Tuesday, July 3, 2012

Kasihnya Orang Tua...

Asm. u olls...

Dua minggu lepas aku balik kampung (Trg) sbb nak attend majlis kahwin sepupu...sesampainya kt kampung, aku ada ckp kt ayah aku, aku tingin nak makan ulam petai rebus cicah sambal durian....dia cakap nanti belilah petai tu, balik dari kenduri tu kalau nak makan...

Since memang dah jadi tradisi kalau jumpa adik beradik sejak tua2 ni, mmg tak ingat dunia, asik borak jer kejanya, aku langsung tak singgah kedai balik dari kenduri tu, sbb penat pun ya sbb aku sampai kampung dalam 9.30 pagi, gi kenduri terus tengahari tu....

Aku tak kisah sgt psl nak makan sambal durian n petai tu sbb kat KL pun senang nak jumpa, cuma aku tak berkesempatan nak buat lagi....tibalah di hari aku nak balik tu, aku balik paling last.  Kakak n adik aku balik awal sehari sebab dorang dah cuti awal sehari dari aku.

So aku ingat lepas makan pagi tu terus nak gerak sbb fikir balik umah nak lipat kain (aktiviti ujung minggu kena lipat kain, klu tak jiwa tak tenteram, sbb kalut balik kg Jumaat ari tu, tak dan nak lipat)...so anak2 dah mandi sume..tinggal aku nak siap..

Masa lps makan pagi tu, ayah aku kata nak ke ladang kejap, so aku duk kemas beg, mandi anak2 semua...tup2 dah siap tu, tinggal aku nak mandi, ayah aku balik siap beli petai, durian, ikan kerapu sume...katanya since aku kata nak makan ari tu, dia belikan takut aku teringin.  Lps makan tghari baru balik katanya...

Aku sgt terharu sbb tak sangka ayah aku ingat camtu sekali...terasa kasih sayangnya orang tua sedangkan dia masa muda dulu garang yang amat...tapi sejak dah tua ni aku boleh bersembang hatta ari2 sakit pun duk citer kt dia...aku kesian kt ayah aku sbb lately dia sakit..dia sakit kencing manis, tp takut nak g hospital..takut kena cucuk katanya..dia selalu sakit urat, kadang tu mak aku citer, nak bukak pintu keta pun siksa....

Nengok ayah aku bersungguh tu, terus aku berdentum dentam ngan mek aku ke dapur, aku xde la masak beria sbb mek aku giler laju masaknya.  Takde la apa sangat pun, singgang ikan, goreng ikan, tumbuk sambal durian, rebus petai...tapi aku makan sampai tiga kali tambah...anak kali ni mmg selera kampung betul..klu Haziq n Dhia dulu more pada western, tapi yang ini, dapat mkn budu hari2 pun OK.  Memang selera orang kampung yang amat..

Masa aku makan tu, Dhia xnak makan lagi.  Katanya nak makan bekal (feeling ala2 berkelah konon)..sbb sebelum ni klu aku balik kul 4 pagi, aku akan bawak bekal cam sandwich, nasi goreng and air panas...pastu makan kt RnR tepi keta..anak2 suke sangat mcm tu...excited dorang...so ari tu since Dhia x join makan sekali, dia suh aku bwk bekal...nasib aku terasa nak bekalkan sbb kadang dia ni kurang nak mkn nasi..sekali beria ko dia makan nasi tu, lauk kuah ikan singgang ngan ikan goreng jer pun...jom layan sedas pic dema makan ni...aku benti kat RnR Lanchang sbb Dhia nak makan bekal katanyaaa....

Oh ya...sebelum penutup, moral dari citer aku ni, nak ckp yang kasihnya orang tua terhadap anak ni kan....takde penghujung...wlu anak tu dah tua reta pun, selagi boleh, setiap keinginan anak tu cuba dipenuhi oleh orang tua...mcm dlm kes aku, simple sangat, tp tacingnya dia..boleh wat aku nangis...sbb aku tak sangka ayah aku prihatin camtu skali...masa kecik2 aku selalu ckp ayah tak sayang aku, sbb ayah aku orang kampung, dia tak reti tunjuk kasih sayang, tp dia sayang anak2 dia...tp anak2 tak tahu....dia nak suh anak ajak kawan makan pun mcm nak ajak gaduh...tgelak aku tgk dia ari tu....muka giler garang, skali nak ajak kawan adik aku makan..sabar jer lah..apapun, aku sangat sayang kat ayah dan mek aku...




6 comments:

Angah said...

begitulah kasih org tua....terharu aye baca citer mu ni Maz...

Ms Pearl said...

kasihnya ayah......

Mazni said...

tula Kak Ina...ayah orang kampung..

Hani: ari tu aku g makan kt Wash ur Gossips, aku sebut psl ko, tokey tu mmg igt korang n puji Marissa semua, siap anak tokey tu tanya aku, are u Kak Mazni? dasat ko joyah nyah...

Ms Pearl said...

hahahahahha matilah!

that girl read my blog.
and if you remember i wrote your name in tu yang dia tau kot?

what you guys makan that day?

A m m i said...

waaaa sedih baca entry ni.

how i miss my Aca. Semoga tenang disana

Mazni said...

Hani: Mkan nasi goreng WUG,chicken chop, mee goreng mamak n mushroom soup.

Sheila: Alfatihah..aku harap kita semua dpt terap kasih syg kt anak2 smpi terkesan di hati depa...mak bapak mana x sayang anak kan..