Hujung minggu adalah sangat indah kalau dapat berjimba2 di rumah dengan aktiviti layan TV plus masak2...saya sgt merinduinya dan Alhamdulillah for the last 2 weeks, jadual sy tidaklah padat seperti biasa.
Aktiviti sy hanyalah mengemas rumah, melayan TV, masak, n tgk keja skolah anak. Hari ni msk simple saja for lunch, rasa nak makan menu kampung, so masak lemak putih terung, ikan goreng, sambal belacan dan ayam kicap utk anak2.
Petang mungkin mereka cekodok? atau kopok goreng? Layan TV sambil lipat kain...oh indahnya hujung minggu! Jumaat depan sy dihantar kursus ke Langkawi anjuran USM, jadualnya tidaklah padat, mungkin smpt shopping ceklat apa yang patut, tahun ini padat dengan bjalan2 smpikan anak2 tak mau balik, syok duk hotel katanya, hamboii!
No comments:
Post a Comment