Assalamualaikum u olls..weekend ari tu aku ke Melaka...ala2 berhujung minggu di sana sebab nak penuhi hasrat mengidam aku ni...teringin nak makan benda2 berikut:...cewah..siap ada list.
1. Klebang Coconut Milk Shake
2. Asam Pedas Melaka
3. Ikan Bakar (kategori bukan mengidam sangat, tp dah alang2 kat sana, aku terjah jer la)
4. Goreng pisang sambal kicap kat Pengkalan Balak
Ktorang btolak Sabtu pagi dalam pukul 11 gitu, smpi sana kiranya agak laju gak la si Epoi memecut, dalam 12.15 pm dah sampai. Tapi kan di sepanjang highway tu, aku agak sentap dgn stok2 driver yang makan angin kat lane kanan n takde timbangrasa nak tukar lane bila keta belakang dah dekat, walhal kat lane tgh tu kosong. Eh yang best boleh sembang pulakkkk..keta ke kiri ke kanan...hangin Kak Senah tau...terus aku jadi co-pilot versi Rogayah, intai lane kiri, tgk mana ada kosong, aku suh Epoi masuk lane tgh or tepi sekali, pecut lelaju n masuk balik lane kanan. Orang-orang yang wat ngok jer bila kes2 camni, aku kategorikan tak bertimbangrasa terhadap pemandu lain, which is agak keji di mata aku....klu satu keta jer duk tunggu kat belakang takper, byk lak tu, depan dia kosong, tp tanak kasi orang lain lepas...apa punya manusia daaa...eh mintak mangap la acik membebel...nak citer psl Melaka, tp citer psl highway jer dah setengah mukasurat...;o) (aku rasa esok baby aku ni stok2 masuk F1 kot, hahahah!!)
Since dah smpi awal, ktorg pun g le makan Asam Pedas dulu...google punya google jumpa Asam Pedas Pokok Besar kat Bandar Hilir. Kedai dia sgt tradisional dengan atap yang letak tikar tu. Kat situ, asam pedas mmg sedapppp...and ada kuih tradisional. Aku amik onde2. MasyaAllah..sedapnya...panas2..pastu rasa gule melaka yang amat sodapp..ni pic asam pedas yang sempat aku snap.
aku x minat pari, tapi ari tu terasa nak makan pari plak
Lihat laki ahkak, gegeh gitukkk..bpeluh2...nasi tu diserve dengan timun dan telur masin..
Dhia makan telur masin yang putih tu jer..Haziq tak makan....anak aku yg sorang ni (Haziq)..mmg lemah betul kalu bawak gi makan kedai2 yang nampak kerusi berjeragat gitu, duduk pun dia tak hinginnnn...apatah lagi makan..risau aku pakcik ni...Kedai mamak ok jork..Epoi kata pembawakan masa aku dulu, cerewet yang amat..hamik ko!!!
Selesai makan, ktorang check in kat Mahkota Hotel Melaka. Punya la ramai umat manusia, smpi bilik pun x siap lagi masa nak check in tu...Tunggu smpi kul 3.30 aku dah nak start jadi Hak Hogeng dah...terus keluar jenjalan dulu..masa tu dah ada drama2 sket ngan Epoi dah..sian laki aku...majuk nye pasal, tgk jalan pun tak mau, buat2 tido...tup2 Epoi benti satu tempat tu, dia beli Klebang Coconut Milk Shake rupanya. Terharu I..tp tahan lagi..smpi hotel, laki pelawa pun tak pandang, puiiiiii (punya la sombong I ni). Tapi bedal gak setelah adegan pujuk memujuk berlaku. Epoi beli sekali nasi lemak bungkus kat situ, sempat dapat dua jer sbb orang depan dan angkut berbondon2..Rupanya nasik tu mmg sedap giler. Haziq sorang je makan satu bungkus setengah, aku dpt setengah yang belen tu, Epoi dapat sesuai (buat rasa, takut kempunan..). Dhia x pandang sbb dia dah makan onde2 banyak. So lepaslah satu hajat.....
Malam tu ke Alai Ikan Bakar, tp rasanya tak marvelous mana, so aku pun x amik pic sangat. Esoknya tu bfast cam biasa. Aku cx in kt situ kiranya dah 3 kali dah, apartment type. Hotel tak baru sangat, 3 star kot, tp aku suke kolam dia, butter bread puding dia, tpt main kanak2 dia n kebetulan situ jer ada kosong lagi. So mmg berjodoh di situlah sokmonya. Lps check out, ktorang layan naik beca. Naik dua beca, pusing semua yang dia tunjuk dlm gambar tu RM60 totalnya. Rasa cam tak puas jer sbb kejap no pusing n dekat sangat tpt yang pakcik tu bawak. Tp Ok lah, bawak anak2 merasa.
Pastu kebetulan kat situ ada Pesta Makanan. Singgah booth Baba Nyonya ni pekena cendol. Mak aii...giler meletops cendolnya, sbb santan yang pekat n gula melaka pekat yang sgt cocok diadunkan, sangat sedap cendolnya. RM2 semangkuk. Pastu singgah la kat kedai2 yang ala2 kedai Payang kt situ tu, beli belacan lah, bajulah..mereka la anak beranak mengepow abahnya.
Dhia ngade2 kt Abah...
Abg Haziq yang excited nak naik beca dengan rambut pacaknya. Suka mnyemart anak laki aku nih.
Balik tu singgah kat Pengkalan Balak nak makan goreng pisang cicah sambal kicap. Sekali dah abis daaa...makan cempedak goreng ngan kopok je la ..huhuhu..
Mama yang dah kembang setaman (idung btambah kembang n merah gituk, Epoi panggil aku Ronald McDonald)..huhu...Dhia wat muka pelik sbb baru bangun tido..
Makan jgn tak makan nak oii..
Epoi yang cuba menahan...err...menahan...erkk...Btw, thank you dear, for alwiz trying to do the best for your family. I really appreciate ur love and hope that our love will last till d end of my life..mmuahhhh....
Happy kids!
Kesimpulannya, hujung minggu yang singkat itu sangat menyeronokkan kerana semua hajat ibu mengandung tercapai...Alhamdulillah...ktorang dah lama tak buat outing camni sebab sibuk ngan nak masuk umah ari tu. So, really miss this kind of thing yang ktorang slalu buat...spontaneous short vacation...