Thursday, June 30, 2011

Ex BF? No! no! no! no!

Alahai, cam renyam nak citer pasal ex bf, saje je getik benornya, nak memberikan pendapat...aku tak tau la pendapat orang lain apa kan? tapi bagi aku, ex boifren can never be our friends anymore...

Sebab apa? Sebabnya tipulah kalau ko kata ko mmg dah takde apa2, semuanya just kawan jer, sedangkan ko dan dia ade kenangan masing2 yang mungkin takleh lupa, ye lah, tpt jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermanja, ye dak?

And, the most important thing, buat apa dia nak kawan ngan ko lagi? Nape nak amik tau pasal ko lagi, what for? Ingat, cara berkawan orang dah kawin ngan belum kawin lain, bila kita dah berkahwin ni, pepandai la limit mana yang patut, ingat...kita ada laki (bagi yang dah kawin)  yang perlu dijaga hatinya...ingat...jangan kerana nak berkawan dengan ex bf, umahtangga kita plak porak peranda...

Bagi aku sendiri, even mak muka tak sejelita era pazira, tp mak tetap insan yang hingin dicintaik dan mencintaik okeh, jadi sebelum percintaan kekal berakhir dengan si Epoi, penah la gak bercinta....jadi bila Ex bf datang balik kerana ingin berkawan, bertanya khabar, ianya membuatkan aku jadi hhmmm...bukanlah berbunga perasaan or what, tapi terganggu, sbb aku dah ada my own family, and i'm happy with my current life, and dia juga happy with his life, so buat apa nak tanya2 kabar? Nak tau for what? Nak tau sama ada aku bahagia ke tak dengn life aku? Buat apa? Lainlah dia tu duda, tanya kabar aku yang Nauzubillah janda pada masa tu.....aku nak borak pun kelu la weh! Dah takde modal.

Jadi aku telah mengambil keputusan, kepada orang2 yg pernah muncul dlm hidup aku (ex boifren lah), aku tidak mau berhubung atau tau apa2 tentang mereka dan tidak mau mereka tau apa2 tentang aku....I'm just happy with what I have now, dan aku tidak mau terganggu dengan perkara2 yang tidak perlu.  Perasaan adalah sesuatu yang subjektif, yang sukar dijangka, mulut boleh cakap tidak, tapi hati?

Yang lepas biarlah lepas, aku taknak mengenang benda silam... itu saje utk ari ni, jap lgi nak pack2 baju, esok nak ke Langkawi...See u on Monday!

Kena Hon!

Malam tadi, for the first time nya, aku drive malam, dah tu nak ke Hospital Serdang plak, hamik ko...semuanya berjalan lancar pada awalnya..

Tup2 sampai jer kat tol Serdang, aku konon dengan lajunya nak ke lane Tunai la (Smart Tag, tertinggal kat ofis plak)....aku duk pikir gak, nape lane ini kosong je, aku nak tuju ke situ la...

Epoi : Lajunya mama, nak gi mana?

Mama : Nak gi lane tunai la...(sambil usha lane tu baikkkk punya, sekali itu lane Touch n Go la...) habis..camne ni bah?

Epoi : Camner lagi, jalan je la...

Lalu aku pun melintang le menuju ke lane tunai betul2 dekat tpt bayar tu, apa lagi, bkoyan2 la kena hon, hamikk ko....tapii...wlupun orang belakang hon, masih dia bagi jalan kat aku...tima kasih yer....mak bukan sengaja...

Aku ni ala2 rabun ayam sket malam2, igt lagi time aku g kelas malam masa SPM dulu, eksyen naik motor sorang2, sekali belum sampai simpang lagi aku dah corner, makan rumput le jawabnyer....tapi takperlah...klu tak belajar mana kan pandai kan???

Itu saje laporan trafik hari ni.

p/s: Teha, keta aku kaler yg aku paling tak suke iaitu kale kesukaanmu, ijo :o)

Wednesday, June 29, 2011

Bagai Disiram Baja Subsidi

Oh! aku stress! kenapa kulit muka sgt teruk ketika ini? Adakah sbb aku try mcm2 produk? Sbb tak sabar nak tunggu result? Oh!  Adakah aku telah menjawab soklan ku sendiri! Oh! dan oh!...kenapa 'jururawat2' itu lately ini tumbuh bagai disiram baja subsidi...

Tidakkah 'mereka' mau pencen dari menemaniku? Aku sudah 32 tahun, mana mungkin keluar jerawat menggatal lagi, owhhhh!!

Serum dah kusapu, sunblock dah kusapu, apa lagi ko mau ha??? (buat gaya bcakap ngan muka sendiri)...aku stress!!

Sambungan Ulasan Buku

Bila baca balik entry semalam, jangan plak diandaikan yang bukan2, sbb aku hanya mengambil sedutan, for more info, kena baca sendiri buku itu, baru faham apa yang aku maksudkan...

p/s: tak dapat komisen to promote pun, but sharing is caring, mmuah!

Tuesday, June 28, 2011

Interesting Book

Semalam time duk layan ulangan Maharaja Lawak, aku kemas magazine2 kesayanganku masuk kotak, sbb Epoi selalu bising nengokkan majalah aku yg sgt byk (antara koleksi ialah Mingguan Wanita, Keluarga, Apo? dan Rapi)....sekonyong2 mengemas tu terbeleklah buku yang dah lama aku beli atas cadangan Pendaftar masa aku jumpe dia nak tukar fakulti dulu...tajuk buku tu La Tahzan (Don't be Sad) yang telah diterjemahkan oleh Noraine Abu.  Buku ni sgt femes actually dan ada dlm bahasa Arab, Inggeris dan Melayu.

So, aku pun flip2 lah isi kandungannya and OMG, i luv this book so much...wlupun aku br baca smpi m/s 8, tp kandungannya sangat menenangkan jiwa....

Antara catatan2 yg boleh aku share takat m/s 8 ni ialah:

1. Jadikan Kritikan Tajam sebagai Penghormatan - antara sedutannya "dalam hidup ini, terutama jika anda seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka anda selalu akan menjumpai kritikan2 yang pedas dan pahit. Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke liang lahad, menaiki tangga ke langit dan berpisah dengan mereka.  Kalau kita masih berada di tengah2 si pandir ini, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuatkan anda bersedih dan menitiskan airmata, mengalirkan darah kematian anda, dan mengusik ketenangan anda." 

My comment : Actually this is something happen in real life kan?

2. Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya - antara sedutannya:

Firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 1 terjemahannya "Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang maka jangalah kalian minta untuk disegerakan"....Kebanyakan manusia di dunia ini byk yg ditemankan oleh ramalan2 tentang kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka.  Padahal semua itu hanyalah sebahagian daripada kurikulum yang diajarkan oleh 'sekolah2 syaitan" seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah berbunyi "Syaitan itu menjanjikan (menakut2kan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekan atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil, kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya dan kelebihan kurniaNya"....

My comment: Jgn terlalu risau dengan apa yang akan terjadi pada masa depan, ia akan datang dengan sendirinya, fikirkan apa yang terjadi pada hari ini kerana anda sudah terlalu sibuk, perumpamaannya, kalau kita mengandung, tp belum tiba waktu utk melahirkan, jadi kenapa perlu diawalkan.  Ianya akan membahayakan kandungan. Umpama memetik buah yang belum masak, kenapa dipetik kalau belum cukup masaknya?  Pun tak boleh makan kan?

Actually every page yang aku baca sgt mendalam maknanya, bukanlah entry kali ni nak berkhutbah or whateva, cumanya sebagai manusia biasa, kadangkala ada terkhilaf, kadangkala bersangka buruk....dan bila aku baca buku ini, buat aku berfikir sbb kadangkala aku tersilap membuat perhitungan kerana kelemahan diri sendiri.

For my friends out there, yang mungkin sesekali terasa down or something, i highly recommend this book for your reading, it's worth it to read eventhough me myself baru baca up to page 8 out of 611 pages.  Happy reading and dont be sad!!

Nite2, esok nak bangun awal, nk masak nasi plus ayam hijau sbb nak bekfes ngan bos and my colleague as this month will be his last month to be with us (July we'll be having a new bos, ermm..Mr. Botak man, heheheheh).  Nnt klu sempat snap pic, aku downloadkan kat sini.  Daa...

Berblog itu Indah!

Dah jadi cam ketagih plak skang, nak menulis je rasanya, satu hari tak ngadap blog, gundah gelana rasa di jiwa, kadang tu, x menulis pun, tp blogwalking jer byk, mostly jadik silent reader....seronoknya berblog sbb rasa ilmu berkembang...wlu tak sempat nak bersosial physically, tp dapat gak ilmu kat sini, especially for those blogger yg byk bagi input, pasal parenting, pasal politik, pasal masak2....thank you guys!  Eventhough followers ala2 maintain 10 (including myself gitukkkk)....mak tetap ghairah berblog, sbbnya....sy lega  meluah di sini!

Sunday, June 26, 2011

Lastly!

Semalam tanpa disangka2, aku telah men'drive' dari KL ke Shah Alam....kat Shah Alam tu pusing2 gak lah jalan nak tgk umah n ke Tesco..

Saje aku nak test drive sbb selama ni mostly aku drive dlm kawasan tpt keja jer (keta aku tggal kt ofis).....so start Isnin ni aku nk try bwk dari rumah, smpi antar anak n dari ofis smpi umah....Mengikut kata En. Epoi, aku dah leh bawak..hehee...cuma agak tergopoh sket...well...aku kan mmg jenis nak cpt jer kejanya...

Well, wish me luck, harap2 semua OK, ini azam aku yg dah sgt lama, harap2nya this year I can drive home early esp. during Ramadhan....Epoi dah wat maintenance n make up kan may new baby (eventho 2nd hand, but I love it so much..)....so it's now ready to serve!

Thank you to my special darling, for alwiz doing the best for me n kids, no one could ever replace you my dear, mmuahhhh!!


Hujung Minggu yang Indah

Hujung minggu adalah sangat indah kalau dapat berjimba2 di rumah dengan aktiviti layan  TV plus masak2...saya sgt merinduinya dan Alhamdulillah for the last 2 weeks, jadual sy tidaklah padat seperti biasa.

Aktiviti sy hanyalah mengemas rumah, melayan TV, masak, n tgk keja skolah anak.  Hari ni msk simple saja for lunch, rasa nak makan menu kampung, so masak lemak putih terung, ikan goreng, sambal belacan dan ayam kicap utk anak2. 

Petang mungkin mereka cekodok? atau kopok goreng? Layan TV sambil lipat kain...oh indahnya hujung minggu!  Jumaat depan sy dihantar kursus ke Langkawi anjuran USM, jadualnya tidaklah padat, mungkin smpt shopping ceklat apa yang patut, tahun ini padat dengan bjalan2 smpikan anak2 tak mau balik, syok duk hotel katanya, hamboii! 

Thursday, June 23, 2011

Geram Jangan Engkau Geram!

Oh saya sangat geram...rasa nak nyanyi lagu geram...klu boleh tanak luah kat sini, as usual, hanya yang terindah utk blog, tanak kenang memori duka gituk...

But I've to write it here, I need to express what I feel so that I tak burst out bertukar menjadi gaban maupun hak hogeng.  Saya ini hanyalah pencacai sahaja bukannya pembuat keputusan tahap dewa.  Sekiranya saya si pembuat keputusan, maka tidaklah saya berada di jawatan ini.

Arakian, segala yang berkaitan memerlukan saya ada bersama bagi memastikan kelangsungan kerja (umpama takleh berenggang dgn saya yang gebu ini, isyy, tolong tahan rasa nak muntah ye)...padahal kerja sy sgt blonggok2 dan terpaksa pula membuat kerja terpaksa menjadi tukang semak kerja orang di tempat orang lain di musim menyemak kerja ini.

Bila hari semakin hampir kepada 'deadline', maka kedengaran suara2 berkata "hari tu lagi sy dah ckp buat bengkel segala"...lalu sy menjawab " u juga kata nak siapkan template kan? U yang hutang template, kenapa nak bising pasal bengkel?"

Kesimpulannya, tugas sy hanya menyediakan platform utk mereka berjimba2 berbincang itu dan ini tetapi oh tidakkkkk!! Sy kena sentiasa ada bersama utk sama2 menyumbang idea, kerana katanya jika tiada saya, maka siapa pun tak boleh buat! Oh! Pentingnya saya?????  Arakian, orang2 yang sepatutnya memuntahkan resolusi itu tidak pernah hadir memberikan komitmen, ttp input saya si orang kecil ini juga yang diperlukan.

Resolusinya, senang sahaja.  Jangan berjanji itu ini kalau tak mampu menunaikan.  'Blame Game' is not in my dictionary so pls....i refuse to play.  Senang2, tutup sahaja program itu, menjawablah dengan KPT.  End of story!

p/s : Ayat2 di atas perlu disasterakan untuk mengawal perasaan Hak Hogeng!  Versi pembacaan perlulah ala2 propa drama nusantara gituk...:o)

Wednesday, June 22, 2011

Parents dolu2..

Hari tu aku ada terbaca satu artikel ni, pasal belanja berhemah esp. time nak raya (errr..ganti pose tak abis lagi ni)....katanya blanje la berhemah...

Jangan duk biar anak kutip jer barang kt sopping kompleks (kalu duk kutip lagu tu mesti kes terpengaruh tgk parents main amik je barang - err...aku lagi la tu)..jadi cadangannya ialah, ikut org zaman dolu2..mana ada bawak anak g sopping2 nih, tau2 ukur size badan utk baju n seluar, n ukur kaki utk kasut.

Pikir2 balik, betullah, mek n ayah aku dulu lagu tu lah.  Duk cari tali rafia ukur kaki, semua utk beli kasut. Takdok nyer nk bawak aku nih g kedai (lgipun mana la ada transport, moto vespa ayah aku masa tu muat mek ngan ayah jer)....jadi takde la membazir duit klu bwk anak2...tau2 jer la nafsu budak nih...

Skang ni aku ada pengikut bab soping tak sedar diri nih, iaitu si kenit Dhia, baru2 ni ktorang dah jumpe port baru, Tesco yg dekat sikit which is kat Jln Klang Lama.  So kat situ ada troli kecik utk budak2.  Mmg dorang excited giler.  Satu sorang pegang ni, so sume barang kena masuk dlm troli dorang, xleh msk dlm troli besar.  Yang tak excitednya, mana yang dia rasa leh capai n minat, terus diangkutnya masuk troli.  Bila aku tak bagi, dia buat meroyan kat situ.  Asal kat kaunter jer kenalah aku cover2 nak sorok barang yg dia amik tuh....hmm..sabar jer lah...

Klu Haziq plak, time g Sogo aku nak beli baju dorang, eh kat situ plak ada permainan terselit kat celah2 area baju budak2.  Rega rat2 plak tuh, aku tak layan, kerassss dia kat situ pastu melalak cam kena tempek seterika.  Muka aku n Epoi dah tebal, last2 amik jugak lah, aku fail betul bab ni. 

Masalahnya skang, kat sape nak tinggalkan dorang klu nak sopping, time aku kecik dulu ala2 independent.  Pastu duk kg, ramai tengokkan.  Kat sini takkan nak asik pos ke umah bbsitter jer, mana mau nye gitu....

Lagi satu psl ngaji.  Time aku kecik dulu, masuk kul 8.00 mlm jer, masa lagu nak start berita kuar tu (lagu Senyum kot), aku dah gerak g ngaji umah jiran sebelah.  Aku tak igt start umo baper, tp masuk darjah 1, aku dah naik Al-Quran.  Masa tu giler berdisiplin.  Time aku plak, nampaknyer perkara itu agak ketinggalan.  Anak mengaji kat sekolah je, aku plak ngajar ngaji, tak berdisiplin.  Hmm...parents dolu2 wlu tak skolah tinggi, tp bab disiplin anak, pandai jer.  Maybe skang mak bapak keja, klu nak samakan tak boleh la kan.  Apapun, semua parents nak yg terbaik utk anak2nya..dak gitu..moga kita2 semua (yg dah jadi parents) dapat jadi parents terbaik utk anak2 kita..amin.....


Sunday, June 19, 2011

It's Sunday

Hari ni aku decide nak duk umah jer, sbb semalam duk bekerja satu hari menyiapkan apa yang patut, maklumlah, tgh time audit nih, tau2 jer ler....

So, pagi tadi bangun lmbt sket, bekfes roti canai jer, Epoi kuar servis keta I kt workshop (oh ya, last 2 weeks was my last time with my last car, aku trade in ngan keta lain supaya lebih senang n kecik nak dibawak, my target, bulan pose nih, aku akan balik awal, amik Haziq kt school n masak utk berbuka, tak sanggup dah telan kurma dlm keta, sedih!!!).

So tinggal part tu jap, layan budak2, actually aku ajak dorang sental toilet sesama ari ni, excited giler budak2, maklumlah, main air sabun...tup2 aku bior je depa sbb nak baca paper segala dulu...lama diorg dalam bilik air, rupanya dorang amik berus gigi ktorang satu family wat sental lantai toilet, apa lagi, jadi Hulk Hogan la aku, pdhal aku dah siap2 bagi span satu sorang segala bagai....dah kena sedas sorang, mandikan, pakai baju, bagi depa makan apa yg patut sementara nk masak....

Haziq requests for masak lemak cili padi, lately suke beno makan tu, so masak itu, plus sambal telur, plus ikan goreng for Dhia, plus goreng terung bercili...gile tak kena kombinasi ari ni, lantak ler...utk minum petang, aku wat pengat durian, cicah roti, yang ni pun Haziq request jugak..layan jer lah sbb mmg tak ke mana2 pun, penat sgt rasa...

Jap2 lagi, nak nyetelkan lipat kain stok seminggu, dua gunung menanti, harus dikerjakan segera, klu tak kepam ler kat situ.....eh rs cam melapor berita TV3 plak, takperlah, kata diari elektronik kan......Selamat Hari Ahad u olls...

Saturday, June 18, 2011

Bercinta!

Rasa cam dah lama tak bercinta ngan si Epoi....biasa sebulan sekali spend gak masa berdua, layan movies...makan2....tp this year rasanya tak bercinta sgt...sbb asik cuti sakan satu family (including mertua)...klu dah ramai2 tu plus with kids, nak bercinta maut tu susah la kannnnn....hehehhe...

Rindu nak bercinta...(memang la hari2 pun bercinta kan)..tapi rindu nak berdua2 ngan laki, manja2...lepak2 makan berdua, shopping..bg memastikan both of us dimanja begitu, that's y ktorang plan cuti at least sebulan sekali utk berdua2...ms mula2 buat dulu, rs bsalah kat anak2...but hey! I need my own time with my hubby too dear....of course la lps bercinta, mesti beli apa2 yg best for our kids to cover balik la kan...tp tu lah, lately ni susah, psl this year mcm2 planning, plus dgn keja yang bz manjang, percintaan for the first 6 months this year agak senduuuuu....x suke x suke!

Talking about spending time berdua ni, tingat kat Abang Halim, one of my colleagues.  Masa sesi Taaruf (perkenalan) ari tu, ada soalan psl saat2 paling indah dia n his wife, aku kena interview dia sbb satu group.  Dia jawab, saat paling indah ialah bila dapat berdua ngan isteri, tau la ngan anak2 ni, mana nak dpt can berdua...Gelak besar aku dgr pengakuan dia tu, tsipu2 bininya....but actually, mmg pun kan.....Abg Halim tu umo dia 46 thn...see...umo mcm tu pun still miss nak berdua ngan bini, apatah plak lagi yg berumo 30an ni....auummm!!!

Tuesday, June 14, 2011

Keluar Rumah

Tadi gi makan ngn anak2 kt kedai atas bukit sebelah Vista Angkasa....lama dah nak singgah situ, tak penah terpegi...

Smpi sana, anak2 Ya Allah Ya Rabbi...kulu kilior cam kedai tu dia yg punya...Dhia..as alwiz, tak penah reti duk diam n tak penah rs nak takut apa....aku nak makan pun tak tenang...asik terjerit2 panggil dia jer...malu je muka, tp demi keselamatan anak, deekkkkk kan ajer....

So on the way balik tu aku membebel2 la kat jalan ckp lenkali tanak bwk dorang kuar lagi...korang tau apa Haziq jawab?

Haziq : Haziq nak kuar dari rumah arr..Haziq nak cari mama lain....

Boleh?????? Grrrrrrrr......(anak aku ni terlebih tgk drama ke)

Good Bye My E72

Selamat tinggalll.....huhuhu..selamat tinggal my beloved E72, you're the best phone I ever had...but why??? Jodoh kita setahun saja....genap2 umur mu setahun, ko telah menge'kong'kan dirimu...kerana kealpaan ku....ade ke patut berendam dlm laut, ko duk dlm poket suar...arghhhh!! stupidnya akuuuu (versi Stacy Aku Jahat)..

This is the best phone I ever had...aku suke design dia, aku suke keypad dia, aku suke kaler dia, aku suke keeleganannya...aku paling suke sbb dia ada dictionary, senang aku nk check klu kuar g meeting, takyah bukak2 kamus Oxford bagak time belajar SS14 dulu...dah la kt dalam tu byk nota2 resipi aku...arghhhh!!!

Citer di sebalik kemusnahannya ialah, aku tgh bergembira sakan masa Family Day kat Cherating, lps main Telematch, terus ke laut, nak berendam....dah siap berendam, baru terasa cam ada something dlm poket, it's my E72, huhuhuhu..until now, aku sgt sedihhhhh....tpaksalah pakai phone lain yg hubby bagi present bday ari tu (which aku tak sukeeee...eiii...) fyi, msk tahun ni, 3 thn berturut2 dia beli hp for my bday present...arghh..tensi...tp mak tatapppppp hargaii..isk..isk...

Good bye My love...may you rest in peace...isk..isk.....

Jgn marah-marah...

Last Friday, on the way ke Cherating for Family Day.  Elok tgh drive, Haziq nak memerut..

Haziq:  Mama, Haziq rasa cam nak gi toilet la...

Mama : Haziq ni...dan2 ni lah punnnn....

Haziq : Mama...cuba jgn marah-marah....cuba relaksss.....

Mama: Amboi...pandainyer bercakap..mana Haziq belajar ni?

Haziq : Tgk TV lahhh....

Mama : ???? Ok klu sakit perut...cuba Haziq tarik nafas tu...nnt boleh tahan sket....OK..tarik nafasss...

Haziq : PUSHHH!!!

Mama n Abah : ???? Apa ni? Mana Haziq belajar ni?

Haziq : TV lahhhh....

Hm..sabar jer lah anak aku nih...dia ni klu bab tgk kartun mmg hantu, yang penakut pun jadi tak takut klu tinggal dia sorang2 tgk TV...tp aku ada terbaca tips for parenting, anak2 tak boleh bagi tgk TV more than 2 hours....camne tu??

Baru ni g school dia nk tgk progress report for first sem...result dia tak berapa memberangsangkan especially for BM n BI.   So, mulanya aku quite frust sbb dulu Teacher Zira ckp Haziq fast learner (she left already to continue her study at PhD level)..Tp at the end of the day, aku cool down..actually I made my own mistakes too, i monitored his progress at the early months jer, lps tu aku let go kt school jer, i'm too bz with my job...but that cant be the reason....in fact teacher BI dia pun ckp skang dah lain sbb medium of instruction dah tak fully in English kat situ sbb byk cikgu baru masuk, tp dia akan highlight this to the management...So aku dah buat jadual blajar Haziq (dgr cam ngeri, tp bukanlah tahap cam budak SPM punyer tuition, but I've to do something lah, his my son and I want the best for him)...BUT, he's good at agama2 punyer slot, especially for Solat, he always wanted to be the Imam and I'm proud of his achievement.

For those parents out there yg ada tips2 parenting, pls guide me.....Apapun, aku sentiasa doakan yang terbaik utk anak2 aku...

P/S: Rupanya baru aku tau byk subjek anak aku amik..ada Sains, Arab, BM, BI, Maths, Doa Harian + Solat...selama ni aku tgk Buku Latihan dia sket jer, rupanya cikgu tak bagi buat balik takut tertinggal....


WTH

Aii...bertemu kembali cik Temah...den banyak nak koba an..tp kojo pun bolambak2...dan2 tgh byk kojo ni sibuk plak kono pakso jadi Auditor..mano nak buek kojo, mano nak diaudit dan mano nak mengodit....arghhh!!! aku stresss!!!!! Kojo mcm2 menunggu...hati tak tonangggg!!!

Friday, June 3, 2011

FB no more!

Hmm..igt nak tido, tapi since td mandi kul 1130 mlm lps berkemas, mata jadi segar plak, layan plak Suria FM duk pasang lagu hitz 90an...mana tak melayan kan....

Btw, sejak ada blog ni, aku tak aktif FB anymore...rasanya lagi puas meluah rasa kat sini, so dengan ini, rasmilah sy terputus hubungan di FB....takat jenguk sekali sekala adalah, nak update status, dah lama tak terbuat, komen kengkawan pun kurang dah....tak tau la..dah ilang mood arrr...exciter masa mula2 jer....lg sonot komen blog kengkawan n blogwalking (silent reader mostly)....segan nak say hi kat blog orang.....nak bergajet bagai tak reti nak godek, so upload citer jerlah...lgpun...kadang time tak dan....klu kat ofis, after ofis hour leh la layan jap...klu time keja, rs cam tak cukup nafas jer....

Oh sebelum tido, nak share citer dialog ngan anak2 malam tadi...

Haziq : Mama...belon tu dlm bahasa inggeris 'balloon' kan?

Mama : Betul...pandai Haziq.....

Dhia : Ma...Dhia pandai gak....'balloon' tu apa?

Mama n Abah:  ?????? (tadi kata pandai....)

p/s: kengkadang tak larat nak layan mulut Dhia, totetotet 24 jam....eiiii...ikut mulut saper la tu yer....

Nite2.....sehingga ketemuk lagi...

Kampung..here i am..

As usual, bz weekend again.  This time around...i'm going back to my hometown for my kid's aqiqah.  After  such a long time of delaying the project, finally......ye lah..nak gather utk semua cucu katanya...next week family day kat Cherating, bz again....i'll make sure my next next weekends to be zero activities ....definitely...i'm so damn tired! sigh!

So, kul 3 pagi jap lagi, nak gerak....kena tido dulu...karang nak teman Epoi....x sanggup nak biar dia drive sorang, lately ni suka bawak laju, x suke x sukeeeeee......