Thursday, July 12, 2012

Mari Membebel!

Assalamualaikum u olls..Ya Allah, ngerinya dengar tajuk I kan...I pun ala2 ngeri gituk nak membebel..tp lantak la..nak bebel gak ari ni..yang tak bestnya..bebel pasal keja...OME...ini ferkara termasuk dlm senarai yang I xmo citer kt blog..tp gerammss punya pasal..I redah kasi pecah...
 
Alkisah....ada dua tiga kes gak la nak citer..jgn tertido plak yer...tadi tgh syok2 layan keja, design kontrak, tetiba Bos message suh g meeting yang ktorang tak dipanggil pun sblm ni..since bos xleh g, aku g la..dlm hati, cuak gak. Apa benda yang nak ditanya pun tak tau, dah la meeting ngan Academician/Researcher power2 plak tu, maklumlah, orang dapat geran juta2...cuak la den...
 
Skali pegi tu kena sembur daa...and yang kelakar soalan plak ala2 tak berapa cerdik...jadi aku rasa mcm nak sound jer .."Well..it's not my fault if you're stupid"..tp xkan la I nak jadi stupid camtu kan..professional la bro..jadi I senyum..n jawab sehabis baik...oh ada satu part tu lagi best, dia tanya soklan tu ala2 follow up status application to program bwh my Unit ni which is 2 years ago!!! Aku masa tu tak dpt detect psl tu psl I'm not even in that Unit before. Bila aku balik check kt ofis, rupanya permohonan tu ala2 dah dua tahun lepas nyah!...aku macam nak ckp "HELLO!!!!Bijak nyer u ni...nak membebel benda dua tahun lepas apa kes??? In fact masa tu ko geran juta2 pun blm dapat, jadi apa motip ko nak timbulkan isu tu skang???" Boleh?? (sambil urut2 dada orang sebelah menahan sabar).

Pastu ada la sorang lagi ni plak, datang approach I personally...n ala2 memberi 'ceramah' kat I psl our program..betapa dia berjauh hati dengan our program, "I send email x pernah reply"...and cakap what we did for our candidates are not enough..."they are brilliant people, so you have to treat them as gifted people. Nnt I email nama buku tu psl how to treat gifted people etc, so that U boleh baca n nilai"...Aku senyum jer..aku ckp saya take note psl perkara ini and nnt saya sampaikan pada boss saya. Bagi aku orang mcm ni, adalah kurang bijak. Cakap mcm orang bijak, tapi tidak. Kalau betul you rasa nak betulkan sesuatu, talk to the right person. Meluah boleh, tapi biar kena tempatnya or orangnya.

Kalau nak bagi feedback, of course you are most welcome! Tp jgn ckp belakang sama2 sendiri, cakap kepada orang yang betul supaya tindakan dapat diambil. Itupun nak kena cakap ke, bukankah kamu itu orangnya bijak pandai? Dunia oh dunia!

Lagi satu citer tentang orang yang memandang tinggi kpd org yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi...ecehhh...ngeri dengar statement...aku ni bukan jenis orng yang menilai sijil2 mak nenek ko..aku paham ko susah payah blajar, haruslah kena dipandang tinggi sijil2 ko yang meriah bagai tu kan....tp prinsip aku...klu ada degree, master, PhD berkepuk2 pun, tapi sikap/attitude tidak menunjukkan darjat (kelas ko..darjat gitu) yang tinggi....jawapannya nan hado jugak lah...

Ni ala2 citer mcm, orang yang pandai cakap, x pandai wat keja. Tp ramai orang tertipu dengan orang-orang camni, hakikat he..kerjanya..ya ampun...sangatlah dia tidak bertanggungjawab terhadap kerjanya..tapi sebab dia hanyalah pandai bercakap, pandai mengiyakan kata2 bos 24 jam, maka dialah yang dipandang mulia. Lumrah dunia. Orang macam ni rezeki dia dalam kerja, sangat cerah. Cepat naik, dipuji melangit. Pendek kata, semua yang indah itu milik dia..ni aku kategorikan sebagai yang terindah hanyalah sementara sebab kalau rezeki tu panas, esok2 kena gak.

Tapi lantaklah itu semua, sebab bagi aku, rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T, bukannya sebab ko pasang kipas, aircond etc. Kalau rezeki ko, rezeki ko lah. Klu bukan rezeki ko, dah masuk mulut pun leh kuar balik. Ingat tu yer Rogayah sekelian...
 
Lagi satu prinsip aku, seseorang itu akan dipandang mulia sekiranya mempunyai pakej2 berikut:
 
1. Ada kelayakan + good attitude = Sangat bagus
 
2. Xde kelayakan + good attitude + boleh buat kerja + creative thinker + inovative = totally a bonus for an organization.

Aku sangat pandang tinggi kepada orang2 yang xde kelayakan akademik menjulang, tapi punya semangat yang tinggi, tidak rasa rendah diri terhadap kekurangan diri, yakin diri boleh berjaya dan paling penting, berusaha utk menjadi yang lebih baik setiap hari, itulah sebenarnya orang yang cemerlang pada pandangan mata sepetku. Lain pada tu...kim salam!!

Jadi sebagai penutup ceramah bebas I hari ni, marilah kita berusaha ke arah kebaikan dan jangan biarkan perkara-perkara negatif menggangu diri kita. Anggaplah ianya sebagai kentut, busuk masa tu, pastu berlalu jua...marah masa tu, abis kat situ jer...jgn difikir, buat semak. Hidup perlu diteruskan. InsyaAllah..Allah itu maha adil! Amin...


Tuesday, July 3, 2012

Kasihnya Orang Tua...

Asm. u olls...

Dua minggu lepas aku balik kampung (Trg) sbb nak attend majlis kahwin sepupu...sesampainya kt kampung, aku ada ckp kt ayah aku, aku tingin nak makan ulam petai rebus cicah sambal durian....dia cakap nanti belilah petai tu, balik dari kenduri tu kalau nak makan...

Since memang dah jadi tradisi kalau jumpa adik beradik sejak tua2 ni, mmg tak ingat dunia, asik borak jer kejanya, aku langsung tak singgah kedai balik dari kenduri tu, sbb penat pun ya sbb aku sampai kampung dalam 9.30 pagi, gi kenduri terus tengahari tu....

Aku tak kisah sgt psl nak makan sambal durian n petai tu sbb kat KL pun senang nak jumpa, cuma aku tak berkesempatan nak buat lagi....tibalah di hari aku nak balik tu, aku balik paling last.  Kakak n adik aku balik awal sehari sebab dorang dah cuti awal sehari dari aku.

So aku ingat lepas makan pagi tu terus nak gerak sbb fikir balik umah nak lipat kain (aktiviti ujung minggu kena lipat kain, klu tak jiwa tak tenteram, sbb kalut balik kg Jumaat ari tu, tak dan nak lipat)...so anak2 dah mandi sume..tinggal aku nak siap..

Masa lps makan pagi tu, ayah aku kata nak ke ladang kejap, so aku duk kemas beg, mandi anak2 semua...tup2 dah siap tu, tinggal aku nak mandi, ayah aku balik siap beli petai, durian, ikan kerapu sume...katanya since aku kata nak makan ari tu, dia belikan takut aku teringin.  Lps makan tghari baru balik katanya...

Aku sgt terharu sbb tak sangka ayah aku ingat camtu sekali...terasa kasih sayangnya orang tua sedangkan dia masa muda dulu garang yang amat...tapi sejak dah tua ni aku boleh bersembang hatta ari2 sakit pun duk citer kt dia...aku kesian kt ayah aku sbb lately dia sakit..dia sakit kencing manis, tp takut nak g hospital..takut kena cucuk katanya..dia selalu sakit urat, kadang tu mak aku citer, nak bukak pintu keta pun siksa....

Nengok ayah aku bersungguh tu, terus aku berdentum dentam ngan mek aku ke dapur, aku xde la masak beria sbb mek aku giler laju masaknya.  Takde la apa sangat pun, singgang ikan, goreng ikan, tumbuk sambal durian, rebus petai...tapi aku makan sampai tiga kali tambah...anak kali ni mmg selera kampung betul..klu Haziq n Dhia dulu more pada western, tapi yang ini, dapat mkn budu hari2 pun OK.  Memang selera orang kampung yang amat..

Masa aku makan tu, Dhia xnak makan lagi.  Katanya nak makan bekal (feeling ala2 berkelah konon)..sbb sebelum ni klu aku balik kul 4 pagi, aku akan bawak bekal cam sandwich, nasi goreng and air panas...pastu makan kt RnR tepi keta..anak2 suke sangat mcm tu...excited dorang...so ari tu since Dhia x join makan sekali, dia suh aku bwk bekal...nasib aku terasa nak bekalkan sbb kadang dia ni kurang nak mkn nasi..sekali beria ko dia makan nasi tu, lauk kuah ikan singgang ngan ikan goreng jer pun...jom layan sedas pic dema makan ni...aku benti kat RnR Lanchang sbb Dhia nak makan bekal katanyaaa....

Oh ya...sebelum penutup, moral dari citer aku ni, nak ckp yang kasihnya orang tua terhadap anak ni kan....takde penghujung...wlu anak tu dah tua reta pun, selagi boleh, setiap keinginan anak tu cuba dipenuhi oleh orang tua...mcm dlm kes aku, simple sangat, tp tacingnya dia..boleh wat aku nangis...sbb aku tak sangka ayah aku prihatin camtu skali...masa kecik2 aku selalu ckp ayah tak sayang aku, sbb ayah aku orang kampung, dia tak reti tunjuk kasih sayang, tp dia sayang anak2 dia...tp anak2 tak tahu....dia nak suh anak ajak kawan makan pun mcm nak ajak gaduh...tgelak aku tgk dia ari tu....muka giler garang, skali nak ajak kawan adik aku makan..sabar jer lah..apapun, aku sangat sayang kat ayah dan mek aku...




Friday, June 22, 2012

Bubur Lambuk Che Maz

Wah..skali datang mood nak berblog, berkoyan2 aku tulis.  Igt tadi nak balik, laki x smpi lagi.  Godek2 pic kt PC, rupanya byk story mory diperam di situ...

X lama lagi dah nak masuk bulan Romadhoonnn...so yang femes haruslah Bubur Lambuk kan..sebagai org Terengganu tegar, tekak saya hanya boleh terima bubur lambuk Terengganu..maka saya telah menggunakan segala sumber mumber yg ada, utk menghasilkan bubur lambuk di perantauan...

Yang bestnya, menjadik, n saya x perlu tunggu mood Romadhooon utk masak bubur ini sbb suami saya juga menggemarinya...jadi saya masak bila2 saya teringin...meh layan bubur yang saya dah hasilkan...n sy share resipi sekali....

Taraaaa!!!!



 Harus letak sambal (ni sy tumbuk ngan garam sikiittt je)

 Nak sedap, tuang kicap manis secukup rasa.

 Gaul sebati....

Sedia utk dingappp...

Bahan-bahannya:

1 cawan beras (utk 3-4 orang makan)
*3-4 ekor ikan sardin/kembong segar (klu ikan kecik letak banyak sikit) - direbus (saya masuk microwave je tiga minit, letak air skit, garam kasar n asam keping)
Segenggam ikan bilis
*3-4 ulas bawang merah
*Sedikit halia
*2 batang serai
1 atau 1/2 kotak santan MS (sy pakai sekotak utk lebih lemak dan berkolesterol)
1 kiub ikan bilis
2-3 sdb kerisik
1 sdk lada hitam ditumbuk kasar
sedikit budu (jika mau lagi umphh) - Klu tak makan budu, letak sos ikan pun boleh. Tak letak pun tak apa.
2 biji ubi kentang (dipotong kecil)
1 biji ubi keledek manis (dipotong kecil) - optional
Sayur (pucuk ubi, daun kesum (wajib), pucuk paku merah(org Trg panggil Pucuk Niding), daun kaduk, pucuk paku) - memandangkan saya duduk di perantauan, saya jarang jumpa Pucuk Niding n bahan2 pun beli kt Pasaraya, jadi utk ganti sayur2 ni, saya cuma amik Daun Kesum seikat and Kangkung, pon sodappp)

*Kisar

Sambal

*Cili padi ikut suka hati
*Garam sikit gila (ini utk hilangkan bau cili tu n cili boleh simpan lama klu letak garam, klu tak cpt bkulat)

*Tumbuk

Cara-caranya:

1. Jerang beras.
2. Setelah mendidih, masukkan bahan yang dikisar (ikan yang dah direbus, bawang, serai n halia)
3. Masukkan kiub ayam, ubi kentang n keledek, kerisik, lada hitam n budu. Biar sehingga empuk.  Masukkan santan.
4. Kacau rata.  Pastu bila dekat2 nak masak, masukkan sayur.
5. Siap!!!

Cara makan:

1. Letak bubur dlm mangkuk.
2. Letak sambal cili (utk anak2 xyah ler...kang tebal lak bibior dema)..
3. Tuang kicap manis sesedap rasa (jgn byk sgt, nnt ilang keoriginalan bubur, saya letak 3-4 titik jer)

Selamat menjamu selera!

Anak2 Dominan Emosi

Wah..tajuk cam pakar motivasi plak...sebenarnya dah lama nak wat entry ni...x ingat bila dlm dua minggu lepas kot saya baca dalam Mingguan Wanita ruangan apa ye, lupa (kerap beno lupa lately nih)...

Tapi artikel tu sy sangat suka sbb membantu saya mengenal anak saya....ceritanya tentang anak2 yang mempunyai kekuatan emosi/ dominan emosi...anak2 mcm ni sangat kaya dengan kasih sayang, mendengar kata dan pendek kata mmg baiklah...

TETAPI, mereka ini sangat kurang keyakinan diri, cepat merajuk, hendakkan perhatian lebih dan kawasan2 sewaktu dengannya.  Anak2 sebegini tak boleh ditegur dengan kemarahan tetapi dengan nasihat dan penuh kasih sayang....

Bila difikir2, saya terfikir, anak saya si Haziq, inilah ciri2nya....sejak dia buat perangai emosi dulu, pendekatan saya ialah dengan nasihat kalau nak tegur dia n saya akan cuba tidak meninggikan suara...memang sangat berkesan dan dia byk berubah...rupa-rupanya mcm tu cara nak didik anak2 yg ada kekuatan emosi ni...

Jadi pada kawan2 yang ada anak camni, yang mudah menangis, cpt sensitif, mudah merajuk, tukarlah cara pendekatan kita pada mereka, esp klu nak marah or menegur..in fact dlm mengajar buat keja skolah pun, kita kena pandai main emosi n jgn tinggi suara or pegang rotan atau apa2 utk anak2 jenis camni...nasihat cara baik, itulah penawarnya...(rs bercakap ni cam ada pengalaman anak sepuluh orang plak)...

Saya hanya nak berkongsi dari segi pengalaman dan juga pembacaan (err..bukan tunjuk pandai ya).  Saya tau, ada parents kt luar sana yang pegang rotan, baling buku anak bila anak takleh buat keja skolah (melalui pembacaan masa blogwalking)...n sy sgt terkejut, nak pula bila ciri2 anak tu sama cam anak yang kekuatan emosi ni, jadi sangatlah bagus klu kita fahami anak kita n cuba approach yang terbaik.  Semua ibubapa kt dunia ni nak jadi mak bapak terbaik kan? Apapun saya sentiasa belajar dari kesilapan utk menjadi ibubapa yang terbaik utk anak2 saya (tp segarang2 saya, sy tak penah pgg rotan time ajar anak or baling buku bila anak takleh jawab...x smpi hati...)..

Sambung sikit lagi, citer psl rotan, dulu sy penah beli rotan utk didik anak.  Tp saya tak tak penah pukul anak ngan rotan sehinggalah suatu hari, saya telah merotan Haziq kerana geramkan sepupunya sedangkan Haziq x salah.  Sampai berbirat dan saya menangis menyesal...terus sy buang rotan sejak hari tu dan Alhamdulillah, saya rs sgt happy dgn keputusan itu...oh ya, lagi satu, saya suka juga tgk peribadi anak melalui tarikh lahir Islam n bulan kelahiran (Fadzillah Kamsah) tu, bukannya sebagai perujuk utama, tapi itu pun salah satu cara utk kenal personaliti anak2.  Bukan anak2 jer sy applykan benda ni, husband ke, mak bapak ke, kawan2 ke...n mostly mmg betul..jadi mudahlah la kita nak adjustkan diri dgn sifat or keperibadian mereka2 itu...

Sehingga bertemu lagi, nak balik dulu, nak packing, esok kul 3 pagi nak balik Trg...assalamualaikum..



Thursday, June 21, 2012

Lagu awwah awwahhh..

Sempena bulan Sudirman ari tu, suami saya telah gigih membeli CD koleksi terbaik Sudirman...dalam byk2 lagu...saya suke lagu Pulang dari Kilang yang awwah awwah tu....rupa2nya anak saya pun minat sama...beria hafal lagu, asik kena ulang bkali2 dlm keta everytime pg keja n balik keja...

Yang tak tahannya, Dhia smpi sengau2 nyanyi lagu tu..sabar jer lah...Haziq pun suka sangat...kebetulan masa tengah nyanyi, nampak ler komuter....saya dah lama berjanji ngan anak2 nak bawa naik komuter, dari duk kt Seputeh sampai la dah pindah Shah Alam, tapi masih belum berkesempatan...so masa nampak komuter tu terkeluar lah dialog Dhia camni..

Dhia : Mama, bila kita nak naik komuter? Naik keta dah, bas dah, feri dah, kapalterbang dah...keretapi je belum...

Mama : Untung lah Dhia ngan Haziq, kecik2 dah dpt naik keta, bas, feri, kapalterbang.  Mama dulu dah tua br nak rasa naik keta, klu tak, naik vespa aka ayam bapak atuk jer lah...

Tau apa Dhia jawab?? Sangat spontan sejurus setelah saya menghabiskan ayat...

Dhia: Padan muke (dengan muka selamba)...

Saya terkedu....dalam hati...oh anakku....kecik2 nmpk cute, klu orang tak biasa, nampak kurang sopan (tapi tak boleh salahkan anak klu maknyer pun mulut lebih kurang..huhuhu...)...

Tetapi, tidaklah keselambaan dia itu menjadi ukuran utk saya mengatakan dia anak yang kurang sopan, biasalah manusia, ada lebih ada kurang, semoga kita semua dapat menjadi ibubapa yang terbaik...amin....


Semoga Dipermudahkan Segalanya....

Asm. u olls...selamat bersiaran...

I hari2 belek blog kengkawan, tp mood nak menulis, ya ampunnnn...sedeyyy...hari ni dpt berita gembira...tp xleh nak gembira sgt sbb skang br langkah pertama...

Alkisahnya saya mohon cuti belajar Hadiah Latihan Persekutuan, masa nak apply ari tu byk duri dan ranjau sbb mana nak sibuk ngan keja, mana nak browse program nak sambung, mana nak wat proposal..akhirnya proposal sy siap juga (buat lepas keja dlm kul 5.30 petang -7.00 petang) n esoknya nak kena upload dah....

Tu pun kisah nak upload n kelulusan pun byk citer, tp xleh nak citer kt sini...saya tak berharap sgt, klu dpt panggil temuduga pun dah Alhamdulillah...tup2 18hb Jun sy dapat call kata suh check result interview Jumaat bersamaan hari ni...Alhamdulillah...dah check hari ni, lepas ler utk interview minggu depan...tak tau nak prepare apa, hafal proposal n goreng jer kot...mana la tau rezeki baby kan...saya sgt percaya pada rezeki anak....sbb dlm hidup saya, dengan setiap kelahiran bg dua cahayamata skang, sy nampak apa yang dikatakan rezeki anak....

Jadi, doakan saya ye kawan2....kalaulah dapat, sangatlah bahagia rasa di hati, bukan pasal nak mengejar segulung ijazah, tapi bagi saya ianya lebih kepada serampang dua tiga mata....tapi takleh citer lagi apa serampang tak serampang, selagi temuduga tak lepas n result pun tak tau...kang terlalu bercita2 bahaya, apapun, kesimpulannya, cita2 utk sambung blajar ni datang mengejut (tak pernah terfikir nak sambung sbb malas), tp yang penting, ianya akan memberi kesan kepada diri saya dan keluarga terutamanya dengan kehadiran si kecik nanti...


Wednesday, June 13, 2012

Ikan Gulung

Asm. u olls..

Lama x bersiaran...sibuk keja plus mood nak ngomel takde...rasa cam dah boring giler blog aku ni ..cam blog orang menapaus jer rasa....Baca sdiri pun boring..apatah lagi org lain kan...heheheh

Sajer tingat kisah Dhia and Ikan Gulungnyer...

Situasi : Dhia pakai seluar masa nak tido malam.  Sekali dua2 kaki dia sarung kt sebelah seluar jer...so kaki dia jadi kuncup gitu....lalu...

Dhia: Mama, tgk kaki Dhia ni, cam IKAN GULUNG kan?

Mama : Ikan gulung?? Ikan duyung la yah oiiiii....(aku saje panggil dia Yah la..Gayah la...ngekek dia klu aku panggil Yah..nama klasik gituk)


Hehe...sekian saja drama ibu dan anak hari ini...tima kasih.

p/s: sangat rindu time anak2 kecik2 n ckp pelat2. Haziq tak pelat, tp Dhia agak pelat.  Tingat dia punyer versi nak gule2...ATE MA..TULE2 TAT ATAS TITU....(ada ma...gula2 kt atas situ...)...dgn debab2nya masa tu...gerammmm...


 Alwiz act like kakak..now dah sama besar ngan Haziq dah...masa ni design rambut versi topi keledar...

Hiyahhh...jaga2 abah..Dhia nak lompat nihh!

Comey tak Dhia mama?? Now anak mak dah gugurl tauuu...dewasa gituk!