Monday, February 28, 2011

Is it a Sin?

Assalamualaikum....hamboi..lamanya mak tak hupdate, bersawang dah blog aku nih, biarpun hanya utk tatapan sendiri....ewahh...

Kali ni aku nak citer pasal sesetengah orang yang susah untuk dipuaskan nafsunya...hamboi...bahasa!!...maksud aku, adakah menjadi dosa untuk membalas kebaikan dengan kebaikan?...Aku betul2 tak faham dengan orang yang macam ni, which is sgt2 weird...tp demi memahami spesisnyer itu, aku akurrrr (sambil berteleku sepi)....aku suke considerkan orang2 yang tak appreciate life, suke complaint, terlalu sensitif ni sebagai orang yang kurang kasih sayang (ni versi aku ler...) sbb aku rasa, klu hidup dia fulfiled with luv, dia takkan jadik camtu?? Apa pendapat ahli panel sekalian???  Maksud aku, kenapa bila orang buat baik kat kita, kita nak balas dengan menyakitkan hati dia, apalah salah dibalas kebaikan dengan kebaikan?

Meh sini aku bagi case study nya, biaq terang, pastu korang nilaikan ler apa yang aku buat tu agak puaka or what..

Situasi : Dlm mesyuarat, yang patut start kul 9, it's about 9.10 am by that time and it's only me, 'that guy' and other guy.  Camni ler bunyiknya conversation ktorang:

That Guy : Pukul braper meeting start ni?

Me : Pukul 9.00 Prof (sambil check agenda yang baru sempat siap that morning, mak kalut nyahhh)

That Guy : Macamana nak meeting ni, orang pun takde...

Me : Tulah, tengah tunggu la ni Prof, kita dah remind dah semua, on the way la tu kot...

That Guy : Macamana nak meeting camni, kenapa buat pukul 9.00, kenapa tak 9.30?

Me : Hari ni Jumaat Prof, takut abis lambat...(sambil sambung tgk agenda)

That Guy : (ulang dialog di atas..dan %*^*^**(^*^&*^&^, apa2 lagi yang dia mumbling)

Tetiba masuk sorang lagi, aku welcome dia tu the meeting.  Since dah ada dua orang tunggu, utk hilangkan rasa pelik sbb 'that guy' tu takde orang nak borak ngan dia, dia sgt boring n ke laut...aku pun, dgn sopannya pelawa:

Me : Jemputla minum dulu Prof, Dr, while waiting for others...

That Guy : Minum apa? Meeting pun belum...(sambil sambung mumbling, yang sorang lagi tu OK kan jer bila aku pelawa)

Aku pun sekonyong2 geram manja lalu menjawab versi geram yang diintonasikan secara sopan tetapi sinis...chewahhh:

Me : Prof.....saya pelawa.... kalau prof nak makan....prof makan...kalau prof tanak....takpe.....(pastu terus sambung wat keja)

Begitulah drama RTM minggu ini..Bila aku sound camtu, barulah dia senyap n pastu bila nak tanya apa2 manja giler...nak kena aku buat perangai huduh baru nak jadi baik...tak faham. 2x...

Morale of the story : Aku tak paham kenapa ada orang suka menyakitkan hati orang, walaupun tak disakiti.  Aku tak pasti adakah orang itu bahagia sebegitu? Bahagia dipulaukan? Tak ke dia rasa nak muhasabah diri, kenapa orang layan dia macam tu?  Moga2 aku dijauhi daripada benda2 camtu, aku harap aku tak treat orang macam tu.  Nauzubillah...

Mungkin bagi sesetengah orang, tak patut kot aku jawab camtu, tp aku ni jenis direct to the point, kalu sayang aku kata sayang, kalu benci, mmg mak sound jer...(ini kelemahan gak ni, harus diimprovekan, kata umo dah byk kan???)..

Tu saje untuk kali ini...jumpak lagi di lain entry...daaa...