Thursday, July 11, 2013

Resipi Sambal Sardin Cili Padi

Assalamualaikum yuholls...

Hoh berani mati la I letak resipi tengahari di bulan Romadhooon ni kan...tapi...mana le tau leh jadi idea untuk bukak pose kan..I ni jenis masak simple..maklumlah..working mommy katanya...tp menu nak share ni..anak ahkak tak suke..plus pedas hover sangat.  For those yang suka pedas, sila cuba ya.

I janji, rasanya memang meletopsss...Ini adalah rekaan semata menggunakan semua sumber yang ada di rumah.  Versi main course plus sayur (2 in 1)..seswai itu ibuk2 cam ahkak...as usual..layan pic jom (err...pedih perut lak rasa tgk pic ni).


BAHAN-BAHAN:

1. 1 tin sardin (Cap Ayam yang gemuk pendek tu)
2. 5-6 ulas bawang merah*
3. 2 ulas bawang putih*
4. 5-7 biji cili padi*
5. 1 sdb cili kering dikisar
6. 1-2 biji terung dibelah 4
7. 5-6 biji tomato ceri
8. 1 asam keping/air asam jawa 
8. Garam dan gula secukup rasa
9. 1/4 cawan air (utk bagi terung tadi masak sket)
*dikisar

CARA-CARA:

1. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan cili kering yang dikisar dan gula (anggaran 1 sdk). Masak sehingga keluar minyak.
3. Masukkan terung and kacau hingga separuh masak (masukkan air sikit jika perlu)
4. Masukkan sardin.  Kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula (if tak cukup).  Perasakan.
6. Masukkan tomato ceri.  Kacau dan biarkan seketika.
6. SIAP

Tips:

1. Terung kena masuk awal sbb ambil masa utk masak.

2. Kalau rasa dah cukup masam, keluarkan asam keping tu sbb makin lama akan jadi makin masam plak nanti.

3. Spt biasa, bawang tu kena betul2 masak, kalau tak..x sedapp..


Resipi Daging Goreng Kunyit Lembap

Assalamualaikum yuholls....

Kekdahnyer..ahkak nak la mengupload resipi2 yang mana tujuan asal penubuhan blog ni utk share kan...so ahkak dpt tau anak2 buah ahkak gigih menyalin resipi katanyaaaa...and menjadik plak tu..so ahkak feeling2 syahdu dpt berkongsi kegembiraan memasak bersama yuholss...

Jom layan resipi ari ni...Daging Goreng Kunyit sajork..kaler pun cam kunyit nak abis jer masa ni...tp takpe, janji rasa menyerlah giteww...simple yet delicious..



BAHAN-BAHAN:

1. 500g daging batang pinang 
2. 1 biji bawang besar* (lebih jadikan satu setengah labu pun OK)
3. 3-4 ulas bawang putih*
4. Kunyit (secukupnya)
5. Garam (secukupny)
6. 1 sdk gula
7. 2 sdb Sos Tiram (ahkak pakai jenama Nona)
8. Cili padi (optional)

*Dimayang/hiris

CARA-CARA:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging. 
3. Masukkan gula dan kacau rata.
3. Masukkan garam and kunyit secukupnya.
4. Masukkan sos tiram.  Kacau rata.
5. Masukkan cili padi yang dipotong atau sebijik2 utk kes yang ada anak kecik cam I ni.
6. SIAP!

Tips:

1. Untuk dapatkan kelembapan tu, masukkan sedikit air and kacau rata utk pastikan daging tu versi tak kering sangat.  

2. Tapi kalau suka kering, then tak payah letak air.

3. Daging batang pinang cepat masak.  That's y saya tak goreng daging dulu sbb nanti kemanisan daging akan hilang (bagi saya la).  Tambah air jika perlu (if daging liat).

4. Kalau siat2kan daun limau purut lagi sodap.  Baunya naik betul.

5. Boleh masukkan sudu semasa memasak untuk cepat empukkan daging.

6. Sedap dimakan dengan tomyam ni...nyum nyum

SELAMAT MENCUBA ;o)




Tuesday, July 9, 2013

Resipi Ayam Masak Merah Ketuk-ketuk Ramadhan

Assalamualaikum.

Isnin lepas, ofis buat potluck Ramadhan.  So dah plan2 pakat2 nak masak apa...I decided to masak Ayam Masak Merah sbb yang ni budak office lom try lagi.  Dah lama tak buat ayam ni sebenarnya....buku resipi pun tak tau mana ilang dah lepas amik gambar nak share kat Hani Meg Kardashian ari tu...

Nasib acik ingat lagi resipinya...bukan susah beno pun..standard la ayam masak merah...hover tau...ok jom tgk resipi



Minyak bergenang2..lupa nak ceduk keluar lps masak tu.

Resipi:
1 ekor ayam (sukati potong kecik ke besor ke, digoreng garam kunyit dulu, jangan garing sangat)
3-4 labu bawang besar*
5-6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih and apa lagi satu tu ya)
1-2 helai daun pandan
2 senduk cili kering dikisar
1 sdb sos tomato
1 sdb kicap manis
1/4 cawan santan/susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air utk kuah (2 cawan)

*kisar

Cara-cara:

1. Tumis 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai.  Tumis sehingga bawang masak   
    kekuning2an...naik minyak sikit.
3. Masukkan cili kering dikisar dan gula.  Tumis hingga betul2 masak dan terbit minyak. 
4. Masukkan sos tomato dan kicap.
5. Masukkan ayam.  Kacau rata.  
6. Masukkan air utk kuah. Terpulang nak kuah pekat ke cair ke. Masukkan garam dan gula. 
7. Tambahkan susu cair atau santan untuk rasa yang lebih menarik.
8. SIAP.

Tips:
1. Jangan kedekut bawang.  Itu rahsia untuk sambal yang sedap dan akan bagi lebih gravy pada masakan anda esp sambal menyambal.  Kalau gulai menggulai, bawang tak boleh banyak. Spoil.

2. Tumis bawang and cili mesti betul2 masak.  Kacau sentiasa supaya tak hangit utk steps ni.

3. Reason letak gula awal2 masa tumis cili sebab ianya akan bagi efek kaler yang cantik, kata mak saya).  Masak sehingga terbit minyak.  Kalau bawang and cili tak masak, maka spoil la masakan anda.  Ingat tu ya....

4. Jangan takut letak minyak banyak masa menumis bagi pastikan bawang betul2 masak.  Nanti lepas siap, boleh ceduk minyak terlebih tu.  Tapi jangan over lebih pulak.  Agak2 lah.

5. Sos tomato jangan terlebih nanti susah nak adjust rasa masam.  Dalam kes ni, sos tomato adalah agen pemasam menggantikan asam jawa or asam keping.

Kredit: Buku Resipi Ayam Masak Merah Ketuk2 Ramadhan first edition oleh Sheila Rusly.  I luv this book so much.  Banyak resipi yang sedap dan menjadi bila dicuba...

Selamat mencuba!!

Rumahku Syurgaku Part (4) - Wallpaper

Assalamualaikum semua,

Entry kali ni saya nak share pasal wallpaper.  Kebetulan saya ada tergodek2 pasal wallpaper ni..and ada satu blog ni promosi la..korean wallpaper RM399.00 gitu utk 10'x10' punya wall.  Saya pun since rasa RM399.00 tu affordable, terus saya email and tanya kos semua.

Rupa2nya..depa kena datang ukur dulu and baru boleh bagi price.  So lepas2 ukur..total cost lebih la dari RM399.00 and saya pulak dah terberkenan pakej RM599.00.  Tapi since hall saya lebar which is 16', maka kos lebih sikit, tapi wallpaper tu size dia besar and ada lebih, so saya tempek kat ruang area makan yang agak kosong kat situ.  Plan nak letak frame yang saya beli kt Ikea cam kat bawah ni...tapi tak tertempek2 lagi..daripada rega RM49.90...now dah jadi RM29.90...hampeh tul...
So proses pemasangan dibuat hari Sabtu yang lepas.  Masa pilih tu rambang mata juga and my taste tak sama dengan my hubby...tapi cam biasa la..kita kena cari yang sepakat la..so we chose kaler yang boleh masuk ngan kaler karpet ktorang yang overshadow sangat tu kan...so jom layan...


Camni la rupa dari dekat, kalau jauh x nampak design dia..ni lebihan wall paper dari feature wall.  So saya plan nak tempek frame Ikea tadi bagi dia nampak 'naik' sket.

Ni la rupa dia.  Rumah saya dikuasai oleh kaler purple..I loikee..
tapi kan ..saya nampak kan..kalau kat wall tu...saya letak cermin besar bingkai putih, mesti naik kan? rite now mcm kosong sket...ataupun saya ikut plan asal..which is saya nak cari lampu lantai letak kat belah kiri...kt Ikea cantik2...so tengok la..kalau jadi, yang ni next project....

Close up

Close up sudut kiri

Tepi dinding...

I hate my sofa so much

Ruang area pintu tu, notis board kecik tu saya nak pindah tpt lain sbb nampak spoil kt situ.  Tu more pada reminder utk ktorang actually.  Saya plan nak ganti dengan wall deco tapi tak tau lagi sama ada nak letak cermin besar...or family frame banyak2..but I'm gonna do sumthing on that part.  Definitely...

Ha..ni rupa penuh yang pic first yang saya mention pasal lebihan wallpaper tadi.  In fact ada lebih lagi and saya ingat nak buat ala2 fabric frame tu..x membazir, save cost and leh decor2 versi murah..sonot gak layan youtube tengok wall decor DIY ni..

Ni bunga kesayangan saya...yang I decor sendiri....beli kat Nilai..berbaloi2..

Ini view dari feature wall

Eh iklan jap..

Lastly...saya main Fotorus versi magazine utk pic2 di atas..and hasilnya...wallahhh...








 




So kalau ada sapa2 berminat utk wallpaper ni, boleh la visit blog dorang kat SINI
Daa...jumpa lagi untuk projek decor kecil2an ya....oh sebelum tu, saya nak share pic kt bawah ni....saya suka sangat..saya beli kat area AEON Big Section 23, cost me  utk pasu, bunga and batu for less than RM20.00 and deco tu buat sendiri ..simple but nice...btw, white color is alwiz ohsem...cantik tak?




Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan buat semua. Syukur masih berkesempatan bertemu Ramadhan.  Bangun kul brapa pagi tadi? Ahkak konon time jam kul 4.30, alih2 kul 5.00 terjaga. Kelam kabut nak kejut Haziq sahur.  Nak makan nasi goreng katanya.

Ahkak goreng laju2..letak susu sekotak..alih2 dia xnak makan nasi tu sbb ada ikan goreng...boleh???  Dia pesan jangan letak apa2 kat nasi tu..eg bawang ke ikan bilis ke ikan goreng ker..biasa bawang n ikan bilis aku blender lumat2 supaya dia xnmpak...since tadi buat pakai ikan goreng, dia terus taknak..ujung2 makan cornflakes je la.

Ikutkan aku...sahur senang jer..makan kurma and susu..kenyang and tak berat.  Tapi since anak bujang ada ni, nak kena usha camne style dia dulu sbb bab makan cerewet yang hamat.  Epoi plak memamg jenis tak sahur...sabar jer la..

Ok yuholls..itu dulu...esok ahkak cuti, nak g PPUM amik result Icha.  Hopefully semua OK saje...daaaa...Oh ya ...


Rumahku Syurgaku (Part 3) Senarai Keperluan Rumah Baru

Asm. lagi..ketemuk lagi ah dong..memandangkan acik tengah feeling2 nak hupdate blog kan...terpaksala layan nafsu I ni...

OK kali ni nak share senarai semak keperluan rumah baru.  Kenapa perlu ada senarai semak?   Mcm kes acik, sah2 utk keperluan bajet gitu...sebabnya...kita nak bersedia untuk bil hitu, bil hini...supaya tak terkejut monkey adanya...contohnya utk kos2 yang perlu mcm gril, lighting, plaster ceiling (tak wajib), advance utk air, api etc.  Dan keperluan2 asas yang lain mahupun kehendak2 nafsu yang sentiasa bertakhta itew...(dlm kes ini, merujuk kepada acik dan bukanlah yuholls ya...jgn sentap hokey)

So listnya adalah............

Living Hall 
plaster ceiling
downlight lamp   
florocent T5 lamp   
ceiling fan   painting (2 colour + ceiling + grill)   
sofa set         
carpet   
TV 
console   
shoe rack   
grill door and window         
Curtains     

Master Bedroom 
wardrobe   
fan   
bedding   TV    
painting (2 colour)         

2 Kid Bedrooms 
bedding   
fan  
wardrobe   
painting (2 colour)   Air-con (1 HP)    

Utilities Room 
cabinet   
fan         

Kitchen 
cabinet   
build in hob (gas stove)   
cooker chimney hood   build in 
oven   
microwave   
fridge   
w.machine 9.5 kg         
fan   
dining table         
Toilets lamp   
Water Heater    
 Glass Shelf + Towel bar + Hook bar          

Itu dulu untuk kali ni..nnt kita share lagi..oh ya..dlm keghairahan masuk umah baru tu, jangan malas buat perbandingan harga ya.  Jalan la serata kedai utk kepuasan hati...barulah Rumahku Syurgaku..klu tak....hmm..sila sambung ayat sendiri.

Daaa..   sebenarnya saya nak masukkan table kt sini, pastu cam complicated plak (i kan lembs  sket  bab ni)..tu yang kuar senarai bosan kt atas tu..harap dapat membantu ya...




                               

Monday, July 8, 2013

Saya Suka Apartment!

Tajuk cam tahapahapakan you...
Lama dah nak wat entry ni sebenornya...tapi asik tak terbuat...Alkisah nak citer pasal rumah idaman.. Aku actually berangan nak ada rumah teres setingkat..x kisah la Semi D ke or teres setingkat sebijik ker...yang penting ..setingkat..Sebab apa? Aku dah experience duk terrace house (kuarters tpt keja skang) for the past 5 years. 
And aku tak suke sebab:
1. Nak kena kemas atas bawah
2. Malas nak naik turun tangga
3. Bila tertinggal barang kat tingkat atas, or bawah, sangattt sakit hati rasanya
4. Bila tua2 esok pikir sakit lutut or tak larat dah nak naik tangga
5. Kena bersih laman (rumput yang panjang)...
6. Dapur besar..tapi kat belakang..very de isolated...scary jer klu masak sorang2...
Tu faktor utama.  Sebab nak cari umah camtu, sah2 la jauh dari tempat keja..aku penah usha smpi Sg. Buloh, Puchong, Desa Coafieds..cantik...tapi jauhhhhh...n ada satu tu LBS punya projek..kt Puchong..tp jauhhh...bak kata Epoi, pegi balik keja singgah mandi kat RnR je lah..sbb jauh sangat..
Lagipun masa bila aku nak bela laman segala kalau keluar umah gelap, balik umah gelap..so ktorang give up.  That's y aku terpaksa pilih aparment. Tetapi...saya sangat suka apartment sbb ruang yang kecik itu sgt sesuai utk keadaan kami skang which is:
1. Anak kecik (so tpt bsepah pun limited)
2. Bekerja..even duk Shah Alam pun kena kuar gelap, balik gelap jugak
3. Aku tak takut nak masak sorang2 kt dapur..sbb sah2 dapur attach to hall kannnnn...
4. Ruang bekerja di dapur sempit dan barang2 senang dicapai
Bagi aku, utk jangkamasa pendek, it's OK for me utk beli aparment..maybe bila ada rezeki lebih sok, boleh beli umah lain??
Bagi aku jugak lagi, tips paling penting beli rumah adalah kestrategikan kedudukan rumah kita kerana ianya akan menambah value rumah tu di masa akan datang.  Maksud strategik ialah ada kemudahan mcm pengangkutan awam, sekolah, etc.
Mcm rumah aku sekarang, aku sangat puas hati sbb:
1. Pengangkutan awam senang
2. Sekolah pun dekat (byk pilihan)
3. Stesen minyak
4. Bank
5. Kedai makan
6. KFC tepi umah tu..
7. Pasaraya tepi umah (Checkers Sec 15)
8. Tgh naik skang Shopping Mall utk Home Decor..sebelah umah jugak..
9. Toyota Service Center depan umah (sape pakai keta ni, senang ler..)
10. Paling penting...security...

11. In Shaa Allah, less risk for banjir
12. Ada kolam, gym, court badminton, dewan, dobi, kedai runcit (basah n kering)...
Jadinya, benda2 di atas nnt akan menjadikan nilai rumah kita akan meningkat di masa akan datang, In Shaa Allah...eventhough umah ni leasehold, aku x amik port sgt sbb aku pun xkan hidup smpi 99 tahun, so yg tu biar anak2 cucu aku fikir esok2..

Esok2 dah pencen kalau ada rezeki, beli la umah setonggok atas tanah, jauh dari bando kan..masa tu nak ulit laman ulit bunga ke xpelah..(sbb dah tak larat nak ulit Epoi masa tu.hahahah)...tu sajer dulu...jom keja...


I luv my carpet, beli kat Nilai, murah giler sbb dah kena tipu beli kat Shah Alam sebelum ni..huhuhu...(sila abaikan Dhia dan pampersnya ya..


I love white furniture so much...(tgk celah kerusi tu adalah anak patung Dhia dgn rambut curlynya..boleh???)