Wednesday, November 13, 2013

Alkisah Diet


Saya gemuk!!! Hohohoho!! Ngeri sangat kan dengar.  Saya bersemangat utk diet, bila tgk pic yang husband saya snap masa saya blajar drive ngan dia.  Melihat lengan saya yang segantang, saya rasa cam dah rupa makcik umor 50-60an.  Scary!!!!!!

Jadi, saya kononnya gigih nak berdiet.  Apatah lg tgk member yang dulu bambam kini kurus.  X makan ubat diet pun katanya, x makan nasi jer.  Tu pun x lama, 3 bulan.

Dalam pada masa yang sama, member skolah lama approach utk guna Shaklee. Rega macam OK, murah la compared to Herbalife. Saya pun mencuba la akan Shaklee itu.  Saya amik CINCH (protein), pastu Alfafa, Lecithin and CINCH Tea. Saya makan, bdiet dalam 2 minggu kot, saya turun 2kg.  Tapi….as usual, saya tidak berdisiplin.  Saya cpt bosan and last2 saya tak diet.

Alasan, sbb saya stress belajar.  Time belajar saya nak minum benda manis, time diet tu lah saya nak bake cake hitu hiniiiii….jadi rasa cam diet tak berbaloi sangat.  Masa saya semangat tu, semangat sangatttt…..sampai air manis pun tak minum.  Saya makan nasi as usual, cuma malam sy makan awal sket and tak byk sgt la..so far sbb dah minum ptg ngan CINCH tea tu…saya tak lapar sangat, but have to masak for kids.  Husband pun xnak makan sangat sbb dia dah risau ngan berat badan yang mencanak2.  Saya suh dia diet, takmo.  Problem with my husband, dia TAK SUKE MINUM AIR MASAK.  Jadi kalau dia try la produk apa pun, payah la nak mujarabnya sebab nak keluar kot mana semua2 bahan kumuhan tu kalau xmo minum air masak (err…tp yang pasti..saya risau sgt sbb saya rasa ‘kecomelan’ beliau itu sudah agak menakutkan saya.

Oh alasan sbb belajar tadi, contohnya ya, since saya minum air yang sgt banyak utk melancarkan proses diet, maka saya kerap ke toilet. Bila kerap ke toilet, saya jadi sangat malu sbb asik membese sahaja.  Ada sekali tu, dlm tempoh tak sampai sejam, saya kencing dlm 5 kali kot…malu…malu nak kuar kelas.  Time tu lak ada presentation…hohohoho…Nampak cam stok lemah semangat plak kan.

Saya rasa badan saya jenis cepat turun kot, sbb klu saya cuba apa2 produk, kejap je Nampak kesan turun tu, tapi saya tak disiplin.  Now saya pakai alasan kelas la, masak utk anak la, padahal orang lain tu leh jer kan.   Takpelah, saya akan cuba juga…Ya Allah berikanlah aku kekuatan..huhuhu..

Oh ya, now stok makan tgh malam plak, tetiba kul 11 malam lapo.  Bukan nak makan biskut, tapi nasi pulak tu.  Yang lagi best, gigih masak nasi tu..boleh???????


Jom layan pic menu2 saya sepanjang saya benti diet and cake plak saya bake time bdiet tu…jadi..sangat spoil hokeyyyy.  Saya rasa utk saya diet, saya TAK BOLEH masak and kena pastikan TAKDE STOK YANG BOLEH DIMASAK.  Maka dengan itu, In Shaa Allah, saya boleh kurus.

Percubaan Carrot Cake yang ke dua, versi resipi CMG sedap, lembat, rich tapi mungkin CMG suka kurang manis kot, saya suka kurang manis juga, maybe saya kena add gula sket lagi.  Tapi mmg sedapppp.

Ni konon xnak makan nasi, wat Sardine Rolls.  Mmg meletop yuholss.  Bread crumb tu wat sendiri jer...nanti I share resipi ya.  Ini masa kejadian pegawai Ambank kena tembak.  Sian hubby I, dia mmg suke sardin roll ni.  So sebagai isteri ala2 solehah celup, I bekalkan dia 3 ketul sardin roll and sebotol besar air laici ais lps dia drop anak kt umah and menuju ke tempat kejadian.  Kul 1 pagi baru balik ngan tak makannya.  Mujo ada sardin roll I ni..leh alas perut sket yuholls.

Kari daging korban katanya..meletops makan ngan roti Pratha jenama Kawan tu...fav seisi keluarga katanya..diet??? syoh2 duk tepi dulu hokeyyyy...

Ni dugaan masa tgh diet, saya nak makan manis and cheesy.  Stok cheese ada lagi, kang expired plak, so saya cuba buat Blueberry cheese cake. Blueberry sangat kan padahal pakai jem blueberry jerrr...kikiki...hasil??? Nggak berapa jadi loh...tapi rasa..jelita sangat!! yummy

Sambal sotong lagi (fav laki)..now dah jadi fav I.  Masa ni stok cili boh (dibawa khas dari Kelantan ok, cili boh ni pak sedara jiran jual, so everytime dia balik Kelantan, I kirim, sebab sedapppp)... This time i pakai cili kering blend sdiri, letak sikit je tu pasal kaler tak merah sangat sebab pedas menyengat, tapi kannnnnn....rasa dia kan......sedap giler kan.....aiyooo matilah puji masakan sendiri...kikiki...tp kan..serius sedap, pedas2 manis..ermm...sotong ni i grg kunyit separuh masak as usual sbb i rasa tu buat dia lagi sedap..

Craving for carrot cake lagi, this time versi my fren Haniza Alias.  TQ dear, tak kedekut ilmu, dulu I tempah ngan dia, but now since tak ke opis, I mintak resipi jer..leh..hahahh...kek ni sangat moist tapi stok carrot sikit plak time tu, so tu kaler tak berapa mabeles..tp taste sedap n tgk cream cheese tu, saje i longgok tebal camtu, erm....mmg lemak berkrim sangat yuholss..sebijik kek aku sorang hadap ..boleh???

Ni anak ikan kerapu, goreng kejap, pastu goreng bawang n serai n cili padi, letak sos tiram sket, humban atas ikan tadi.  Ni bekal utk anak2 n suami sblm g kelas.  Pastu aku wat sup ayam letak sayur mcm2...ok la tu kan... ni anak2 suker giler..so ari ni aku buat lagi.  Dhia payah sket nak makan and Haziq tak gemar ikan sangat, but since dpt report from Epoi yang anak2 suke, I masak lagi ari ni.  Senang n sedap.

Ha...yang ni aku lapo nasik di kala 1030 malam.  pastu gigih masak nasi.  Wat telor kicap n sambal gesek.  Meletopss..pastu bancuh neskafe O panas...hmmm..tak hingatttt....Diet???? Errr..apa tuuu????

Sekian, nnt kita jumpa lagi ya...daaaa

Friday, November 8, 2013

Bengkak Buah Pinggang - Status Update as at 31st October 2013

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak update sikit pasal Icha's progress on her kidney.  Last check up Icha kt PPUM was on 31.10.2013.  Outcome yang diterima, bengkak kidney Icha still lom surut and maintain status quo.  Tak makin besar and tak makin kecik.

FYI, Icha dah masuk setahun pada 16.10..2013 ari tu.  Berat latest 9.77kg which is she's doing well with that.  Aku igt lagi Dr. kata dulu, bila Icha reach setahun and status kidney status quo, Dr. akan tukar plan instead of bagi Icha makan antibiotic everyday cam like now.  Since dia dah besar, maybe leh opt for operation since Icha punya kidney kategory Anatomy Abnormal (cam cacat la sebenarnya, so mmg xkan baik).

So aku ingat Dr akan advise for operation tapi according to his interview with us regarding Icha's punya health, so far takde kena jangkitan kuman dalam tempoh setahun tu except sekali je masa buat MCUG test dulu, so Dr. kata tak perlu buat operation.

At the moment, still monitor and now jumpa Dr. pun enam bulan sekali jer.  Sbb kesihatan Icha OK..Alhamdulillah.  Dr. kata once Icha dah toilet train, In Shaa Allah bengkak akan surut event though kidney dia cacat.

Dr. ada bagi option to buat deflux.  Deflux ni mcm masukkan ubat kan salur kencing Icha melalui kamera.  Then masuk ubat kat salur kencing tapi peratusan berjaya dalam 70% jer. So kalau success, tak payah Icha bergantung kat antibiotik anymore.  Buat masa ni, ubat tu takder tapi Dr. dah order free sample.  So aku request utk Icha masuk dalam list utk buat deflux.  Kalau free sample takder, Dr akan request ubat lah.. stok ada kt German and cost dalam RM3000 lebih.  Aku kata takper Dr. As long as my baby OK.  Dr. kata he will opt for the same option kalau kena kat anak dia.

So Alhamdulillah, xyah operate.  Aku nak try bagi Icha minum air zam zam cam yang diamalkan oleh sorang member yang jumpa kt blog ni.  Twins dia (stil dalam kandungan) tapi nampak ada good sign bila mommy minum air zam-zam.  Yang penting kita usaha kan.  This is the latest pic of Icha.  Looking at her smile makes me forget about her problem.  May Allah swt bless you my dear.  Luv you so much!!!



Wednesday, November 6, 2013

Dah Lama Tak Pi Cuti2

Assalamualaikum yuhols, 

Apakhabar semua, salam Awal Muharam, semoga tahun baru ini kita semua berhijrah ke arah hidup yang lebih baik.

Ni aku rehat jap, dari pg tadi baca jurnal cam dah naik juling dah bijik mata.  Banyak beno assignmentnya..huhuhu.....aku perasan at this level, banyak nak kena baca jurnal, baru la ko leh jawab soklan tu, camne nak relate ngan hujah2 ko...xde maknanya ko berhujah solo molo tung tang tung tang klu x disapot oleh empirical study katanya....empirical konon...kikikiki...empirical tu ala2 cam kajian yang orang dah wat lah, it was proven katanya....gitukkkkk..

Aku sebenarnya nak mengadu domba, dah lama no x bercuti.  Aku rasa last pi Melaka sebelum Icha lahir sbb nak makan Coconut Shake.  Pastu dah takde dah.  Bukan apa, anak dah sekolah, and faktor paling menyumbang ke arah x bercuti ialah aku n Epoi takde cuti. Nape takde cuti, sbb dah follow up kes Icha kt spital and tiap kali appointment agak amik masa..so terpaksa la cuti.

Dulu2, usah kata bercuti g hotel ke apa ker, cuti bercinta ngan hincik Epoi pun ada.  Utk mengekalkan percintaan maut katanya.  But now, acik sepi.....di sebalik cuti yang takde aka limited stock itu, hujung minggu juga agak limited sbb kelas acik semua ujung minggu.  So bila weekdays, aku solo molo blajar katanya, weekend ke kelas.  Nasib ada kelas leh kowtim, balik awal, tp kena deal la, satu ari balik lambat (extended hours), so esoknya leh la half day, so dpt la berjimba ptg tu.

Tapi citer nak balik kampung xdok laaaa...ini ingat nak balik kampung nk makan bubur Asyura pun x lepas.  Takperlah, bulan Jan nanti cuti sem, adik pun nak kawin time tu, so boleh la nak balun pun.  

Anak2 pun dah complaint, lama x tido hotel katanya...sabar lah nak oiii..apak ko xde cuti..nnt tahun depan kita plan baiiikkk punyer...ni nak cuti anniversary ke 8 pun x lepas nakkk...tapi igt bulan doblas nanti, nak plan g holiday lah, sbb Epoi ada cuti 3 hari lagi, standby ujung tahun katanya.  Klu ada rezeki leh la...klu dulu2 ktorang gamble jer...rasa serabut sangat, tup2 ke Cherating.  Gi pagi Sabtu or malam Jumaat, balik ari Ahad.  Our fav place of course east coast sbb nak tgk pasir putih....air biru...hm....rindu...

Ok la yuhols, xde mood plak nak bercerita.  Nak mamam dulu...klu ada kelapangan (which is jarang sgt nak berblog skang)...aku citer lagi ek...daaa...

Nnt nak update pasal progress Icha jpe Dr follow up pasal kidney on 31.10.2013 ari tu....