Thursday, August 26, 2010

PANDUAN KAWAL KEMARAHAN

Artikel ni aku dapat daripada email my hubby.. Worth it to read this coz I can be considered as PANAS BARAN yang amat...and lately menjadi2...elok le aku muhasabah diri.. so kwn2...happy reading! Sharing is caring..mmuahh..

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”

“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.

Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsu.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

· (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

· (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
· (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

· (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

· (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.

· (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

· (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

· (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

· (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.

Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.

Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat

mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,

bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,

pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,

jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku

menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,

dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali

paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan

lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan

sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan

sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal

atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa

membuka hatinya kepada kita .

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang

di dinding hati awak



Monday, August 23, 2010

Kisah Si Penjual Tebu di Bulan Ramadhan (cam tajuk Sinetron plak)

Tadi petang, balik amik anak, nampak ada orng jual air tebu depan masjid area Desa Petaling..selalu tak penah nampak ada kat situ, so kami pun decide beli air tebu kat situ sbb org pun tak crowded.  Nampak tokeynya tgh duk ikat air tebu.

Ada 3 orang kat situ, once keta ktoarng stop, diorang senyum usha dari jauh, mungkin dalam hati, wahh...ni customer nih.....aku duk perati jer dari mula laki aku turun keta smpi siap beli, nampak berseri2 muka orang jual air tebu tu, tgk2 laki aku beli sebungkus jer, rega RM3, banyakk...tp bila tgk muka diorang yg cam happy sgt bila laki aku beli tu, aku terasa mcm betapa betapa dengan pembelian air tebu yang harga tak seberapa tu mampu menggembirakan dorang smpi camtu skali....Mungkin tu nikmat meniaga kot...aku tanyer laki aku, bang, kita first customer ker? nmpk suka semacam dorang...xkan la kot sbb masa tu dah jam 6.40..

Tapi di sebalik semua tu, buat aku rasa insaf, mungkin bagi aku RM3 nilai tak seberapa, tapi bagi orang lain, betapa besarnya nilai RM3 itu, Subhanallah..Allah Maha Kaya...aku bersyukur dengan rezekimu Ya Allah...

Sunday, August 22, 2010

Aku dan Score A Program

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan hari yang ke-12.   Agak lama tak menulis, maklumlah agak sibuk dengan keja2 harian...

Entry kali ni aku nk share satu story yang mengubah hidup aku, mengubah minda aku...untuk menjadi lebih positif, utk memastikan masa depan yang lebih cerah...

Aku ditemukan dengan program Score A oleh senior di tempat kerja, yg mana aku join program ni tuk tambah income family...bukan pendapatan skang tak cukup, tp cukup2 sajer, maklumlah duk kl...blanjernyer byk, tambah pula tahun dpn nak masuk umah baru, mesti byk nak pakai duit...

Dulu penah ada org approach aku ngan program ni, usah kata nak dgr, sebelah mata tak pandang, x minat la nak cari2 orang ni, lagipun aku tak pandai drive, anak2 kecik, leceh la...n i hate MLM, tp bila Kak Rozitah (senior yang kenalkan aku ngan program ni citer leader kumpulan dia yang yang mana aku pun kenal dah dpt income 5 figure seminggu, i was totally shocked).   Nama dia kak liza, tp dia sorang yang sgt low profile, bukan jenis outspoken, but she managed to be a successful person now...together with her husband yang pada masa tu kerja pak guard UM and malamnye buat part time bawak teksi.

Aku penah satu kerja ngan akak ni masa mula2 join UM dulu, selalu petang2 balik keja aku tggu hubby amik, nmpk dia bwk moto g amik anak2 kat tadikum, kadang husband dia dgn teksinyer..tp skang, their live is totally changed...hebat!!! Dalam masa setahun setengah bersama Score A program, dah mampu beli umah teres harga RM400k, keta dua bijik, hebat kan!!

Atas keterujaan tu, aku contact kak rozitah n k.liza and tanpa buang masa aku g kursus NDO (New Distributor Orientation) to know more about the program.  MasyaAllah, hebat sungguh program ini, satu2nya program portal pendidikan e-learning di Malaysia...sangat interaktif, sgt mengujakan, even aku yang dah tua ni try pun rasa excited, apatah lagi budak2...dan pada 06.08.2010 dengan rasminya aku menyertai program ini.

Aku faham, kadang org mmg sinis dengan MLM or network marketing, maklumlah, nama MLM dah busuk oleh polan2 yang tak sepatutnya, tp tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal tergila2...mana tak giler, kita bukannyer jual produk kesihatan, household, kecantikan or mana2 brg sampingan, tp kita introducekan program pendidikan yang merupakan keperluan.  Bukan cam produk sampingan lain yg ada takpe, takde pun tak apa....n to make it worst, 70% dari ahli program Score A adalah orang2 yang penah membenci Score A, tp skang dah jadi fanatik Score A!

Kalau ikutkan, byk lagi nak cerita pasal program score A ni, maklumat lanjut pun ada kat website bisness di http://www.intelekniaga.com.my/mazni_sidek

Aku bukan bermaksud nak provoke sesiapa, cuma nak menampakkan peluang utk ubah kehidupan bak motto kami...ANAK2 SCORE A, MAK BAPAK SCORE RM..kini pendidikan bukan lagi perbelanjaan, tp pendapatan....tak perlu nak kena ada anak tuk dijadikan testimoni sbb produk kita dah ada testimoni for 7 years, 14 sekolah telah dijadikan sbg school projek and 90% score A...hebat bukan!!!

Kalau mat rempit umur 23 dah boleh dapat RM70k bulan2, pak guard pun dapat amaun yang sama, ketua jabatan ICT yang gaji RM18K pun berenti, HR Manager kat Petronas yang gaji RM20k pun berenti, fikir2kanlah sendiri betapa hebatnya produk kita...

Buka minda, beri peluang pada diri sendiri utk sekurang2nya dgr ttg program ni, lepas tu nilailah sendiri, tiada paksaan....

Lawan sampai Jutawan!!!!

Assalamualaikum.