Thursday, October 7, 2010

I Luv Cooking Part 2

A few more yang sempat snap!!

Masak Lemak Cili Padi (my favorite)


Digabungkan dengan Kangkung Belacan


Ayam Sos Tiram (lagi sedap kalau tumbuk cili padi and ketuk serai, but this is for my kids by that time, so no cili padi plssss)
 Ayam goreng kunyit

 Kuah nasi impit

 Taugeh goreng..

 Nasi Impit (Haziq's favorite)

 Sambal Ikan with Kelapa (Terengganu's signature served with Nasi Impit, you can eat this with Nasi Impit alone or eat together with Kuah Kacang)...byk geng aku suke sambal ni..

 Ikan Singgang (Terengganu's signature)...dibuat bila terasa nak makan budu or ngan sambal belacan...marvelouss....
Sambal Ikan Bilis..

Ada a few more cooking yang aku suke buat, so wait for next entry...i luv cooking so much and this blog is dedicated for my cooking only (at the beginning)...but somehow rather..sometimes...terjadi cam diary plak...well...i'm gonna put whatever i like here..coz again..itulah kenangan aku...sementara aku ingat...

Perhaps next entry kita leh letak pic masakan plus resipi plak dak..a few mintak my recipe for ayam hijau, nnt lain kali masak, i tempekkan sbb ari tu buat xdan nak amik gambar tak sabar nak makan..excited sbb makan ramai2..tu jer punnn...k lah...nnt upload lagi..sbb ada pic kat umah, ada kat ofis...merata2...x hengattt....


Aku dan Dokumentasi Itu!!!

Entry ini telah didraft pada 21.01.2010..tp tersangkut...aku pun tak ingat citer aper..tp takper lahhhhh..


Dokumentasi???? Ngeri mak dgrn nyiahhh...nak dijadikan citer, aku punyer THINGS TO DO LIST ni berkoyan2, semuanya URGENT..letih ahkak...

pas satu, satu, tp so far muka relax lagi...ikutkan ati dah muak kerja dlm line skang, nk cuba cari keja lain, tgk paper takde jugak..lagipun ada ke org nk amik orang umo 30an ni...pendek kata...syukurlah ko ada kerja Che Maz oiii...be positive HOKEYYYY....i luv my job 100x...ni salah satu azam 2010 gak ni...utk lebih tabah dan tenang dan positif bagi tahun 2010

Walaupun bz, mak masih ada masa utk kuar bfast n lunch ngan geng2...bagi aku...sibuk camne pun, makan mesti makan, or klu tak makan pun, kena stop, relaxkan otak japp...make urself happy..so takde la rasa stress sgt...agak2 pepandai la bajet..dak gitu?

Yang aku bosannye, byk sangat proposal nk kena buat.  Byk sangat arahan yang berubah2 dan rasanya dah takleh fokus ngan keja sedia ada.  Dah buat camni, tetiba nak camtu plak, dah bagi data ni, tetiba nak data tu plak..hadoiiii la...takpe Che Maz, bertahannnnn..positif okey.

Sometimes, rindu sgt time dolu2..di kala aku tak menyibukkan diri cam skang....tp dah rezeki kan, teruskan jer la...ada rezeki kt tpt lain ..Alhamdulillah....

Tp InsyaAllah, mudah2an rezeki buat Score A dapat benti keja sok2 dakk...aku baru join Score A seminggu sebelum puasa ari tu..so now tgh nak meligatkan diri coz I WANT TO RETIRE YOUNG, I WANT TO RETIRE RICH...I WANT TIME FREEDOM..I WANT MONEY FREEDOM..I WANNA BE A POSITIVE PERSON ..THAT'S Y I MUST BE SURROUNDED BY POSITIVE PEOPLE...AND I ONLY FOUND THIS WITH SCORE A PROGRAMEEE....yiihaaa....

Semoga Allah memudahkan rezekiku...amin...pada kawan2 yang berminat nak tau lebih...calling2 yer...



Donut Salji

Semalam cuti Hari Wilayah, bangun pagi lambat sbb malam tu layan citer Kuch2 Hota Hai, kul 4 pagi baru tido...gile becinta nk bangun..

Risau gak pasal dah janji nk bawak aziq g zoo...teringat2 dialog dia "Kojik nk g zoo, nk tgk haiwan mama".

So nk dijadikan citer, instead of g pagi, kul 4.15 petang baru bertolak dari umah sbb tghari tu layan citer mohabbatein plak (ktoarng duk mengimbas citer SRK masa muda2 dulu..giler syok weiiii)....

dlm perjalanan tu beli la dunkin donut wat kudap2an....aziq makan ni time balik dari tesco actually, dia duk sorang kt blakang, aku tak perasan dia dah bukak diam2 kotak donut tu, tetiba aku dengar dia ckp "emm...sedapnya donut salji ni".....korang leh bayang tak?

Boleh dikatanya donut yang ada icing tu donut salji? aku tak terpikir pun camtu, tp dia leh pk, sabar jer la...gelak besar aku ngan laki aku...meh tgk pic dia tgh duk ttonggeng ngadap donut tu...


sangat nikmat donut ituuu....ada lagi gambar dia..jap yer...


so itu jer ler citer haziq and donut salji nyer....aziq ni aku tak tau la..ada jer ayat2 dia yg buat aku terkedu..donut salji la....gigi berdarah kecik la (pdhal cili lekat celah gigi)..so aku post kat sini utk kenangan esok2...hehhee...mama luv haziq...

Thursday, August 26, 2010

PANDUAN KAWAL KEMARAHAN

Artikel ni aku dapat daripada email my hubby.. Worth it to read this coz I can be considered as PANAS BARAN yang amat...and lately menjadi2...elok le aku muhasabah diri.. so kwn2...happy reading! Sharing is caring..mmuahh..

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”

“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.

Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsu.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

· (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

· (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
· (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

· (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

· (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.

· (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

· (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

· (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

· (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.

Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.

Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat

mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,

bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,

pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,

jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku

menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,

dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali

paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan

lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan

sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan

sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal

atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa

membuka hatinya kepada kita .

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang

di dinding hati awak



Monday, August 23, 2010

Kisah Si Penjual Tebu di Bulan Ramadhan (cam tajuk Sinetron plak)

Tadi petang, balik amik anak, nampak ada orng jual air tebu depan masjid area Desa Petaling..selalu tak penah nampak ada kat situ, so kami pun decide beli air tebu kat situ sbb org pun tak crowded.  Nampak tokeynya tgh duk ikat air tebu.

Ada 3 orang kat situ, once keta ktoarng stop, diorang senyum usha dari jauh, mungkin dalam hati, wahh...ni customer nih.....aku duk perati jer dari mula laki aku turun keta smpi siap beli, nampak berseri2 muka orang jual air tebu tu, tgk2 laki aku beli sebungkus jer, rega RM3, banyakk...tp bila tgk muka diorang yg cam happy sgt bila laki aku beli tu, aku terasa mcm betapa betapa dengan pembelian air tebu yang harga tak seberapa tu mampu menggembirakan dorang smpi camtu skali....Mungkin tu nikmat meniaga kot...aku tanyer laki aku, bang, kita first customer ker? nmpk suka semacam dorang...xkan la kot sbb masa tu dah jam 6.40..

Tapi di sebalik semua tu, buat aku rasa insaf, mungkin bagi aku RM3 nilai tak seberapa, tapi bagi orang lain, betapa besarnya nilai RM3 itu, Subhanallah..Allah Maha Kaya...aku bersyukur dengan rezekimu Ya Allah...

Sunday, August 22, 2010

Aku dan Score A Program

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan hari yang ke-12.   Agak lama tak menulis, maklumlah agak sibuk dengan keja2 harian...

Entry kali ni aku nk share satu story yang mengubah hidup aku, mengubah minda aku...untuk menjadi lebih positif, utk memastikan masa depan yang lebih cerah...

Aku ditemukan dengan program Score A oleh senior di tempat kerja, yg mana aku join program ni tuk tambah income family...bukan pendapatan skang tak cukup, tp cukup2 sajer, maklumlah duk kl...blanjernyer byk, tambah pula tahun dpn nak masuk umah baru, mesti byk nak pakai duit...

Dulu penah ada org approach aku ngan program ni, usah kata nak dgr, sebelah mata tak pandang, x minat la nak cari2 orang ni, lagipun aku tak pandai drive, anak2 kecik, leceh la...n i hate MLM, tp bila Kak Rozitah (senior yang kenalkan aku ngan program ni citer leader kumpulan dia yang yang mana aku pun kenal dah dpt income 5 figure seminggu, i was totally shocked).   Nama dia kak liza, tp dia sorang yang sgt low profile, bukan jenis outspoken, but she managed to be a successful person now...together with her husband yang pada masa tu kerja pak guard UM and malamnye buat part time bawak teksi.

Aku penah satu kerja ngan akak ni masa mula2 join UM dulu, selalu petang2 balik keja aku tggu hubby amik, nmpk dia bwk moto g amik anak2 kat tadikum, kadang husband dia dgn teksinyer..tp skang, their live is totally changed...hebat!!! Dalam masa setahun setengah bersama Score A program, dah mampu beli umah teres harga RM400k, keta dua bijik, hebat kan!!

Atas keterujaan tu, aku contact kak rozitah n k.liza and tanpa buang masa aku g kursus NDO (New Distributor Orientation) to know more about the program.  MasyaAllah, hebat sungguh program ini, satu2nya program portal pendidikan e-learning di Malaysia...sangat interaktif, sgt mengujakan, even aku yang dah tua ni try pun rasa excited, apatah lagi budak2...dan pada 06.08.2010 dengan rasminya aku menyertai program ini.

Aku faham, kadang org mmg sinis dengan MLM or network marketing, maklumlah, nama MLM dah busuk oleh polan2 yang tak sepatutnya, tp tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal tergila2...mana tak giler, kita bukannyer jual produk kesihatan, household, kecantikan or mana2 brg sampingan, tp kita introducekan program pendidikan yang merupakan keperluan.  Bukan cam produk sampingan lain yg ada takpe, takde pun tak apa....n to make it worst, 70% dari ahli program Score A adalah orang2 yang penah membenci Score A, tp skang dah jadi fanatik Score A!

Kalau ikutkan, byk lagi nak cerita pasal program score A ni, maklumat lanjut pun ada kat website bisness di http://www.intelekniaga.com.my/mazni_sidek

Aku bukan bermaksud nak provoke sesiapa, cuma nak menampakkan peluang utk ubah kehidupan bak motto kami...ANAK2 SCORE A, MAK BAPAK SCORE RM..kini pendidikan bukan lagi perbelanjaan, tp pendapatan....tak perlu nak kena ada anak tuk dijadikan testimoni sbb produk kita dah ada testimoni for 7 years, 14 sekolah telah dijadikan sbg school projek and 90% score A...hebat bukan!!!

Kalau mat rempit umur 23 dah boleh dapat RM70k bulan2, pak guard pun dapat amaun yang sama, ketua jabatan ICT yang gaji RM18K pun berenti, HR Manager kat Petronas yang gaji RM20k pun berenti, fikir2kanlah sendiri betapa hebatnya produk kita...

Buka minda, beri peluang pada diri sendiri utk sekurang2nya dgr ttg program ni, lepas tu nilailah sendiri, tiada paksaan....

Lawan sampai Jutawan!!!!

Assalamualaikum.

Thursday, July 8, 2010

Kebizian yang amat nyata..

Dah lama tak hupdate blog..dah bersawang gamaknyer...tp iyer lah..sekadar catatan harian Mama Maz...so apa ade kesah dak???

Nak citer, minggu ni aku kalut giler..kalut pasai ape? pasal budak nk konvo, psl buku panduan, psal budak baru nak masuk, pasal kena audit dan terpaksa mengaudit..kalaulah diriku boleh dibelah lapan..awwww.......

Dek kerna kesibukan yang nyata, insan yang menjadi mangsa adalah anak2ku..dan suamiku..kerna...ewahhh...tersangat kurang kasih syg dan perhatian aku pd dowang..maklumler..ujung mgggu sabtu ahad pun datang keje, udoh rasa cam orang takde life jer...cam org bujang pun ada....

Tp tu la..igt pasni nk cuti panjang..lepak ngan anak2....layan dorang ...layan hubby..heheheh...nnt mama tebus balik semua hokeyyyyy....apapun, family mama tetap no. satu.....