Wednesday, October 13, 2010

Sesungguhnya...aku teramat bersyukur...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segala nikmat kurnianya...hari ni lepas sembahyang Asar tadi, aku terfikir sendiri ...betapa bertuahnya aku dikurniakan rezeki yang tidak putus2....terasa begitu bersyukur dengan nikmatNya yang tidak pernah jemu memberi kepadaku...yang seringkali terleka....

Seringkali aku merungut tentang beban kerja yang menggunung, satu2nya perkara yang sangat membuat aku tertekan...tp tanpa aku menyedari, sesungguhnya Allah telah memberikan aku nikmat lain sebagai ganti...nikmat mempunyai sebuah keluarga kecil yang sangat bahagia (setakat ni..moga berterusan ke akhir hayat..amin...)...dengan suami yang terbaik di mataku, dengan anak2 yang sihat tubuh badan, petah berkata2 kecuali si Dhia yang masih pelat2 manja...hati terasa sangat lega, tenang di kala mengingati mereka.

Aku sangat bersyukur dikurniakan suami sebaik Epoi:

- yang sangat memahamiku
- yang sentiasa menemaniku di kala aku bersedih
- yang sentiasa menghiburkanku
- yang sentiasa melayan kerenahku
- YANG SANGAT RAJIN MEMBANTU MENGURUSKAN RUMAH DAN ANAK2...tanpa jemu...
- yang selalu mendengar masalahku
- yang selalu mengurut belakangku yang lenguh
- yang selalu toyek2 (hanya kami yang tahu istilah ini..heheheh..)
- yang selalu melayan aku bercuti hanya utk tengok wayang..
- yang selalu memberi kejutan utkku...
- yang selalu romantik dengan ros di hari lahirku...(i really love thissssssss...)
- YANG TAK PERNAH BERKIRA WANG RINGGIT DENGANKU...
- yang selalu MEMBUAT YANG TERBAIK UTK KELUARGA KECILNYA
- yang selalu memastikan keselesaan kami sekeluarga....

Epoi - seorang suami yang romantik...yang sangat rajin membantu di rumah, part2 membasuh dan menjemur kain..dialah...hatta melipat kain pun dah pandai menepati kriteria yang aku tetapkan...menyiapkan susu anak2 pada tiap2 malam...membasuh uk uk Dhia (nasib Haziq dah pandai basuh sendiri)..tukar pampers anak setiap pagi sebelum pg kerja...segala2nya dia...basuh pinggan mangkuk...tiada yang lebih baik daripadanya yang Engkau kurniakan padaku Tuhan...Sesungguhnya aku teramat bersyukur kerana bertemu jodoh dengannya....(entry ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk menginsafi diri di atas segala kurniaan)...apapun, I LUV U SO MUCH ABANG...I LUV U MORE THAN TOMORROW AND I'M SO LUCKY TO HAVE YOU AS MY HUSBAND AND MY BESTFRIEND...dedikasi untuk suami tercinta...

 Susah sangat nak amik gambar dia muka cam orang biasa...paling suke wat aksi camni...lantak la...di mata i...alwiz cute..ammuahh..

Dhia was 6 months by that time and Haziq was 2 years plus..

wajah kesayangan hamba....semoga jodoh kami berkekalan ya Allah..amin...

p/s: entry kali ni sbb baru lepas muhasabah diri, jadi terskema sket..or romantic perhaps..hehhe

Hatiku berdebar2...

Tak tau nak mula dari mana...tp aku harap bila tulis kat sini, perasaan aku lega sket...hatiku berdebar2..nape ek??

Hatiku berdebar2 sebab ....terlalu banyak kerja yang deadline nyer almost serentak dan aku tak cukup masa utk buat semua tu... I think that I'm just overloaded.  I've tried my best but the things keep coming in and in and I cant hardly breath by looking at my workstation.  sigh! 

Aku actually dah fed up dgn kerja2 sekarang...but I have to do this untill I'm doing good with the other thing....Cant wait to sign up the resignation letter (i really hope i can do this ASAP)..

I want to retire young, i want to retire rich.  Wake up Mazni!! You're what you choose!!

Thursday, October 7, 2010

Jom Tengok Gambar!!

Semalam duk sorang2 sambil tunggu hubby, aku korek sume file gamba2 family...byk rupanya..igt nak cuci arr..leh tunjuk kt mak kat kg..org kg tgk gambar kat pc mana puas..hehehee...

so jumpe la gambar dhia masa kecik2...tgk gambar dia dari umo sehari, dari pandai merangkak smpi le skang..dah besor anak aku rupenyer...haziq pun sama...dulu kecik gemok jer..skang besar dah kurus plak....makan tu makan, tp agaknyer dia kuat uk uk..sume ilang kot..hehehehe

so meh kita tgk gambar dorang....kuikui....

masa ni haziq 8 bulan kot..


dhia..dua minggu kot..

hmmm..


i luv this


Latest pic..




erk..mama nak expose plak..sila abaikan dagu itu...(penat kubela...lemak2 itu..aww)

I Luv Cooking Part 2

A few more yang sempat snap!!

Masak Lemak Cili Padi (my favorite)


Digabungkan dengan Kangkung Belacan


Ayam Sos Tiram (lagi sedap kalau tumbuk cili padi and ketuk serai, but this is for my kids by that time, so no cili padi plssss)
 Ayam goreng kunyit

 Kuah nasi impit

 Taugeh goreng..

 Nasi Impit (Haziq's favorite)

 Sambal Ikan with Kelapa (Terengganu's signature served with Nasi Impit, you can eat this with Nasi Impit alone or eat together with Kuah Kacang)...byk geng aku suke sambal ni..

 Ikan Singgang (Terengganu's signature)...dibuat bila terasa nak makan budu or ngan sambal belacan...marvelouss....
Sambal Ikan Bilis..

Ada a few more cooking yang aku suke buat, so wait for next entry...i luv cooking so much and this blog is dedicated for my cooking only (at the beginning)...but somehow rather..sometimes...terjadi cam diary plak...well...i'm gonna put whatever i like here..coz again..itulah kenangan aku...sementara aku ingat...

Perhaps next entry kita leh letak pic masakan plus resipi plak dak..a few mintak my recipe for ayam hijau, nnt lain kali masak, i tempekkan sbb ari tu buat xdan nak amik gambar tak sabar nak makan..excited sbb makan ramai2..tu jer punnn...k lah...nnt upload lagi..sbb ada pic kat umah, ada kat ofis...merata2...x hengattt....


Aku dan Dokumentasi Itu!!!

Entry ini telah didraft pada 21.01.2010..tp tersangkut...aku pun tak ingat citer aper..tp takper lahhhhh..


Dokumentasi???? Ngeri mak dgrn nyiahhh...nak dijadikan citer, aku punyer THINGS TO DO LIST ni berkoyan2, semuanya URGENT..letih ahkak...

pas satu, satu, tp so far muka relax lagi...ikutkan ati dah muak kerja dlm line skang, nk cuba cari keja lain, tgk paper takde jugak..lagipun ada ke org nk amik orang umo 30an ni...pendek kata...syukurlah ko ada kerja Che Maz oiii...be positive HOKEYYYY....i luv my job 100x...ni salah satu azam 2010 gak ni...utk lebih tabah dan tenang dan positif bagi tahun 2010

Walaupun bz, mak masih ada masa utk kuar bfast n lunch ngan geng2...bagi aku...sibuk camne pun, makan mesti makan, or klu tak makan pun, kena stop, relaxkan otak japp...make urself happy..so takde la rasa stress sgt...agak2 pepandai la bajet..dak gitu?

Yang aku bosannye, byk sangat proposal nk kena buat.  Byk sangat arahan yang berubah2 dan rasanya dah takleh fokus ngan keja sedia ada.  Dah buat camni, tetiba nak camtu plak, dah bagi data ni, tetiba nak data tu plak..hadoiiii la...takpe Che Maz, bertahannnnn..positif okey.

Sometimes, rindu sgt time dolu2..di kala aku tak menyibukkan diri cam skang....tp dah rezeki kan, teruskan jer la...ada rezeki kt tpt lain ..Alhamdulillah....

Tp InsyaAllah, mudah2an rezeki buat Score A dapat benti keja sok2 dakk...aku baru join Score A seminggu sebelum puasa ari tu..so now tgh nak meligatkan diri coz I WANT TO RETIRE YOUNG, I WANT TO RETIRE RICH...I WANT TIME FREEDOM..I WANT MONEY FREEDOM..I WANNA BE A POSITIVE PERSON ..THAT'S Y I MUST BE SURROUNDED BY POSITIVE PEOPLE...AND I ONLY FOUND THIS WITH SCORE A PROGRAMEEE....yiihaaa....

Semoga Allah memudahkan rezekiku...amin...pada kawan2 yang berminat nak tau lebih...calling2 yer...



Donut Salji

Semalam cuti Hari Wilayah, bangun pagi lambat sbb malam tu layan citer Kuch2 Hota Hai, kul 4 pagi baru tido...gile becinta nk bangun..

Risau gak pasal dah janji nk bawak aziq g zoo...teringat2 dialog dia "Kojik nk g zoo, nk tgk haiwan mama".

So nk dijadikan citer, instead of g pagi, kul 4.15 petang baru bertolak dari umah sbb tghari tu layan citer mohabbatein plak (ktoarng duk mengimbas citer SRK masa muda2 dulu..giler syok weiiii)....

dlm perjalanan tu beli la dunkin donut wat kudap2an....aziq makan ni time balik dari tesco actually, dia duk sorang kt blakang, aku tak perasan dia dah bukak diam2 kotak donut tu, tetiba aku dengar dia ckp "emm...sedapnya donut salji ni".....korang leh bayang tak?

Boleh dikatanya donut yang ada icing tu donut salji? aku tak terpikir pun camtu, tp dia leh pk, sabar jer la...gelak besar aku ngan laki aku...meh tgk pic dia tgh duk ttonggeng ngadap donut tu...


sangat nikmat donut ituuu....ada lagi gambar dia..jap yer...


so itu jer ler citer haziq and donut salji nyer....aziq ni aku tak tau la..ada jer ayat2 dia yg buat aku terkedu..donut salji la....gigi berdarah kecik la (pdhal cili lekat celah gigi)..so aku post kat sini utk kenangan esok2...hehhee...mama luv haziq...

Thursday, August 26, 2010

PANDUAN KAWAL KEMARAHAN

Artikel ni aku dapat daripada email my hubby.. Worth it to read this coz I can be considered as PANAS BARAN yang amat...and lately menjadi2...elok le aku muhasabah diri.. so kwn2...happy reading! Sharing is caring..mmuahh..

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”

“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.

Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsu.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

· (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

· (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
· (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

· (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

· (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.

· (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

· (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

· (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

· (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.

Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.

Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat

mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,

bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,

pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,

jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku

menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,

dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali

paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan

lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan

sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan

sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal

atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa

membuka hatinya kepada kita .

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang

di dinding hati awak