Sunday, July 7, 2013

Rumahku Syurgaku (Part 2) - Perabot

Asm yuhols,

Ari ni I nak share pasal perabot rumah sahaja.  Actually sebelum pindah rumah sendiri, saya duk kuarters tpt kerja for 5 years.  So kami mmg x beli apa2 perabot sbb dpt sewa semua barang (kecuali mesin basuh, TV and peti ais) for RM20.00 sahaja per month.

Sebelum pindah ke kuarters, saya duk flat kat Taman Desa Muhibbah, Taman Desa.  Masa tu just beli yg electronic items kt atas plus katil.  Sofa mofa semua xde sbb plan nak pindah.  Meja makan pun balut kotak kipas ngan kertas balut hadiah kawin jer..boleh?? Duk situ tak lama, dalam setahun la...pastu pindah kuarters.

So alkisahnya, masuk rumah baru mmg saya kena beli semua perabot baru eg meja makan, katil, katil anak2 etc.  Saya punya konsep senang saja, murah tp nampak mahal (kononnya lam kot kt mata yuholls tetapp nampak murah...ada I kesahh?? heheheheh)..so round punya round, jumpa satu kedai perabot..Kedai Perabot Umi (ingatkan nak tolong orang kita, rupanya dia pakai nama Melayu daaa...)...tp takperlah...kebetulan byk2 tempat saya usha, kedai dia paling murah and saya suke perabot2nya...jom share apa sy jumpe ms ke sinun dulu..

Kabinet TV

Dining table



Katil saya (Queen)

Rupo sobona katil..ok lor..murah saja..RM590.00

Katil Haziq n Dhia

Rak Kasut

Dalam rak kasut

Lagi..



Meja kopi

Sofa (tapi saya request kain lain and body kaler putih)



Ni pilihan paling OK la konon waktu tu (puuiiii)..hehhehe

Utk body yang saya tukar tu 




Ni la nama kedai tu..kat area Puchong..Plaza perabot kot...tepi sekali belah kiri.

Since saya beli banyak, maka dpt la diskaun and kos utk semua yang di atas ialah ......OK tak? saya rasa dah murah giler tuuuu..hihii...and one more thing...tujuan cari perabot murah ialah..supaya esok2 klu nak tukar perabot..xde la nk tunggu tempoh lama sgt sbb duk mengenang rega yang mungkin mahal whatevaa....

Dalam banyak2 kt atas, ada dua benda yang saya ralat..which is sofa and coffee table.  Sofa sbb bila dah siap tu rupanya ala2 yenna yenni..and agak bulky...and meja kopi agak besar and berat..and makan space sangat.

My plan klu dpt tukar perabot esok..saya nak plan utk 3 seater sofa dimatchkan dengan dua single armchair (versi tak godobak) and meja kopi yang kecil (kaca) supaya ruang nmpak lebih luas and senang nak susun atur perabot.

Tips beli perabot:

1. Jangan terlalu ghairah beli perabot.

2. Pastikan ukur dulu size perabot supaya tak nyosal cam den.  Jangan cepat percaya kata2 penjual yg size tu fit rumah kita.

3.  Kadang2 beli sket2 pun bagus gak sbb dah tau camner nak sesuaikan barang ngan rumah. Dalam keadaan ni, peribahasa 'orang tamak selalu rugi' sangat la kena dengan saya...puiii..

4.  Jangan beli perabot dengan refer katalog (sbb ada yang boleh caya, ada yang tak, senang nak imagine size camne).  Contoh cam kes aku, stok coffee table xde kt situ masa tu..so aku tgk katalog..nmpk OK and Francis tu measure dia kata muat..aku on jer...muat tu muat tapi gedabakkkk....nasib katil anak and katil aku tu OK..

5. Utk sofa tu, elakkan beli yang cam ahkak, better plain kaler...white beige or something supaya tak yenna yenni sgt kalau takleh imagine rupa masa nak beli tu...atau beli yang dah ready stock.

6. Kaler sofa, jgn yg bcorak sgt supaya senang match dengan perabot and interior umah kita nnt.

Erm...apa lagi ek..tu dulu...nnt aku share list preparation masa nak masuk umah baru dulu..list ni sgt bguna utk budgeting dan supaya kita tak ketinggalan benda2 penting yang perlu diambilkira...





Rumahku Syurgaku (Part 1)

Saya sayang rumah saya.  Rumah saya bukan banglo besar kepuk2..rumah saya apartment biasa2 sajer...Tapi...tapi..tapi...saya tetap sayang rumah saya.  Sebab rumah saya syurga saya.  Bila saya balik kerja, di saat saya buka pintu rumah, saya rasa sangat damai dan tenang.  Saya sentiasa suka rumah saya.

Rumah saya tak hebat macam rumah orang lain.  Rumah saya tak ada perabot mahal tapi saya cukup selesa dengan apa yang ada.  Terima kasih buat En. Saiful merangkap suami mitholi yang sentiasa..cuba memberikan / membuatkan yang terbaik untuk keluarga kecilnya.

Saya nak abadikan rumah saya kat blog saya, mana tau nanti2 ada bajet leh wat itu ini kan..hihihi...sebenarnya saya dah takde nak ubah apa..accept nak tukar sarung kusyen sbb saya benci sangat dengan sarung kusyen saya..rasa cam versi yenna yenni..Masa saya pilih kain sofa dulu, saya tak leh imagine camne rupa kalau dah jadi sofa.  So bila dapat, saya rasa cam menyampah tahap dewa.  Dan juga langsir hall saya yang kena tipu ngan apek Sec 7 tu...saya benci betul bila ingatkan semua tu..

Nasib karpet saya yang ditipu juga telah saya bagi kt orang lain sbb menyampah sangat tengok.  Ni semua gara2 teruja nak masuk rumah baru kununnnnn.....takpe2...kita belajar kan..from mistake..bagi yuholl2 yang jenis bajet cam I, jap g I share kat mana I beli perabot murah2....n tips2 sket bagi mengurangkan keghairahan masuk umah baru nak hitu nak hini hokey..blajarlah dari acik yang ghairah bersepah ni...

So mana nak mula ya...mula2 kita flashback dulu la ek camne rupa masa proses pembuatan nihhhh..


Ini hall saya.  Nampak tak tingkap hujung tu, versi L shape gitu kan..saya suke sbb ianya memberi impak luas kepada rumah even takde balcony ;o)


dari sudut ruang makan. Kaler dinding saya pakai kaler White Lilac, i loike..nampak putih sejuk

Kipas area dining..sebenarnya plan untuk pasang kipas ni lain, bila siap box dia tu nmpk buruk...so mulanya ingat nak pasang something else tu cover cam deco lantai papan gitu..tp ktorang try n error cat kaler hall kt situ, so nampak OK gak..save bajet...

Hall lagi (sudut berbeza) 

Kaler bilik saya..turqoise blue and light blue

Box kipas pun dikaler juga..

Dapur sebelum renovate

Asalnya lampu ni nak letak area dining tapi sbb nak pasang fan, tpaksa alih ke lain.  Patutnya saya pasang tengah2 antara area dining and hall, baru OK, tapi silap (tulah..xnak dengar cakap laki lagi kan)

Pandangan dari area hall.  Bilik kanan tu stor and kiri tu bilik Dhia

Bilik air tetamu antara bilik Haziq n Dhia

Bilik Dhia, kaler belacan, tapi antara nampak tak nampak plak color dia (poor lighting)

Ni kerusi saya beli kat Papilo Bangsar, rega saya rasa quite murah compare to others.  Beli konon plan nak baca buku and susukan anak kat situ...akhirnya....hmmm..jadi tempat susun kusyen sofa..hahhahahah


Ni karpet yang saya kena tipu kat Shah Alam...huhuhu..saya dah sedekah kt orang sbb sakit ati bila tengok

Peti ais ni dah lama saya usha..tapi time nak beli tu, xde stok available sebab ingat tak kes banjir besar kat Bangkok, so manufacturing stop masa tu.  Saya pusing byk kedai, last2 jumpa kt Carrefour Seksyen 23, yang display plak tu...since nampak OK..saya amik jugak...sbb dah lama jatuh hati ;o)

Kitchen Cabinet dalam pembuatan..from Welco Seksyen 7

Dan lagi

Ni la rupa sebenar (belum habis deco sebab nak letak pic frame besar kt area TV and cermin besar kt belakang sofa)..project pending until now.  Kusyen kecik tu tak match sbb pakai kusyen lama, sayang nak buang ;o). X dan nak match lagi.


Lagi

Dining area.  Masa ni saya belum letak langsir pintu and cermin hadiah kengkawan.





Langsir ni tempah kat Jakel.  Utk 5 biji pintu, kosnya hanya RM300.00, siap pasang semua. Saya suke sangat2.  Cermin hadiah member from IKEA (saya pilih kawan bayar, hehhee...)


Frame ni salah letak, kecik sangat and tak sesuai.  Saya ada next project for this.  Nanti saya update.

Ni rupa langsir pintu.  Area notice board tu saya nak buat project lain jugak..belum kesampaian.  Akan diupdate.

Saya suka frame kecik IKEA ni, RM4.90 je if not mistaken, but I loike it very much.

Karpet beli kt Nilai...murah gilssssss

Bunga pasu besar tu saya beli n gubah sendiri lagi murah.  Beli kt Nilai.  Kos keseluruhan dlm 90++


Bunga kt Ikea, RM24.90

Pandangan dari pintu masuk

Ok nanti sambung next entry...kita leh share apa yang patut n tak patut buat..beli perabot..etc...tungguuuu....







Thursday, July 4, 2013

Icha dan Progress Buah Pinggang

Asm. sohabat2ku...

Lamanya tak menulis kt sini..rindu pulak rasa...asik balun Instagram jer kan..terus sepi blog I...

Nak mula kot mana pun tak tau..pelan2 kayuh la ya...since now focus banyak pada perkembangan Icha, meh la kita citer pasal dia sket ya.


Icha now dah 8 bulan lebih, masa 8 bulan ari tu timbang dia 8.6kg tu pun susut sket sbb demam.  Aku mulanya risau ingatkan demam jangkitan kuman sbb kidney dia..tapi Alhamdulillah demam biasa saje...mulanya Dr. pun heran sbb buat urine test, blood test, sume hokey saje...rupa2nya Icha demam nak kuar campak daaa...seperti tekaan mek aku...sekali mek aku lagi terror daaa..heheheh

Icha dah ada 5 batang gigi...Alhamdulillah takde sakit demam nak tumbuh gigi etc buat masa ni.  Kesihatan sangat baik.  Perkembangan meniarap masa umur 4 bulan.  Aku duk tunggu gak bila Icha nak merangkak.  Sekali si kenit bam2 ni taknak merangkak, terus meniti kat sofa, boleh? Advance sangat makcik ni tauuuu...

Lain pada tu, Icha sangat suka makan.  Takut obes plak anak dara aku ni.  Tak suka dipegang or diriba berlama2.  Nampak sangat dia rimas.  Tapi pantang kalau aku bgolek depan TV ke apa, dia suka nak memanjat badan aku.  Stress acik tau nak2 time acik tengah feeling2 tgk drama gituk..

Lagi apa ek..Alhamdulillah, mudah dijaga.  Mungkin Allah permudahkan dalam cara mcm tu kan.  Icha sejak jumpa Dr. masa April dulu, bulan Jun baru ni baru buat scan balik and next week nk tengok keputusan.  If takde apa2, sambung antibiotik cam biasa and jumpa Dr. tiga bulan lagi.  Apa2 nanti aku roger.

Oh ya, last two days, aku terima email from 2 orang bakal mommy.  Seha and Atun.  Both are quite worried sbb ada kes yang sama, so aku share apa yang patut and try to make them comfy and jangan stress2 sangat sbb takut nnt baby pun stress.

Kita doa banyak2 semoga baby kita sihat, selamat dunia akhirat dan ingatlah, Allah itu Maha Mengetahui.  Sama2 kita redha dengan ujian ini dan berusaha yang terbaik utk anak2 kita...jom layan pic terbaru Icha n Dhia and Haziq sedas dua..



 apalah mama letak kat kepala Icha setonggok cam ni..

mengantuk nak tido..

Mamam pau

Meroti canai di Mahboob, Bangsar


Nak balik kg @ 3.00am

Amacam, leh lawan Zila Bakarin tak saya?? hihihiii

Suka sangat dapat mamam pau lagi...

OK jumpa lagi ya..doa2kan mama Icha rajin taip entry baru, nanti kita share progress Icha lagi ya...Assalamualaikum..mmuahhh