Assalamualaikum semua,
Maaf sebab lama tidak menulis. Terlalu sibuk dan tiada apa yang hendak diceritakan. Tapi saya tak sampai hati bila tengok komen2 dari ibubapa yang ingin berkongsi pengalalaman atau mengetahui maklumat terkini tentang bengkak buah pinggang Icha.
Alhamdulillah, Icha kini dah berumur 2 tahun 2 bulan. Dia sihat, sempurna dan banyak keletah. Cerdik dan manja. Siapa sangka dia sakit, sekali tengok, mcm takde apa2. Alhamdulillah, satu ketika kita diuji dengan kesedihan tentang nasib menimpa. Tapi kita terlupa tentang semua itu, bila anak diberi kesihatan lain yang sempurna.
Icha masih lagi dibekalkan dengan antibiotik. Saya tidak pernah ponteng memberikannya antiobiotik sejak dia dimasukkan ke wad gara2 terkena jangkitan kuman pada air kencing sewaktu berusia 39 hari. Perit sungguh rasanya waktu itu. Cukup utk dijadikan pengajaran buat saya.
Baru2 ini, Dr. bercadang untuk membuang buah pinggang Icha yang tidak berfungsi (cacat). Tetapi sebelum tu, satu ujian perlu dilakukan bagi melihat blood pressure dan keadaan buah pinggang. Result ini nnt akan menentukan samada surgery yang akan diadakan bersifat open surgery atau conventional surgery. Jadi, scan telah dilakukan pada 26 Nov 2014. Pada 11.12.2014 saya telah ke PPUM utk mendapatkan keputusan. Dan alangkah gembiranya hati saya bila mendapati, terdapat pertumbuhan daging pada buah pinggang Icha yang bengkak, berbanding sebelumnya yang hanya dipenuhi air. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Rasa bagai bermimpi, menitik air mata saya. Keajaiban ini sangat menyentuh perasaan keibuan saya.
Yalah, mana nak disangka, sebab selama ini, buah pinggang Icha mmg dikategorikan sebagai anatomy abnormal (cacat) dan mmg tiada harapan untuk pulih. Tup2, ada perubahan positif.
Buat ibubapa di luar sana, janganlah bersedih sekiranya menerima nasib seperti saya. Percayalah, ada hikmah tersembunyi dan sentiasa redha dengan ujian Allah.
Salam sayang,
Ni pic terkini Icha, dia nampak sihat kan?
Mazni