Wednesday, December 17, 2014

Perkembangan Bengkak Buah Pinggang Icha

Assalamualaikum semua,

Maaf sebab lama tidak menulis. Terlalu sibuk dan tiada apa yang hendak diceritakan.  Tapi saya tak sampai hati bila tengok komen2 dari ibubapa yang ingin berkongsi pengalalaman atau mengetahui maklumat terkini tentang bengkak buah pinggang Icha.

Alhamdulillah, Icha kini dah berumur 2 tahun 2 bulan.  Dia sihat, sempurna dan banyak keletah.  Cerdik dan manja.  Siapa sangka dia sakit, sekali tengok, mcm takde apa2.  Alhamdulillah, satu ketika kita diuji dengan kesedihan tentang nasib menimpa.  Tapi kita terlupa tentang semua itu, bila anak diberi kesihatan lain yang sempurna.

Icha masih lagi dibekalkan dengan antibiotik.  Saya tidak pernah ponteng memberikannya antiobiotik sejak dia dimasukkan ke wad gara2 terkena jangkitan kuman pada air kencing sewaktu berusia 39 hari.  Perit sungguh rasanya waktu itu.  Cukup utk dijadikan pengajaran buat saya.

Baru2 ini, Dr. bercadang untuk membuang buah pinggang Icha yang tidak berfungsi (cacat).  Tetapi sebelum tu, satu ujian perlu dilakukan bagi melihat blood pressure dan keadaan buah pinggang.  Result ini nnt akan menentukan samada surgery yang akan diadakan bersifat open surgery atau conventional surgery.  Jadi, scan telah dilakukan pada 26 Nov 2014.  Pada 11.12.2014 saya telah ke PPUM utk mendapatkan keputusan.  Dan alangkah gembiranya hati saya bila mendapati, terdapat pertumbuhan daging pada buah pinggang Icha yang bengkak, berbanding sebelumnya yang hanya dipenuhi air.  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.  Rasa bagai bermimpi, menitik air mata saya.  Keajaiban ini sangat menyentuh perasaan keibuan saya.

Yalah, mana nak disangka, sebab selama ini, buah pinggang Icha mmg dikategorikan sebagai anatomy abnormal (cacat) dan mmg tiada harapan untuk pulih.  Tup2, ada perubahan positif.

Buat ibubapa di luar sana, janganlah bersedih sekiranya menerima nasib seperti saya.  Percayalah, ada hikmah tersembunyi dan sentiasa redha dengan ujian Allah.

Salam sayang,

Ni pic terkini Icha, dia nampak sihat kan?

Mazni


Wednesday, November 13, 2013

Alkisah Diet


Saya gemuk!!! Hohohoho!! Ngeri sangat kan dengar.  Saya bersemangat utk diet, bila tgk pic yang husband saya snap masa saya blajar drive ngan dia.  Melihat lengan saya yang segantang, saya rasa cam dah rupa makcik umor 50-60an.  Scary!!!!!!

Jadi, saya kononnya gigih nak berdiet.  Apatah lg tgk member yang dulu bambam kini kurus.  X makan ubat diet pun katanya, x makan nasi jer.  Tu pun x lama, 3 bulan.

Dalam pada masa yang sama, member skolah lama approach utk guna Shaklee. Rega macam OK, murah la compared to Herbalife. Saya pun mencuba la akan Shaklee itu.  Saya amik CINCH (protein), pastu Alfafa, Lecithin and CINCH Tea. Saya makan, bdiet dalam 2 minggu kot, saya turun 2kg.  Tapi….as usual, saya tidak berdisiplin.  Saya cpt bosan and last2 saya tak diet.

Alasan, sbb saya stress belajar.  Time belajar saya nak minum benda manis, time diet tu lah saya nak bake cake hitu hiniiiii….jadi rasa cam diet tak berbaloi sangat.  Masa saya semangat tu, semangat sangatttt…..sampai air manis pun tak minum.  Saya makan nasi as usual, cuma malam sy makan awal sket and tak byk sgt la..so far sbb dah minum ptg ngan CINCH tea tu…saya tak lapar sangat, but have to masak for kids.  Husband pun xnak makan sangat sbb dia dah risau ngan berat badan yang mencanak2.  Saya suh dia diet, takmo.  Problem with my husband, dia TAK SUKE MINUM AIR MASAK.  Jadi kalau dia try la produk apa pun, payah la nak mujarabnya sebab nak keluar kot mana semua2 bahan kumuhan tu kalau xmo minum air masak (err…tp yang pasti..saya risau sgt sbb saya rasa ‘kecomelan’ beliau itu sudah agak menakutkan saya.

Oh alasan sbb belajar tadi, contohnya ya, since saya minum air yang sgt banyak utk melancarkan proses diet, maka saya kerap ke toilet. Bila kerap ke toilet, saya jadi sangat malu sbb asik membese sahaja.  Ada sekali tu, dlm tempoh tak sampai sejam, saya kencing dlm 5 kali kot…malu…malu nak kuar kelas.  Time tu lak ada presentation…hohohoho…Nampak cam stok lemah semangat plak kan.

Saya rasa badan saya jenis cepat turun kot, sbb klu saya cuba apa2 produk, kejap je Nampak kesan turun tu, tapi saya tak disiplin.  Now saya pakai alasan kelas la, masak utk anak la, padahal orang lain tu leh jer kan.   Takpelah, saya akan cuba juga…Ya Allah berikanlah aku kekuatan..huhuhu..

Oh ya, now stok makan tgh malam plak, tetiba kul 11 malam lapo.  Bukan nak makan biskut, tapi nasi pulak tu.  Yang lagi best, gigih masak nasi tu..boleh???????


Jom layan pic menu2 saya sepanjang saya benti diet and cake plak saya bake time bdiet tu…jadi..sangat spoil hokeyyyy.  Saya rasa utk saya diet, saya TAK BOLEH masak and kena pastikan TAKDE STOK YANG BOLEH DIMASAK.  Maka dengan itu, In Shaa Allah, saya boleh kurus.

Percubaan Carrot Cake yang ke dua, versi resipi CMG sedap, lembat, rich tapi mungkin CMG suka kurang manis kot, saya suka kurang manis juga, maybe saya kena add gula sket lagi.  Tapi mmg sedapppp.

Ni konon xnak makan nasi, wat Sardine Rolls.  Mmg meletop yuholss.  Bread crumb tu wat sendiri jer...nanti I share resipi ya.  Ini masa kejadian pegawai Ambank kena tembak.  Sian hubby I, dia mmg suke sardin roll ni.  So sebagai isteri ala2 solehah celup, I bekalkan dia 3 ketul sardin roll and sebotol besar air laici ais lps dia drop anak kt umah and menuju ke tempat kejadian.  Kul 1 pagi baru balik ngan tak makannya.  Mujo ada sardin roll I ni..leh alas perut sket yuholls.

Kari daging korban katanya..meletops makan ngan roti Pratha jenama Kawan tu...fav seisi keluarga katanya..diet??? syoh2 duk tepi dulu hokeyyyy...

Ni dugaan masa tgh diet, saya nak makan manis and cheesy.  Stok cheese ada lagi, kang expired plak, so saya cuba buat Blueberry cheese cake. Blueberry sangat kan padahal pakai jem blueberry jerrr...kikiki...hasil??? Nggak berapa jadi loh...tapi rasa..jelita sangat!! yummy

Sambal sotong lagi (fav laki)..now dah jadi fav I.  Masa ni stok cili boh (dibawa khas dari Kelantan ok, cili boh ni pak sedara jiran jual, so everytime dia balik Kelantan, I kirim, sebab sedapppp)... This time i pakai cili kering blend sdiri, letak sikit je tu pasal kaler tak merah sangat sebab pedas menyengat, tapi kannnnnn....rasa dia kan......sedap giler kan.....aiyooo matilah puji masakan sendiri...kikiki...tp kan..serius sedap, pedas2 manis..ermm...sotong ni i grg kunyit separuh masak as usual sbb i rasa tu buat dia lagi sedap..

Craving for carrot cake lagi, this time versi my fren Haniza Alias.  TQ dear, tak kedekut ilmu, dulu I tempah ngan dia, but now since tak ke opis, I mintak resipi jer..leh..hahahh...kek ni sangat moist tapi stok carrot sikit plak time tu, so tu kaler tak berapa mabeles..tp taste sedap n tgk cream cheese tu, saje i longgok tebal camtu, erm....mmg lemak berkrim sangat yuholss..sebijik kek aku sorang hadap ..boleh???

Ni anak ikan kerapu, goreng kejap, pastu goreng bawang n serai n cili padi, letak sos tiram sket, humban atas ikan tadi.  Ni bekal utk anak2 n suami sblm g kelas.  Pastu aku wat sup ayam letak sayur mcm2...ok la tu kan... ni anak2 suker giler..so ari ni aku buat lagi.  Dhia payah sket nak makan and Haziq tak gemar ikan sangat, but since dpt report from Epoi yang anak2 suke, I masak lagi ari ni.  Senang n sedap.

Ha...yang ni aku lapo nasik di kala 1030 malam.  pastu gigih masak nasi.  Wat telor kicap n sambal gesek.  Meletopss..pastu bancuh neskafe O panas...hmmm..tak hingatttt....Diet???? Errr..apa tuuu????

Sekian, nnt kita jumpa lagi ya...daaaa

Friday, November 8, 2013

Bengkak Buah Pinggang - Status Update as at 31st October 2013

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak update sikit pasal Icha's progress on her kidney.  Last check up Icha kt PPUM was on 31.10.2013.  Outcome yang diterima, bengkak kidney Icha still lom surut and maintain status quo.  Tak makin besar and tak makin kecik.

FYI, Icha dah masuk setahun pada 16.10..2013 ari tu.  Berat latest 9.77kg which is she's doing well with that.  Aku igt lagi Dr. kata dulu, bila Icha reach setahun and status kidney status quo, Dr. akan tukar plan instead of bagi Icha makan antibiotic everyday cam like now.  Since dia dah besar, maybe leh opt for operation since Icha punya kidney kategory Anatomy Abnormal (cam cacat la sebenarnya, so mmg xkan baik).

So aku ingat Dr akan advise for operation tapi according to his interview with us regarding Icha's punya health, so far takde kena jangkitan kuman dalam tempoh setahun tu except sekali je masa buat MCUG test dulu, so Dr. kata tak perlu buat operation.

At the moment, still monitor and now jumpa Dr. pun enam bulan sekali jer.  Sbb kesihatan Icha OK..Alhamdulillah.  Dr. kata once Icha dah toilet train, In Shaa Allah bengkak akan surut event though kidney dia cacat.

Dr. ada bagi option to buat deflux.  Deflux ni mcm masukkan ubat kan salur kencing Icha melalui kamera.  Then masuk ubat kat salur kencing tapi peratusan berjaya dalam 70% jer. So kalau success, tak payah Icha bergantung kat antibiotik anymore.  Buat masa ni, ubat tu takder tapi Dr. dah order free sample.  So aku request utk Icha masuk dalam list utk buat deflux.  Kalau free sample takder, Dr akan request ubat lah.. stok ada kt German and cost dalam RM3000 lebih.  Aku kata takper Dr. As long as my baby OK.  Dr. kata he will opt for the same option kalau kena kat anak dia.

So Alhamdulillah, xyah operate.  Aku nak try bagi Icha minum air zam zam cam yang diamalkan oleh sorang member yang jumpa kt blog ni.  Twins dia (stil dalam kandungan) tapi nampak ada good sign bila mommy minum air zam-zam.  Yang penting kita usaha kan.  This is the latest pic of Icha.  Looking at her smile makes me forget about her problem.  May Allah swt bless you my dear.  Luv you so much!!!



Wednesday, November 6, 2013

Dah Lama Tak Pi Cuti2

Assalamualaikum yuhols, 

Apakhabar semua, salam Awal Muharam, semoga tahun baru ini kita semua berhijrah ke arah hidup yang lebih baik.

Ni aku rehat jap, dari pg tadi baca jurnal cam dah naik juling dah bijik mata.  Banyak beno assignmentnya..huhuhu.....aku perasan at this level, banyak nak kena baca jurnal, baru la ko leh jawab soklan tu, camne nak relate ngan hujah2 ko...xde maknanya ko berhujah solo molo tung tang tung tang klu x disapot oleh empirical study katanya....empirical konon...kikikiki...empirical tu ala2 cam kajian yang orang dah wat lah, it was proven katanya....gitukkkkk..

Aku sebenarnya nak mengadu domba, dah lama no x bercuti.  Aku rasa last pi Melaka sebelum Icha lahir sbb nak makan Coconut Shake.  Pastu dah takde dah.  Bukan apa, anak dah sekolah, and faktor paling menyumbang ke arah x bercuti ialah aku n Epoi takde cuti. Nape takde cuti, sbb dah follow up kes Icha kt spital and tiap kali appointment agak amik masa..so terpaksa la cuti.

Dulu2, usah kata bercuti g hotel ke apa ker, cuti bercinta ngan hincik Epoi pun ada.  Utk mengekalkan percintaan maut katanya.  But now, acik sepi.....di sebalik cuti yang takde aka limited stock itu, hujung minggu juga agak limited sbb kelas acik semua ujung minggu.  So bila weekdays, aku solo molo blajar katanya, weekend ke kelas.  Nasib ada kelas leh kowtim, balik awal, tp kena deal la, satu ari balik lambat (extended hours), so esoknya leh la half day, so dpt la berjimba ptg tu.

Tapi citer nak balik kampung xdok laaaa...ini ingat nak balik kampung nk makan bubur Asyura pun x lepas.  Takperlah, bulan Jan nanti cuti sem, adik pun nak kawin time tu, so boleh la nak balun pun.  

Anak2 pun dah complaint, lama x tido hotel katanya...sabar lah nak oiii..apak ko xde cuti..nnt tahun depan kita plan baiiikkk punyer...ni nak cuti anniversary ke 8 pun x lepas nakkk...tapi igt bulan doblas nanti, nak plan g holiday lah, sbb Epoi ada cuti 3 hari lagi, standby ujung tahun katanya.  Klu ada rezeki leh la...klu dulu2 ktorang gamble jer...rasa serabut sangat, tup2 ke Cherating.  Gi pagi Sabtu or malam Jumaat, balik ari Ahad.  Our fav place of course east coast sbb nak tgk pasir putih....air biru...hm....rindu...

Ok la yuhols, xde mood plak nak bercerita.  Nak mamam dulu...klu ada kelapangan (which is jarang sgt nak berblog skang)...aku citer lagi ek...daaa...

Nnt nak update pasal progress Icha jpe Dr follow up pasal kidney on 31.10.2013 ari tu....




Thursday, October 24, 2013

It's All About Life

Assalamualaikum frens,


Lama x jumpa...tak tau nak mula dari mana...life story about a student? Naaa...booooring.... tapi yang tak boringnya sbb ada classmates yang best2...mostly adik2 la...tp seronok..at least..leh feeling2 remaja sama..ye dak??

Nak citer pasal Icha, x dapat nak update progress sbb appointment on 24.10 terpaksa cancel sbb hubby sibuk ngan kes tembak pegawai bank oleh pak guard tu...so minggu depan baru dpt tau apa keputusan.  As mentioned by Dr..kalau bengkak kidney Icha masih sama or x kurang, they will think of another plan instead of Icha asik makan antibiotik like now.  I think I got the message as Dr. did mention to operate and remove the kidney when Icha is 1 years old and above.

After all,  I'm OK with that, as long as my baby will safe.  Luckily I'm on my study leave so that I can take care of her later.  Alhamdulillah.  Progress Icha, ada 8 batang gigi..debab..notty..manja...sangat manja ngan abah...still x bjalan lagi..but it's OK.

Actually quite a number of mommies and ada daddy yang contact me to get more info about this..I mean bengkak kidney.  And sometimes, aku rasa sedih bagi yang lagi hebat dugaan dari aku...cam one of this mother, Sheila, Dr. suggest to abort her baby sbb both kidney tak function.  Sbb kalau dia keep her baby pun, her baby might not survive.  I dont know, but I feel so sad.  If I were in her shoes, I dont know what should I do.  But I always believe, that Allah swt. knows best.

For Sheila, dont be sad dear.  Just think for a second.  Maybe if ur baby were born, he/she will face a lot of difficulties due to her condition.  Maybe you will be sad, and not strong to hold on. So it's best to let her go...for a good reason.  I'm sure your family will understand.  It's not an easy decision dear, but one day, you will be thankful to Allah for whatever decision that you've made.  In Shaa Allah, you'll see your prince/princess one day in Jannah.  I feel so sad to continue to type...really...easy for me to say but it will not be easy for you to do it.  Be strong ya sister.

Ada yang kes sama macam Icha, dpt tau kidney bengkak since dlm perut like me.  Have gone for 2 operations but failed.  Now anak dia dah 7 tahun, still bengkak lagi kidneynya...sian kan.  I hope Icha x jadi macam tu.  I hope apapun, operation ke apa ke...akan berjaya.

Today, anak my friend Ain, baby Amzar akan go through 2nd time operation for his kidney.  I hope everything will be OK and Ain, bertabah la sayang.  Ain aku kenal from my blog, we started to share our story and became fren.  Same goes to Shida.  Everytime Icha demam ke apa, I will contact her to share the symptom, takut2 demam sbb urine infection or something.  Shida aku kenal kat hospital, time both our babies kena warded sama2...lucky to have them both as my fren so that I can share my problem about our babies.

To all mommies and daddies out there, share your problem with those who faced the same with urs..to ease ur burden, to relieve your worrisome.  Email me at cmsmazni@gmail.com so that we can share further.

May Allah swt. bless us and our kids.  


Wednesday, July 24, 2013

Resipi Puding Roti Karamel

Assalamualaikum.

Semalam iolss try Resipi Puding Roti Karamel.. sebenarnya dah amik resipi tu since Julai 2012 lagi...skali Julai 2013 baru nak try...setahun kok diperam..ok masa x banyak...so jom share resipi.  Pada tuan punya resipi, saya lupa nak simpan source masa tu...mintak maaf banyak2 tapi resipi anda mmg sedap...saya dah simpan semua link resipi sejak itu..maafkan saya ya...

Ni rupa puding saya buat semalam.  Memang sedap..asyik...nyaman ditekak and senang bangat nak buat.  Kalau pakai telur cam biasa tu, agak muat and nak kena jaga xleh overbeat sbb nanti puding akan berlubang..tapi yang ni since ada roti, so dia rasa agak mantop sket...tapi mmg sedap...



BAHAN-BAHAN:

3sdb gula
4 keping roti Gardenia
2 cwn air suam
1 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanilla
3 biji telur

CARA-CARA:

1. Panaskan gula dalam loyang hingga perang..jgn smpi hangus ya...ketepikan.

2. Carikkan roti tadi and rendam dalam dua cawan air.  Masukkan dalam blender. Blend jap.

3. Masukan susu dalam adunan roti. Blend lagi jap.

4. Dalam bekas berasingan, kacau telur manja je dengan garfu (takat pecahkan telur kuning 
jer).  Pastu masukkan dalam adunan tadi.  Masuk esen vanilla.  Blend.

4. Tuang adunan tadi dalam loyang gula tadi.

5. Kukus 30-35 minit (jangan lupa panaskan kukusan dulu ya)

6. Biar sejuk sebelum disejukkan lagi dalam peti ais.

7. SIAP UTK DINGAPPP2....SEDAP GILER WEHHHH..

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 17, 2013

Resipi Sambal Ikan Bilis Petai

Assalamualaikum.

Weekend lepas ahkak balik umah mentua...buat moreh katanya...so on the way balik KL tu, ada la nampak petai jual kt tepi jalan.  Sebagai seorang wanita kampung yang sepi...ahkak memang pantang nampak petai.  Jadi, sekonyong2 ahkak menyuruh manja laki ahkak membeli sepapan petai...geram nak makan ngan sambal durian..kebetulan mak mertua ada bekalkan durian.  So kalau buat sambal durian, goreng ikan and makan ngan petai rebus sedap tuh....hmm...kecur jap...

Eh lari topik plak..since petai tu banyak..maka ahkak telah membuat Sambal Ikan Bilis Petai...peminat petai tegar katanya kann......so jom share resipi.  Minta maaf la kalau share resipi versi cap hayam jer...ahkak kan jenis sharing is caring..so yang baru bertatih masak tu...meh le kawan ngan akak eh...

Pic dulu.....as usual..


BAHAN-BAHAN:

3-4 papan petai dibelah dua mcm dlm gambar (ahkak makan kulit sekali..mak kata utk kesihatan, tipu dia, tipulah ahkak yuhoollsss)
Sedikit ikan bilis (akak buat ratio lebih kurang 1:1 maknanya sama size cam portion petai la..akak tak goreng pun..sbb nak bilis tu rasa lembut jer)
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
3-4 sudu cili kering dikisar
Sekeping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

CARA-CARA:

1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan gula (dalam 2 sudu besar dulu).  Kacau rata and tunggu hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit air.
4. Masukkan garam dan gula lagi jika perlu.  Kacau rata.
5. Masukkan petai...kacau rata..masak biar sambal agak kering sedikit.  SIAP!
6. Utk yang suka pedas macam saya, sila masukkan cili padi seperti tertera.  

Nota:

Saya boleh makan menu ni berhari2 tanpa rasa jemu.  Kalau tak suke petai, boleh masukkan kacang tanah yang telah digoreng and kalau keringkan sambal tadi, boleh disimpan n makan berhari2 mcm orang buat traveling tu..or duk asrama ke ...gitew....so...SELAMAT MENCUBA!