Friday, August 26, 2011

Telemovie : Janji Syurga

Argh...syahdunya...baru lepas layan telemovie Janji Syurga kat Channel 106 OASIS...lakonan Eman Manan n Norlia Ghani.

Citer pasal kesabaran seorang anak menjaga ibunya yang lumpuh, anak lelaki yang sanggup mengorbankan diri, tak sanggup kahwin demi menjaga ibunya....nak citer lebih tak reti, tp klu berkesempatan, cuba2lah google kat internet citer ni, mana tau kot kuar kt YouTube...tapi ada ulangan raya ke 4 nnt, tp tak tau kul braper...aku rasa cam payah nak jumpe anak lelaki yang sesabar itu, maybe ada tapi tak banyak....

Touching giler citer ni, aku sendiri tak tau sama ada aku boleh buat or sabar mcm Eman blakon dlm citer ni, basuh kencing berak mak dia tetengah malam semua....sedih arrr....Dan2 tu tingat kat orang tua kt kg....(memang la dlm citer ni lakonan semata2, tp aku percaya kt luar sana, tentu ada anak yang semulia itu)....

Morale of the story : Sama2lah kita buat baik kat parents kita, sementara mereka masih hidup.  Kadang2 wang ringgit bukan segalanya bagi orang tua, apa yang penting, jgn kedekut utk tunjukkan kasih sayang kita pada mereka.  Bahagiakan mereka, InsyaAllah, hidup kita beroleh berkat. 

Wednesday, August 24, 2011

Syukur, Aku Masih Bernyawa..

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.  Aku memandu seperti biasa, ketika itu berada di lane kiri utk ke simpang Seputeh.  Betul2 di bawah flyover depan Mid Valley, kelihatan dari jauh sebuah lori berkepala merah memandu perlahan di lorong bas berhenti.

Sebelum itu, sebuah van dari arah kiri memberi signal utk masuk ke laluanku.  Aku memberi laluan.  Ketika itu, hati berdetik, lori ni nak masuk ke tak nak? Satu sbb dia tak bagi signal, dua sbb dia bawak perlahan.  Aku ingatkan dia nak berenti dekat tpt bas selalu turun/ambil penumpang. 

Tup2 ketika posisi keretaku seiring dengan lori tersebut, dia menghimpit utk masuk ke lorongku.  Aku jadi pelik. Aku cuba mengelak ke kanan dan dia makin menghimpit.  Ketika itu, aku tak terfikir utk tukar ke lane kanan atau apa, sbb aku panik dan tak pernah menghadapi situasi begitu.

Tiba2, keretaku bergoyang, aku rs agak berpinar, rupanya keta aku dah dilanggar.  Aku parking kt tepi, dan kelihatan pemandunya seorang Cina tua.  Aku mintak dia bertanggungjawab, tapi dia refuse.  Katanya bukan dia yang langgar.  Aku bertekak dengannya.  Mana boleh aku yang langgar, sbb dia yg masuk lane aku dan tak bagi signal dan teruskan drive wlupun aku sedang berada di laluan aku. Bila aku cuba mengelak, dia lagi menghimpit ke kanan.  Panik punya pasal, aku langsung tak terfikir nak ke kanan.  Tapi kata Epoi, aku should follow my lane, jgn tukar lane sbb dlm keadaan camtu, kita pun tak sure whether lane kanan masa tu safe ke tak.

Katanya lagi, aku ada hak untuk berhenti atau meneruskan perjalanan kerana mengikut undang2, aku berada di laluan yang betul.  Aku minta no tel. pakcik tu tapi dia tergagap2 seolah2 lupa nombor.  Aku minta dia miscall hp aku, katanya hpnya tertinggal di rumah.  Aku cuba hubungi nombornya, tapi masuk voice mail.  Dalam kalut itu, dia boleh ucap Selamat Hari Raya? Katanya dia juga Islam, Cina Muslim, so what? Klu jadi apa2 kat aku n anak aku, ada aku peduli dia Islam ke hapa?  Dan2 tu aku suruh dia mengucap, utk pastikan dia bukan kaki kelentong punya stok.

Aku mintak dia responsible, tp dia refuse.  So aku ckp akan report polis.  Katanya OK saja.  Last2 dia salam aku, n ckp akan call aku balik malam ni.  So aku just tunggu saja.  If takde apa malam ni, esok aku akan buat report.

Perasaan aku bercampur baur, takut, berdebar semua ada.  Nasib kereta tak banyak, buatnya masa aku duk terumbang ambing tadi ada kereta kat lane blakang, tak ke teruk? Dah la aku bwk Haziq, tapi Alhamdulillah, kami selamat.  Keta aku kemek pintu belah kiri and tercalar.  Kata Epoi, maybe dalam RM500 utk repair.  Smpi Haziq ckp, "asik accident jer keta mama kan?".  Nasib dia cool and tak panik dan menangis of whatsoever. Nasib jugak lori tu rempuh kt belakang, masa tu Haziq kat depan.

Bila jadi camni, aku jadi fobia nak bawak kereta.  Tp kata Epoi tu part and parcel bwk kereta.  Malang tak berbau.  Kadang kita tak buat pun kita kena.  So aku akan be more careful and alert to read the intention of other drivers if dorang tak bagi signal.  I hate those people yang tak bagi signal sbb bagi aku orang mcm ni adalah selfish.  Dia tak tau ke signal tu is the most important thing on the road.  That's how you communicate with other drivers!!!

Lastly, harapnya lepas ni takde lagi.  Kalau betul pun umur aku tak panjang, aku tak rela bersemadi di jalanraya.  Biarlah aku bwk keta cam siput, kena hon, drpd jadi camni.  So utk esok and lusa, aku tanak bawak keta. Epoi akan amik pegi balik.  Lepas raya ni jer lah aku start balik.

Ya Allah, selamatkanlah aku dan keluargaku...amin....

Tuesday, August 23, 2011

Orang Terengganu, Apa Dah Jadi

Seingat saya, satu ketika dulu, orang Terengganu tak banyak kontroversi.  Tapi semua itu tidak lagi.   Tiap2 hari, saya tengok berita yang saya sendiri tak sanggup nak tengok.  Bunuh, rogol, liwat, rempit, mercun, byk orang Terengganu sebagai pelakon dramanya.

Saya jadi heran.  Kadang2 sy tengok, ada a few cases yang pesalahnya dilanda kemurungan, sama dengan negeri jiran, Kelantan.  Tapi saya rasa saya faham.  Sebagai orang yang lahir di Terengganu, di luar bandar, kehidupan kami (atau mungkin saya) tidaklah sepertimana kehidupan orang bandar, yang mungkin lebih terbuka dlm menyatakan kasih sayang, terhadap sesama keluarga.

Kami agak sukar melafazkan sayang, contohnya senario berpegangan tangan di kalangan pasangan juga agak jarang kelihatan di sana.  Biarlah orang, tetapi saya cuba menerapkan keterbukaan di kalangan ahli keluarga saya.  Kalau 12 tahun dulu, saya tak pernah cium pipi kedua orang tua, tp semua itu tidak lagi.  Saya peluk ayah saya, sy kucup pipinya.  Sebab sy tak mau menyesal, tidak berkesempatan mengucup mereka, bila mereka tiada di dunia.  Satu masa, saya adalah anak yang agak rebelious, tetapi Alhamdulillah, kematangan mengajar sy agar lebih menghargai kehidupan, lebih menghargai kedua orang tua.  Alhamdulillah, apa yang saya cuba lakukan, diikuti juga oleh adik beradik yang lain, terutamanya yang perempuan, tapi agak sukar bagi adik2 lelaki terutamanya yang di bawah saya. 

Dia suka menyendiri, mungkin dia rasa segan kerana tidak berjaya dlm kehidupan, semua kawan2nya sudah berkeluarga, tp dia tidak walau usianya dah mencecah 30an.  Tiap kali soalan kahwin diajukan, katanya apa nak bagi anak orang makan.  Dia sangat taksub untuk memiliki lori sendiri utk kerjanya.  Dia seorang pemandu lori, tapi katanya pendapatannya akan lagi OK kalau dia mempunyai lori sendiri.  Demi hasratnya tercapai, saya guna nama saya, buat pinjaman puluh ribu, akhirnya hanya 2 minggu lori itu bertahan, tahu2 dicuri orang.  Kini saya menanggung hutang.  Tapi tak apalah.  Cuma yang saya ralatkan, dia jadi segan sejak peristiwa itu, dan juga agak sensitif.  Dia cepat marah, mcm orang dilanda kemurungan. 

Kami juga agak berhati2 kalau ingin berkomunikasi dengannya.  Seboleh2nya tidak mahu menimbulkan kemarahannya, kerana dia sgt mudah terluka.  Apa yang saya ceritakan ini, agak peribadi.  Tapi apa yang ingin saya rumuskan, sifat yang begini memakan diri.  Dia suka mengasingkan diri dengan keluarga dan semua orang seperti musuhnya kerana dia merasa dia adalah seorang 'loser'.  Sedangkan di antara kami semua, hanya saya yg boleh dianggap berjaya. Saya bukannya senang, tapi saya sanggup berbuat apa saja, asal ibu bapa saya gembira, asal adik beradik saya bahagia.  Duit boleh dicari, tp keluarga? Tiada galang gantinya.  Seburuk manapun adik beradik kita, atau seburuk mana pun ibu bapa kita, mereka tetap darah daging kita. 

Berbalik pada kisah adik saya tadi, kata orang, bila kita bersendirian, syaitan suka datang berbisik.  Itulah yang saya takutkan.  Saya harap dia tidak seperti apa yang sy lihat/dengar di dalam berita2 semasa bagi orang2 yang dilanda kemurungan.  Saya berdoa semoga dibukakan pintu hatinya, utk menyayangi keluarganya sebagaimana kami menyayanginya.  Satu ketika, dia agak rapat dengan saya.  Dia boleh tolong kopekkan bawang ketika kami di dapur, dan saya satu2nya adik beradik yang agak rapat dengannya.  Saya rindukan dia seperti dulu.  Oh Tuhan, semoga dia berubah.  Amin.

Sadis :o(

Salam Ramadhan u olls..dah 23 hari kita pose rupanya yer...sy sonot jugak sbb dah bjaya turun 4kg setakat ni..hehhehe...oh ye, siang tadi sy dah amik baju raya, tup2 semuanya gedoboh tang bwh ketiak, dan2 tu sy rasa cam tak mantoppp jer pki baju, alahaiiiii..

Berbalik pada tajuk entry, saya agak terkedu dengan mukaddimah berita malam ini.  Semuanya pasal kes bunuh anak, letak parang kat leher anak, mcm2...Sy sedih bila seorang bapa yang mabuk menolak tiga anaknya yg berumur 2,3 dan 5 tahun ke sebuah kolam ikan.  Katanya nak ajak dema mancing, tup2 ditolaknya anak2 tak berdosa itu.  Saya terbayangkan, mesti anak2 itu terkapai2, dan akhirnya kelemasan.  Terbayang wajah2 anak saya yang umurnya sama seperti mereka.  Sungguh!! Saya tak mampu bayangkan perkara yang sama terjadi kepada anak saya.  Nauzubillah.

Lagi satu kes di Terengganu, gara2 bergaduh semasa dalam perjalanan balik berhari raya ke Kedah, seorang bapa hampir2 menyembelih anak perempuannya berumur 5 tahun.  Menurut isterinya, orang ramai ada yang berhenti, tetapi mereka tidak mampu menghentikan perbuatan suaminya.  Di dalam hatinya, beliau hanya mampu berdoa supaya ada kereta polis lalu di kawasan tersebut.  Alhamdulillah, doanya termakbul.  Anaknya berjaya diselamatkan.  Peristiwa itu juga disaksikan oleh seorang lagi anaknya.  Syukur ke hadrat Ilahi, anak kecil itu selamat.  Namun kesan kelaran tetap ada.  Hati ini menangis.  Kenapa sebegitu rupa manusia hilang pertimbangan.  Sehingga tidak mengenal zuriat sendiri.  Dan saya terfikir, kenapa parang itu disimpan di dalam kereta?

Satu lagi berita, tentang kematian dua beradik ketika balik dari sekolah.  Umurnya 9 tahun dan 6 tahun.  Mereka berbasikal dan dilanggar dari belakang.  Terus meninggal di tempat kejadian.  Saya terfikir, apakah tahap kelajuan kenderaan yang melanggar anak tersebut? Mesti laju yang amat sangat sehingga menyebabkan kematian di tempat kejadian.  Saya doakan semoga ibubapanya ditabahkan hati mereka, dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Air mata tak dpt ditahan ketika menulis entry ini.  Sesungguhnya naluri seorang ibu, sgt tersentuh dengan berita2 sebegini.  Apatah di kala umat Islam hanya tinggal seminggu untuk menyambut lebaran.  Ya Allah, besarnya dugaanmu terhadap mereka. 

Semua ini membuat saya sangat2 sedih dan sayu.  Saya berdoa, semoga anak2 kita, keluarga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya dan jauhkanlah kita dari malapetaka.

ps: Selepas berbuka tadi, saya hubungi ibu di kampung.  Katanya dia sesak nafas Subuh tadi, dia betul2 takut.  Dalam hatinya hanya ingatkan mati pada ketika itu.  Sy sangat risau, moga semuanya selamat.  Amin.

Monday, August 22, 2011

Cookies Time!

Hari ni aku EL.  Anak2 demam.  Agaknya pasal Jumaat ari tu Haziq kena hujan time gi Bazar Ramadhan kot.  Jumaat ari tu dia puasa smpi la time aku amik dia.  Kebetulan smpi umah awal dlm kul 530, Epoi pun blom amik Dhia lagi, so ktorg pakat g Bazar Ramadhan (so takyah masak ari tu).  Tup2 smpi sana, ujan lebat masa jalan2 tu, payung plak tak bawak, so blari2 kambing la ktorang.  Haziq plak terus rambang mata nmpk kuih, beria dia mkn kuih apam lps tu...abis pose ari tu.  Yang aku suke kt skolah Haziq, sepanjang bulan pose ni, dema tak bagi breakfast segala.  Makan tghari lepas smayang Zohor.  Katanya nak melatih budak2 puasa.  Which I think is good.  Nmpk Haziq pun boleh tahan.  Oh ya, berbalik pasal ujan tadi, balik tu terus Haziq kena demam, n selsema teruk, smpi luka hidung kt bawah duk asik tonyoh lap hingus, batuk pun teruk, terus Dhia berjangkit, tu aku tak smpi ati nak hantar ke bbsitter..Segan gak nak EL, tambah2 baru seminggu report duty, tapi aku tolak tepi semua tu, coz my family is my everything.

Back to citer ari ni..petang tadi lps setelkan anak2..nmpk dema pun Ok lps makan ubat, bagi dorang tgk TV n aku mengerjakan biskut kt dapur.  So hari ni dapatlah Cornflakes Madu ngan biskut Suji.

Sedapnya biskut Suji tu, giler cair di mulut.  Dulu aku penah buat, resipi dgn tepung suji segala, tp hasilnya, hampeh.com..so today aku just guna resipi sempoi amik kat internet...adun tepung gandum ngan minyak sapi jer, bakar pastu golek dlm gula halus..siap!!! Dua tiga kali gak la budak2 ni ngangkut, smpi tinggal sekerat bekas kuih aku..sabar jer la..haruslah wat adunan tambahan...malam tadi, aku try la wat Biskut Coklat Cip...tapi hampeh...rupa cm biskut bantat pun ada, ishhh..sakit ati dennnn..takpelah, pasni malas nak wat biskut moden ni, nk wat biskut kg jer...so esok godek lagi kot....

Itu saje kali ni..semoga ketemuk lagi.

P/s: Oh, rutin pekerjaan di tpt baru sgtlah berbeza, dan sy rasa bahagia! Kerana tidak dikejar deadline lagi...Alhamdulillah...

Tuesday, August 16, 2011

Langit Tak Selalu Cerah

Semalam aku dapat SMS from one of my close friend masa skolah menengah.  Dia citer pasal salah sorang kawan rapat time skolah menengah dulu.  Kawan aku yg sorang ni, mmg aku rapat, in fact family dia pun mmg dah jadi cam family angkat aku. Tup2 kata kawan aku yg SMS ni, kawan aku yg itu dah bercerai dua bulan lepas. Now stay kat umah mak dia with her 3 kids.

Aku sedih bila dgr citer tu, sbb aku masih terkenang teman dorang dating masa zmn skolah dulu. Their love stories seems to be so sweet and yet, I never expect it will end like this. Dorang kenal masa ktorang blatih Dikir Barat masa form 5.  Her ex used to be one of the trainers for Dikir Barat.  Tak sangka, cinta mereka berputik sejak itu.  Aku selalu jugak jadi teman dating kat library kampung.  Kawan aku ni tak pandai bawak motor, so aku lah jadi supirnya.  Dia kawin masa umo dia 19 ke 18, camtulah.

Katanya skang kawan aku ni buat kuih utk hantar ke bazar Ramadhan, siannya kat dia. Dia sebelum ni full time housewife. Aku tak tau nak berdepan camne ngan dia, mesti dia sedih.   Raya ni aku n kawan sorang lagi, pakat nak ke rumah mak dia, sbb aku pun dah lama tak ke sana.  Tp aku sgt2 tak tau camne nak berdepan ngan dia, aku takut aku nangis.

Semua ni kadang2 buat aku terfikir, life is something which is unpredictable.  Hari ni ko happy, esok belum tentu ko happy.  Maybe hari ni kita ada a great family, a great husband, a great kids, tp kita tak tau esok lusa adakah ianya masih akan semanis sekarang? Kata orang, jgn letakkan 100% kepercayaan dekat suami, jangan cerita everything kat suami, mesti ada part yg ko simpan for yourself. But how do u measure the percentage? Aku betul2 tak reti part ni and inilah kelemahan aku.  Aku tak reti nak berahsia dgn husband, sbb he's my best friend, my everything.  Dialah teman aku suke, teman aku bersedih, and I cant never imagine if he betrays my love, sbb susah senang masa nak mulakan kehidupan dulu, kami lalui bersama.  Aku doakan semoga cinta kami, kekal ke akhir hayat.

Utk kawan MC, aku harap dia tabah.  Langit memang tak selalu cerah, tapi percayalah, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi.  I'll pray the best for you MC.

p/s: Aku rs sebak masa tulis entry ni, sbb aku sgt2 kesian kt kawan aku tu.  Bukan mudah utk menjaga 3 anak kecil (yang paling kecil umur setahun lebih) dengan tak ada kerja.  Oh Tuhan! Kau murahkanlah rezeki sahabatku itu, tabahkanlah hatinya.  Amin.

Kenangan Raya Time Kecik2

Salam Ramadhan kawan2...tup2 kejap jer dah 16 hari kita pose.  Lagi dua minggu dah nak raya.  Weekend ari tu gi Carefour, sekali jumpe la tanglung Mickey Mouse.  Budak2 dah melekat kat situ, so terpaksa la beli.  Aku malas nak wat muka hak hogeng kat situ. 

Malam tu main la...tp yer lah...main kat bandar, mana la nak sehappening kat kg kan?  Dulu masa aku kecik2...sure kumpul duit nak beli lilin, bunga api semua.  Masa tu tanglung dlm kategori mahal kot...so apa aku n de geng buat? Kitorang tebuk tin Milo or apa2 jenis tin, letak lilin kt dalam tin tu (posisi tin adalah secara mengiring bagi menampakkan cahaya lilin tu)  Pastu letak kayu n sangkut kat tali yang ktorang tebuk tin tadi tu....itulah dia  'tanglung' ktorang....happening tak?  Ktorang jalan ramai2 satu kampung, sonot giler ah..Pastu lilin kecik2 yang kale macam2 tu ktorang akan pasang satu umah, normally kat pagar rumah dan jugak pokok2 yang berkaitan (dulu aku biasa wat kat pokok pelam, tp now pokok tu dah takde sejak umah ktorang di expandkan....)

Bila dah umo camgini, sgt terkenang keriangan hari raya dulu.  Dulu time bujang, akulah yang akan buat semua biskut kat umah, tp versi biskut aku bukan la cam biskut moden orang bandar, abis moden pun biskut cornflakes la....biasanya aku buat biskut kelapa (masa tu takde istilah beli kelapa kering siap2 tu, goreng kelapa manual nyah!! Tp rasa dia lagi nikmat dari kelapa kering tu)...pastu wat biskut kacang tanah, biskut kacang hijau, tu jer la kot...ganas2 takder la, balik2 pakai bahan sama.  Nak kata ada coklat segala, nan hadooo!! Maklumlah, mak kan orang susah.....Masa tu pakai oven Butterfly yang kaler hitam tu...kadang tu smpi hangit2 biskut aku ngn kakak duk nunggu smpi dua tiga pagi...bila dia dah kawin, aku la wat sorang2...nak kata pakai adunan bertimbang segala, nan hado...aku sukat pakai cawan jer, tp skang dah tak reti sgt dah...skang beli jer, tp tahun ni rasa nak buat sket, takat biskut cornflakes n biskut2 kampung tu, wat sendiri jer lah...lagipun aku balik raya lambat, sebab Isnin Epoi still lagi kena kerja.

Hari raya masa aku bujang sgt memenatkan, sbb aku merangkap bibik sepanjang zaman kat umah.  Nak pakai baju lawa2 pun tak berbaloi, asik singsing lengan kat dapur, membasuh pinggan.  Paling tak tahan, bila budak2 dtg, nak duit raya jer, air kita hidang pun tak minum, buat penat ahkak jer..skang sejak dah kawin, tugas2 tu adik bujang amik, tp yer lah, yang bujang pompuan dua orang jer, si bongsu tu mmg liat sket, so si kedua bongsu la yang berhempas pulas bab mengemas.  Aku sejak2 dah tua ni, keja masak jer la, tp klu menu berat2, aku ke laut lagi lah...smpi skang aku masih tak pandai wat nasi dagang!  Eh byk plak termenceceh...

So tu saje kali ni.  Next time citer lagi.  Lately ni rasa bila menulis tak ceria, adakah aku masih dilanda kemandoman?