Selamat Hari Guru buat semua guru2 di dunia. Yang tak jemu2 mendidik kita, yang akhirnya menjadikan kita, sebagaimana kita hari ini.
Xnak skema2 sangat, cuma aku terkenang time aku kecik2 dulu bila ada sambutan Hari Guru ni. especially masa sekolah rendah. Aku kan budak Felda...duit nan hado....tapi spirit nak bagi hadiah kat cikgu berkepuk2....aku time tu belanja sekolah pun 30 sen je sehari, klu duit tercicir ke, tinggal la 20sen. Cukup la buat beli nasi lemak 20sen, air sirap seposen. Kenyang dan sedap.
So seingat aku jenis2 hadiah yang budak kampung aku bagi kat cikgu2 time tu adalah tisu kotak, sabun mandi...tu yang ketara aku ingat....semuanya dibalut rapi dan hadiah tisu kotak adalah hadiah termahal yang aku pernah bagi kot.....hahahhahaa..gile kelakar..sian cikgu, berkepuk bawak balik kotak tisu kot time tu...
Apa nak wat, setakat kedai runcit kat kampung, apa la sangat yang ada utk dihadiahkan. Xkan nak bagi budu kot...heheh..bagi budu pun tak mampu....apapun, jasa cikgu aku kenang. Ingat tak dulu2 ada jual air kotak Dutch Lady kt sekolah. Vitagen pun ada. Tak silap aku time tu rega dia 30sen or 35sen sekotak. Aku ni teringin nak minum. Teringat kat adik beradik kat umah. So utk cukupkan beli kt adik beradik, so terpaksa la puasa utk beli sedozen time tu. Sedih kan? Tp itulah nikmat hidup...bermula dengan susah...satu pengalaman yang tak ternilai bagi aku....aku igt lagi ayah aku selalu cakap bila aku kata dia bagi duit belanja sikit, dia akan ckp 'ayah dulu duit belanja 5sen jer'...aku ckp skang mana nak dpt beli barang 5sen...now aku plak repeat dialog sama kt anak aku....semalam aku saje ckp kt Haziq esok dia sekolah aku nak bagi RM2 jer. Tau dia ckp apa? RM2 mana cukup.......sabar jer lah....
Ingat lagi sorang cikgu ni, masa aku darjah 1. Cikgu Salina Tan Abdullah, smpi skang aku ingat dia, sbb dia sangat sayangkan aku dulu....aku plak mmg sayang kt dia, klu dia nak kelapa ke, aku sanggup g hantar umah dia, sekolah ngan umah leh tahan la jugak, x jauh sgt, tp jauh la utk budak darjah 1 jalan....
Masa aku g amik hadiah exam, dia beria nak jumpa parents aku nak ckp psl aku....dia orang Penang. Bila aku ckp ayah saya dah sampai, dia kata 'tunggu sat' ya...aku pun ckp la kt ayah aku, cikgu kata 'tunggu sat'...ktornag haram tak paham 'sat' tu apa maksud dia, terkulat2lah...ehehehe...
Pastu dia kena tukar sekolah, tup2 masa darjah 6, aku tgh amik UPSR, dapat surat dari Teacher Salina Tan, aku igt lagi kat sampul surat tu tulis Kepada Si Montelku Mazni....alahai..x sangka dia masih igt aku....tp aku tak igt lps tu naper aku tak follow up ke apa ker...tup2 tadi aku cuba cari dia kt fb, ada address dia, n memang dia....hanya Tuhan jer tau betapa happy nyer aku dpt jejak cikgu kesayangan dari darjah 1. Dan2 aku add dia, x sabar nak tunggu dia respon...kasih sayang dia, sangat terkesan di hati saya....i miss u cikgu....
Oh ya, hari ni anak2 ada game ngan Teacher kat skolah. Aku tak sempat nak beli apa2 hadiah utk Teacher depa. Ingat semalam nak bakar choc cake dua bijik ke nak bagi pagi ni, sekali Epoi balik lmbt...sampai umah pun pukul 9 malam, mana nak makan, mandi, tgk keja skolah anak lagi...terus kecundang....
Tu saje kali ni, nanti sembang lagi....take care...daa..
No comments:
Post a Comment