Wednesday, July 24, 2013

Resipi Puding Roti Karamel

Assalamualaikum.

Semalam iolss try Resipi Puding Roti Karamel.. sebenarnya dah amik resipi tu since Julai 2012 lagi...skali Julai 2013 baru nak try...setahun kok diperam..ok masa x banyak...so jom share resipi.  Pada tuan punya resipi, saya lupa nak simpan source masa tu...mintak maaf banyak2 tapi resipi anda mmg sedap...saya dah simpan semua link resipi sejak itu..maafkan saya ya...

Ni rupa puding saya buat semalam.  Memang sedap..asyik...nyaman ditekak and senang bangat nak buat.  Kalau pakai telur cam biasa tu, agak muat and nak kena jaga xleh overbeat sbb nanti puding akan berlubang..tapi yang ni since ada roti, so dia rasa agak mantop sket...tapi mmg sedap...



BAHAN-BAHAN:

3sdb gula
4 keping roti Gardenia
2 cwn air suam
1 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanilla
3 biji telur

CARA-CARA:

1. Panaskan gula dalam loyang hingga perang..jgn smpi hangus ya...ketepikan.

2. Carikkan roti tadi and rendam dalam dua cawan air.  Masukkan dalam blender. Blend jap.

3. Masukan susu dalam adunan roti. Blend lagi jap.

4. Dalam bekas berasingan, kacau telur manja je dengan garfu (takat pecahkan telur kuning 
jer).  Pastu masukkan dalam adunan tadi.  Masuk esen vanilla.  Blend.

4. Tuang adunan tadi dalam loyang gula tadi.

5. Kukus 30-35 minit (jangan lupa panaskan kukusan dulu ya)

6. Biar sejuk sebelum disejukkan lagi dalam peti ais.

7. SIAP UTK DINGAPPP2....SEDAP GILER WEHHHH..

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 17, 2013

Resipi Sambal Ikan Bilis Petai

Assalamualaikum.

Weekend lepas ahkak balik umah mentua...buat moreh katanya...so on the way balik KL tu, ada la nampak petai jual kt tepi jalan.  Sebagai seorang wanita kampung yang sepi...ahkak memang pantang nampak petai.  Jadi, sekonyong2 ahkak menyuruh manja laki ahkak membeli sepapan petai...geram nak makan ngan sambal durian..kebetulan mak mertua ada bekalkan durian.  So kalau buat sambal durian, goreng ikan and makan ngan petai rebus sedap tuh....hmm...kecur jap...

Eh lari topik plak..since petai tu banyak..maka ahkak telah membuat Sambal Ikan Bilis Petai...peminat petai tegar katanya kann......so jom share resipi.  Minta maaf la kalau share resipi versi cap hayam jer...ahkak kan jenis sharing is caring..so yang baru bertatih masak tu...meh le kawan ngan akak eh...

Pic dulu.....as usual..


BAHAN-BAHAN:

3-4 papan petai dibelah dua mcm dlm gambar (ahkak makan kulit sekali..mak kata utk kesihatan, tipu dia, tipulah ahkak yuhoollsss)
Sedikit ikan bilis (akak buat ratio lebih kurang 1:1 maknanya sama size cam portion petai la..akak tak goreng pun..sbb nak bilis tu rasa lembut jer)
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
3-4 sudu cili kering dikisar
Sekeping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

CARA-CARA:

1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan gula (dalam 2 sudu besar dulu).  Kacau rata and tunggu hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit air.
4. Masukkan garam dan gula lagi jika perlu.  Kacau rata.
5. Masukkan petai...kacau rata..masak biar sambal agak kering sedikit.  SIAP!
6. Utk yang suka pedas macam saya, sila masukkan cili padi seperti tertera.  

Nota:

Saya boleh makan menu ni berhari2 tanpa rasa jemu.  Kalau tak suke petai, boleh masukkan kacang tanah yang telah digoreng and kalau keringkan sambal tadi, boleh disimpan n makan berhari2 mcm orang buat traveling tu..or duk asrama ke ...gitew....so...SELAMAT MENCUBA!






Tuesday, July 16, 2013

Resipi Chocolate Cupcake Gebu

Asm. yuholls..

FYI, saya peminat Paula Deen yg selalu masak2 kat Channel AFC tu kan...esp bab desert2 lah..tiap kali dia buat..saya rasa geram jer nak masak dan2 tu..sbb dia membuatkan nafsu sy membuak2 utk mencuba apatah lagi setelah melihat kegebuan kek2 and yang best nyer jugak...saya suke tgk bila dia masak with her husband or anak2 bujang dia...mmg comel sangat...

So ari tu saya geram nak cuba resipi Chocolate Cake with Coffee Cream Filling...but since saya takde benda nak cucuk krim dlm cupcake...so saya maintain chocolate cake jer...Hasilnya? Wallah!!! Memang gebu and saya suke sangat.  Anak2 suka and kawan-kawan yang try pun suke.  

Adunan sangat gebu dan sedap dimakan begitu saja.  Especially bila dah simpan dlm fridge, n makan ngan nescafe O kaw...pergh...heaven sangat..jom kita share recipe dia.  Seperti biasa..ini adalah hasil daripada air tangan saya..sebelum kita layan resipi ya...

Camnilah rupanya...fresh from oven gituuu...

 Ini saya buat utk majlis Icha ari tu...konon2 la nk air tangan sendiri...tak lawa pun..tp seswai la ngan saya yg jenis simple ni....

Sumber : Paula Deen

BAHAN-BAHAN:

2 1/4 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula castor
3/4 unsweetened cocoa powder 
1 1/2 sdk baking soda
1 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cawan minyak sayuran (boleh pakai canola ke jagung or minyak masak)
1 cawan air nescafe o sejuk (saya pakai 1 sdk nesc)
3 biji telur besar
1 bekas krim masam (boleh didapati di pasaraya...ada tulis Sour Cream, dekat area butter, yogurt, saya beli Natural Sour Cream dalam RM5.00++)
1 sdk esen vanilla

CARA-CARA

1. Panaskan oven 170 darjah celcius and susun cawan kek.

2. Kacau rata bahan kering (tepung gandum, serbuk koko, gula, baking powder, soda bicarbonat dan garam)

3. Kemudian masukkan telur, minyak, air nescafe and putarkan sehingga sebati.

4. Masukkan krim masam dan esen vanilla.  Putar lagi (jgn over putar).

5. Sudukan dalam acuan cawan kek 3/4 penuh (saya pakai scoop aiskrim).

6. Bakar dalam 18-20 min.  Sejukkan and siap.


Bagi yang ada anak2..cubalah.  Memang sangat digemari.  Kalau nak letak chocholate ganache ke apa boleh la buat. Anak2 saya suka makan kosong jer...Selamat mencuba ya...


Resipi Kek Mentega Gebu

Salam Ramadhan yuhols...


Hari ni nak share resipi Kek Mentega Gebu...hihi.pandai2 jer letak nama...actually ahkak dapat resipi ni from tak ingat la source dia...sama ada My Resipi or Mesra.net.....ampunkan saya tuan tanah.  Lain kali saya letak link tau..ni resipi saya salin kt phone jer...eh lupalah mana amik...ampun..ampun....

Kek ni dah dua tiga kali saya cuba and mmg digemari anak2...sebab simple and rasa gebu itu sangat sangat mengiurkan...so pada yang ingin mencuba...cuba la...saya ada juga google a few resipi..byk juga yang senang and maybe boleh dicuba...tp utk apa yang saya dah buat...mcm pic kt bawah ni lah...hopefully yuholls juga suka and kita leh sama2 suke dgn outcomenya nnt..hehehhhe..

Masuk pic dulu..


versi kek dalam loyang 
versi cupcakes...ditabur ising sugar...hmm...lagi mengancam..

BAHAN A:

250g tepung naik sendiri
40g susu tepung
250 mentega

Bahan B:

5 biji telur
200g gula kastor
Esen vanilla

CARA-CARA:

1. Panaskan oven 160-170 darjah celcius (oven saya 150) dan sediakan loyang yang telah disapu mentega/marjerin.

2. Pukul bahan A hingga gebu.  Biarkan.

3. Dalam bekas berasingan, pukul sebati bahan B dan kemudian campurkan dengan bahan A tadi.  Pukul sehingga gebu.

4. Bakar selama 20 min utk cupcakes and 35-40 min utk kek dlm loyang.

5. Sejukkan kek setelah siap, sedia utk dihidang.  Kalau versi cupcakes, mungkin boleh tabur icing untuk rupa dan rasa yang lebih menarik.

Icha Sudah 9 Bulan

Assalamualaikum yuholls..


Saja nak share.  Ari ni Icha dah 9 bulan.  Patut la 2-3 hari lepas merengek jer...well..apa progress Icha ek..I mean selain dari hal kidney dia tu.. Bagi aku..Icha sangat aktif, debab..makan apa saja...and paling penting, senang dijaga.  Alhamdulillah.  Berat terkini Icha ialah 9.06 kg.

List perkembangan Icha:

1. Meniarap pada umur 4 bulan (lambat sikit sbb bambam sangat)

2. Tumbuh gigi pada usia 5 bulan (2 batang atas, disusuli dua batang di bawah.  Alhamdulillah, xde demam apa, semuanya OK).  Paling awal compared to her siblings.

3. Xde simptom2 merangkak sampai umur 8 bulan.

4. Meniti kat sofa di usia 8 bulan.

5. Mula merangkak pada hujung2 8 bulan (igt xnak merangkak terus dah).

6. Sejak lahir, Icha hanya demam dua kali.  Satu pada bulan Nov 2012 sbb jangkitan kuman.  Satu lagi pada bulan Jun 2013 sbb nak keluar campak halus.  Alhamdulillah.

7. Icha suka makan, apa saja.  Buat bubur letak brokoli pun OK.  Muka xde perasaan..heheheh..

8. Gigi Icha dah ada 5 now.

9. Icha senang dijaga.

10. Icha tak suka dipegang.  Suka dibiarkan lepas bebas berbuat apa saja, sama ada bergolek atau bermain.

11. Sangat berminat dengan gajet.

12. Cukup rimas kalau dipegang, dicium selalu.

13. Lately ni telah menunjukkan ciri2 kegarangan (menjerit kalau tak suka sesuatu..sabar aje lah)

14. Icha tidur awal, jadi, mama boleh masak itu ini, boleh buat itu ini...Alhamdulillah.

Terkini, 11.07.2013 ari tu jumpa Dr.  Katanya buah pinggang Icha dalam keadaan status quo.  Bengkak kat kidney tak turun or naik.  So right now continue antibiotic. Jumpa Dr. 3 bulan lagi...and kalau takde apa2 jugak...Dr. cadang utk plan lain..dengarnya ke arah operation..

But we'll wait n see.  Whatever it is, aku akan ikut nasihat Dr. and I pray the best for my baby...my luvly baby.  Dugaan orang lain, lagi berat dari dugaan aku.  So why should I complaint more.  Terima kasih atas ujianMu Ya Allah, kerana menjadikan aku manusia yang lebih redha dan percaya dengan perancanganMu.  

Moga kita semua dilindungi Allah s.w.t dan berbaik sangkalah dengan Allah. Percayalah...setiap yang berlaku..pasti ada hikmahnya...jom layan pic Icha...

Asik nak mengasah gusi jer..x kira di mana jua berada..


Icha sangat suka main ngan Abang Haziq and Kakak Dhia.  Ada sekali tu, abang n kakaknya tido umah nenek sedara.  Sian Icha, mati kutu dia.  Bila jumpa abang n kakak, dia punya excited, Tuhan jer tau....sayang dia tuuuu..



Anak manja abah juga..


Resipi Sambal Sotong Che Temah

Eh apa keroje cite sambal ni...mood nak share resipi kek agak kaburrr...sebab resipi dlm phone hilang..frust....now jom kita share resipi Sambal Sotong Che Temah...In Shaa Allah menggoda yuholss....

Jom layan pic laaaa..



BAHAN-BAHAN:

Semangkuk sotong yang telah digoreng garam kunyit (sekejap jer, dalam 2-3 minit)
11/2 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
5-6 biji bawang merah kecik*
5-6 sdb cili kering dikisar
1 keping asam jawa
Garam gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*dikisar

CARA-CARA:

1.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, dan gula.  Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong yang digoreng tadi, garam dan gula.
4. Kacau rata...siap.

Resipi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Che Maz

Masak apa yuholss...I mlm tadi ingat nak masak gulai ayam versi Trg yang letak kerisik tu, pastu nk potong timun and bikin sambal velachan utk berbuka ari ni...sekali...terpadam daa...i senang jer skang, since smpi umah pun elok2 azan kan...citer PARAM (Pasar Ramadhonnn) tu xyah sebut la..buat i sentap je tau...sah2 x dan kan...kata nk duduk Shah Alam sangat..keja KL...merasa la kan...so..apa I buat..masak malam2...simpan peti ais..sampai umah...microwave di mana koooo...masukkan...ngap2...Alhamdulillah...amacam..sempoi tak ahkak? 

Hari ni nak share masak Nasi Lemak Sempoi Che Maz...sbb buat sambal ikan bilis jer pun.  Bab nasi tu, mesti yuholls dah pandai kan...so I citer bab sambal jer...Pic dulu sedass....


Ini saya bekalkan untuk suami ke pejabat.  Agak2 boleh buat meniaga tak ni? hehheheheheh


BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar*
2-3 biji bawang putih*
1 inci halia*
5-6 sdb cili kering dikisar (ikut suka nak banyak mana)
sedikit belacan*
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit santan (anggaran 1/4 cawan atau lebih sikit)

*dikisar

CARA-CARA:

Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering dan gula.  Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan air.
Masukkan garam, asam keping.
Perlahankan api, kacau sesekali.
Masukkan santan untuk rasa lebih enak.  
Sesuaikan rasa.  (Kepekatan kuah ikut citarasa.  Kalau saya,saya tambah air dalam 3/4 cawan saja sbb saya suka sambal pekat)

Tips: 

1. Santan/susu akan menambah rasa umph pada sambal.

2. Belacan sesuai untuk masukkan dalam sambal utk ikan bilis/ikan.  Utk ayam dan daging, saya tak masukkan belacan.

3. Boleh masukkan bawang lebih kalau mahu.

4. Sambal bilis ni boleh recycle kalau tak abis.  Panaskan lagi smpi pekat, leh masuk kacang tanah yang digoreng and makan bila suke.  Buat kering2..pun sodappp..