmg tak masak le jawabnya....Lipat kain?? Hujung minggu jugak, memandangkan laki aku suke sgt basuh kain, tak lalu aku nak lipat tiap2 hari, tggu je Sabtu (dpt le dua bakul menggunung)....lps makan tghari, lepak dpn TV bersama bakul2 tersebut...setel...(bukan lama punnnnn...)...Sapu umah?? Yang ni tiap2 hari, umah kuat berabuk...mop lantai??? erkk...yang ni nengok keadaan lah, agak berlengas sgt, mop ler, dulu masa kt kg, bila aku sapu sampah, kain buruk lembab mesti ada kat kaki, ala2 sambil sapu, sambil lap lantai, hasilnya?? Memang berkesan, takdenye pakai mop segala, cumanya bila dah berumahtangga, takde plak aku buat camtu...hmmm...
Moralnya kat sini, aku tak mampu nak menjadi seorang surirumah yang bekerja, aku tau ramai kat luar sana declare diri masing2 superwoman, mampu menguruskan rumahtangga dan kerja dalam satu masa, dengan jayanya, tanpa pembantu, itu masing-masing punya hal....bagi aku..aku lebih fikirkan, aku perlu rehat, aku tanak menambah stress dengan fikirkan urusan rumah yang memang takde kesudahan, aku tanak membebankan diri aku, aku nak lalui kehidupan dengan cara aku, cukuplah aku stress di pejabat shj, biarlah aku tenang di rumah, aku isteri yang bekerja, bukannya surirumah yang bekerja...Aku pentingkan kualiti masa bersama keluarga daripada terlalu sibuk menguruskan keadaan rumah bila balik bekerja, cukuplah rumah dalam keadaan terkawal, bukan mcm tongkang pecah....
Tp yang penting, terpulang pada keselesaan masing-masing....ada orang mmg tak boleh camtu, kebetulan aku plak sama ngan Epoi, jenis flexible manjang, so hidup pun tak rasa stress, tu yg aku nmpk antara kami suami isteri, yg membuatkan chemistry ktorg sgt kuat....ktorg jenis tak suke dipush utk wat itu wat ini, eg, nak g holiday, bukan sekali ktorang main blasah je g cuti, takde plan2 giler, tau2 je pagi sabtu tu ler book hotel, tengahari jalan....esok Ahad dah balik, jalan bukan dekat2, ke Cherating...ke Trg...giler tak? Kadang tu mertua aku slalu gak sound2 ktorang, eg. kata nak btolak balik KL pagi2, tup2 tghari baru jalan...tu mak mertua aku ckp ktorg ni kan leh pakai, tak menentu....pastu aku ckp kat Epoi, nama pun naik keta sendiri, bukan bas nk kena ikut time...hehehhee.....janji pepandai le rancang perjalanan..tak gitu....
Tp apapun, sokongan suami tu sangat penting, esp bagi isteri yang bekerja...sbb kita kerja pun utk tolong dia kan....jadi dia pun kena la tolong kita jgak bila kat umah, dan berala kadarlah klu keadaan rumah tu bukan dlm keadaan tip top sebagaimana surirumah sepenuh masa....sesungguhnya, tolak ansur dan saling memahami itulah tonggak utama dalam sesebuah perkahwinan, bukannya seks semata....
Renung-renungkan....